in

Program Hiburan dan Info IT Temui Penonton Remaja

Menarik di TVi Sepanjang Julai Ini : Program Hiburan dan Info IT Temui Penonton Remaja

Warna-warni program disiarkan TVi (Saluran 180 Astro) berterusan sepanjang Julai ini apabila saluran yang mensasarkan kelompok penonton di kalangan remaja ini menyiarkan program sarat informasi, bual bicara dan tidak ketinggalan program hiburan yang pastinya mampu menghiburkan semua.

Tujuh program disiarkan menerusi TVi bermula dengan tayangan Dr. Siber (mulai 7 Julai 2012, setiap Sabtu, jam 2.30 petang), Studio R (mulai 7 Julai 2012, setiap Sabtu, jam 5.00 petang), Digitek (mulai 8 Julai 2012, setiap Ahad, jam 11.30 pagi), Geng IT (mulai 14 Julai 2012, Sabtu, jam 11.30 pagi) dan tiga episod program Ping! setiap Jumaat, jam 10.00 malam pada 13 Julai, 20 Julai dan 27 Julai 2012.

PENGACARA ... DJ NINIE DAN SONIC

Program majalah berinformasi tentang kerjaya berteraskan Teknologi Informsi (IT), Dr. Siber dalam 13 episod siarannya pastinya berguna bagi dijadikan panduan kepada individu yang menceburi bidang ini. Menariknya program ini turut memaparkan pelbagai aktiviti di samping menampilkan kemunculan artis-artis popular tanah air dan pengacara Fizi Ali. Menampilkan pengacara Aliff Kadim, saksikan juga program berkonsepkan sama dalam Geng IT yang turut berkongsi memaparkan info tentang teknologi maklumat (IT).

Satu-satunya rancangan hiburan yang menampilkan bakat baru dalam bidang seni suara dan muzik di negeri Sarawak ditonjolkan menerusi 13 episod program Studio R.

Bagi yang berminat mendapatkan informasi berguna tentang teknologi terkini peralatan elektronik, luangkan masa menyaksikan program Digitek. Program ini membekalkan penonton dengan maklumat mengenai peralatan elektronik yang kian meningkat di pasaran.

Peminat program hiburan pula dijanjikan dengan 3 episod program Ping!, rancangan bual bicara yang membincangkan topik-topik semasa dunia hiburan di Malaysia. Pastinya mengujakan kerana program ini menampikan set berbeza apabila dirakamkan di kompleks membeli-belah popular di Malaysia.

Pada 13 Julai depan, program dihoskan oleh gandingan Ninie Ibrahim dan Sonic Hussein ini mengetengahkan tajuk Bakat Muda yang mengundang artis Thumd, Nubhan, Azharina Azhar dan Mark Justin berinteraksi dengan pengacara dan penonton.

Menyusul kemudiannya pada 20 Julai 2012, Ping! mengutarakan topik Cabaran Artis Sarawak yang membawakan artis Iwan Haji Dasri, DJ Am, Jennifer Jack dan Angela Martin berkongsi pengalaman mereka menceburi bidang seni.

Topik Karya Lama DiBeri Nafas Baru pula dikupas pengacara bersama tetamu undangan Aziz M.Osman, Loque, Candy dan Abang Linz pada 27 Julai 2012.

Justeru kepada remaja di luar sana yang masih tercari-cari lagi program informasi IT dan hiburan penuh ilmiah, teruskan bersama saluran TVi.

12. Alif Kadim

4. Ping

3. Ping_NinieSonic

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Henry Golding Jadi Duta Dashing For Men Skin Defence System

Review Mandarin Oriental Jakarta