in ,

Program BICARA KANSER Tingkat Kesedaran Bahaya Penyakit Kanser

Apabila mendengar kisah-kisah daripada insan yang pernah menjadi ‘pejuang penyakit barah’ terus mengingatkan kita betapa berharganya setiap saat yang kita miliki.

Kisah demi kisah inspirasi dikongsikan pesakit kanser yang telah menghadapi cabaran-cabaran yang luar biasa dalam kehidupan mereka mampu membuka mata kita sebagai pendengar supaya lebih memahami apa yang dihadapi oleh mereka.

Hakikatnya setiap daripada kita juga terfikir bagaimana untuk berhadapan dengan mereka dan supaya semua orang lebih cakna tentang penyakit kanser yang boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan jantina. 

Prihatin dengan keperluan untuk menyuntik kesedaran masyarakat tentang bahaya penyakit musuh nombor satu ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan program “Bicara Kanser” mulai 16 November ini, setiap Khamis dan Jumaat, pukul 11.00 malam di TV1. 

Bicara Kanser_1

Saksikan paparan serta kupasan tentang ‘Kanser Prostat’ dalam episod satu bersama Dato’ Dr. Mohamed Ibrahim, Pengarah Perubatan & Pakar Perunding Onkologi, dan Puan Sri Maniseh Adam yang memaparkan perjuangan kanser Steven Kong dan Prof. Madya Dr. Mohd Nahar; Pakar Perunding Jabatan Perubatan Kesukanan, PPUM.

Seterusnya saksikan paparan serta kupasan tentang penyakit ‘Kanser Nasopharyngeal Carcinoma’ bersama Dr. Raymond Tan Suan-Kuo, pakar THT, Pakar Bedah Kepala dan Pakar Rawatan Dengkur & Apnea, dan Puan Sri Maniseh Adam yang memaparkan perjuangan kanser Wan Asma Kusairi Wan Daud serta segmen info medik bersama Prof. Madya Dr. Mohd Nahar.

Paparan tentang ‘kanser Follicular Lymphoma’ menemui penonton dalam episod berikutnya mengundang Dr. Shazril Imran Shaukat; Pakar Onkologi dan Radioterapi, menerangkan sisi perubatan dalam segmen bersama pakar. Segmen inspirasi kemudiannya memaparkan perjuangan kanser Ustaz Abdullah Saludin. Segmen info medik pula memaparkan pengurusan emosi pesakit kanser oleh Ustaz Haji Ahmad Shukri Yusuff.

Seterusnya perkongsian tentang penyakit ‘kanser Pundi Kencing’ oleh Dr. Badrul Hisham Bahadzor; Pakar Bedah Urologi, menerangkan sisi perubatan dalam segmen bersama pakar. Diikuti segmen inspirasi memaparkan perjuangan kanser Puan Sri Maniseh Adam. Segmen info medik pula memaparkan penjagaan Paliatif oleh Hasriza Hashim; Ketua Jabatan Paliatif dan Rawatan Sokongan, Institut Kanser Negara.

Episod berikutnya membawakan tentang ‘kanser Testis’ bersama Dr. M. Amir Shah; Pakar Radioterapi dan Onkologi, akan menerangkan sisi perubatan dalam segmen bersama pakar. Segmen inspirasi memaparkan perjuangan kanser Azhari Abdul Aziz. Segmen info medik pula memaparkan penyediaan diet pesakit kanser oleh Puan Norhayati Azmi (Ketua Jabatan Perunding Pemakanan.

Turut diketengahkan tentang ‘kanser Teratoma’ bersama Dr. Shazril Imran Shaukat yang akan menerangkan sisi perubatan dalam segmen bersama pakar. Segmen info medik pula memaparkan pengurusan kesakitan akibat kanser oleh Dr. Hasriza Hashim; Ketua Jabatan Paliatif dan Rawatan Sokongan, Institut Kanser Negara.

Ikuti juga perkongsian info berkenaan ‘kanser Apendiks’ bersama Dr. Shazril Imran Shaukat menerangkan sisi perubatan dalam segmen bersama pakar. Segmen info medik pula tentang teknologi Mesin Halcyon oleh Dato’ Dr. Mohamed Ibrahim; Pengarah Perubatan dan Pakar Perunding Klinikal Onkologi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SHUIB

Shuib Akui Runding Bayar Caruman Staf Secara Ansuran dengan KWSP

AWIE

Datuk Awie Rasa Syukur Bakal Terbitkan Filem & Bawa Watak Husin