in

Program Catur Bistari

PELAJARI BIDANG PENGURUSAN KEWANGAN DAN KEUSAHAWANAN MENERUSI PERMAINAN CATUR

Program Catur Bistari d’TV adalah sebuah program realiti tv sebanyak 13 siri yang diadaptasi daripada permainan Catur Bistari yang dibangunkan oleh Johor Corporation dalam usaha untuk menyemai serta mencetuskan minat terhadap bidang keusahawanan.

Catur Bistari d’TV diterbitkan oleh Johor Corporation dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Program ini dihoskan oleh artis dan pakar motivasi terkemuka tanahair, Dr. Fadzley Yaakob dan mula disiarkan di RTM pada 21 Februari 2010, setiap Ahad, 13 episod, jam 2.05 petang di TV1.

Menerusi program realiti ini, sebanyak 16 buah pasukan yang melibatkan 48 orang peserta dari seluruh Malaysia telah bertanding untuk merebut hadiah-hadiah yang ditawarkan. Rakaman Majlis Penyampaian Hadiah pertandingan dan juga pertandingan Catur Bistari d’TV telah di adakan di Studio Pentas Bunyi, Filem Negara Malaysia, Petaling Jaya.

Catur Bistari d’TV menawarkan hadiah-hadiah yang menarik kepada peserta dengan hadiah utama bernilai RM18,000 di samping hadiah-hadiah lain iaitu pakej pelancongan ke luar negara, pakej penginapan dan produk-produk Ayamas dan juga barangan dari Secret Garden. Selain itu Catur Bistari d’TV juga menawarkan hadiah kuiz minggguan dan terkumpul kepada para penonton di rumah.

Para peserta yang terdiri daripada penuntut Institut Pengajian Tinggi, pekerja sektor awam dan swasta serta dari pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membawa objektif utama penerbitannya iaitu untuk mencetus minat dan kesedaran yang berkaitan dengan bidang pengurusan kewangan dan keusahawanan. Selain membentuk budaya dan minat bagi menjadikan bidang ini sebagai satu kerjaya pilihan di masa depan dan seterusnya memupuk semangat nilai nilai keusahawanan.

Untuk mengetahui perjalanan dan cabaran para peserta dalam merebut hadiah hebat selain menimba ilmu berkaitan perniagaan dan keusahawanan, jangan lupa untuk mengikuti program Catur Bistari d’TV bermula 21 Februari 2010 hanya di TV1.

• Permainan catur lazimnya dikaitkan dengan kehandalan dan kebijaksanaan pemain dalam mengatur strategi perlawanan (berperang) untuk menentukan pemenang. Bagaimanapun kini dipelbagaikan untuk menguji kemahiran dalam bidang pengurusan kewangan dan keusahawanan.

• Papan permainan Catur Bistari yang telah dibangunkan oleh Johor Corporation menjadi asas pertandingan ini di mana melalui permainan ini, para peserta perlu melalui 3 peringkat laluan yang akan menguji keupayaan diri, kecekapan dan kemahiran para peserta dalam pengurusan kewangan dan menjayakan sesuatu perniagaan. 3 peringkat laluan tersebut adalah laluan makan gaji, laluan Tijarah dan laluan Jihad Bisnes.

• Pada fasa pertama, peserta perlu melalui laluan makan gaji yang membawa peserta untuk mengeluarkan perbelanjaan bagi keperluan harian yang tidak boleh dielakkan selain menerima gaji, kenaikan pangkat dan bayaran bonus.

• Peserta perlu membuat pelbagai pelaburan saham, pembelian hartanah dan barangan bernilai bagi melayakkan peserta ke laluan seterusnya iaitu laluan tijarah yang memberi peluang kepada peserta untuk memilih transaksi-transaksi bisnes yang mungkin memberi pulangan yang menguntungkan kepada syarikat.

• Laluan terakhir halangan Catur Bistari adalah melalui laluan Jihad Bisnes yang melayakkan peserta untuk memiliki bisnes yang bernilai tinggi dan tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur. Peserta yang mempunyai jumlah harta dan nilai mata yang tinggi selain menjayakan waqaf dan amal soleh akan dikira sebagai pemenang.

• Maklumat lebih lanjut boleh didapati dengan melayari www.caturbistari.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hunny Madu Makin HOT Perform di Parti Nona 2010

Zizan Nin Akan Kahwin Sebelum Mei 2010