in , ,

Program Hiburan Santai HMI Pop Yeh Yeh Sabtu Ini Bakal Gamit Memori

Sebuah konsert yang bakal mengamit memori anda dengan lagu-lagu Pop Yeh Yeh yang sudah lama kita tak layan!

Radio Televisyen Malaysia (RTM) kembali menghangatkan pentas Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kota Media, menerusi program hiburan santai terbitan Unit Hiburan TV RTM iaitu “HMI, Hiburan Minggu Ini: Pop Yeh Yeh”, yang menemui penonton pada 16 September 2023, Sabtu ini, pukul 9.00 malam. 

Bersiaran secara langsung menerusi saluran TV2 dan penstriman langsung di RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my), RTM penuh berharap dalam mengembalikan semula kenangan dan nostalgia lagu-lagu irama pop yeh yeh yang sentiasa mendapat tempat dalam kalangan pendengar.

Program Hiburan Santai HMI Pop Yeh Yeh Sabtu Ini Bakal Gamit Memori

Apatahlagi bagi pihak RTM penganjuran program ini selain bertujuan mengimbau kembali zaman kegemilangan genre itu, pada masa sama dapat memperkenalkan irama pop yeh yeh kepada generasi masa kini.

Artis popular yang bakal membuat persembahan iaitu J Sham, Datuk Jeffry Din, Dato’ L.Ramli, S.Mariam, dan A.Rahman Onn pastinya mengubat rindu peminat menghiburkan penonton dengan lagu malar segar mereka. Manakala hos program menggandingkan Didie Alias berpasangan dengan Ahmad Yasin.

Justeru RTM menarik perhatian orang ramai untuk bersama-sama memeriahkan program ini bertempat di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kota Media. Masuk adalah percuma.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Jelajah Citarasa Malaysia di Selangor Sempena Hari Malaysia

AirAsia di Siem Reap Kemboja Berpindah ke Airport Siem Reap – Angkor