in

Program Hijabista di Astro Ria

Berikutan peredaran arus masa dalam zaman globalisasi yang sentiasa maju kehadapan terutamanya dalam bidang fesyen, wanita bertudung turut tidak terkecuali untuk tampil menawan dengan fesyen terkini namun masih mengekalkan ciri-ciri sopan dan berhikmah.

Astro Ria diberitakan akan membawakan sebuah program khusus ditujukan untuk para penggemar fesyen yang bertudung berjudul Hijabista yang akan bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 7.00 malam bermula 12 Mei ini secara eksklusif menerusi saluran 104.

Program Hijabista ini merupakan sebuah program hiburan berinformasi yang mengetengahkan tentang fesyen, gaya hidup dan juga topik isu semasa berkaitan dengan wanita bertudung.

Program yang akan bersiaran sebanyak 13 episod ini akan dikemudikan oleh empat gadis jelita yang berbakat besar iaitu seorang pengacara yang dicungkil bakat menerusi program On Air terbitan Astro iaitu Syakirin Husnal; vokalis utama kumpulan muzik indie, Maddthelin iaitu Yasmin Matthews; blogger terkenal yang juga merupakan penulis lirik, Dayah Bakar dan juga Faatin Akib.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Izzue Islam Mengaku Bertunang & Akan Kahwin 2 Jun Ini

Gossip ntv7 Aniaya Selebriti?