Radio Televisyen Malaysia (RTM) menganjurkan “Program Bersepadu Radio & TV 2015†yang antaranya merangkumi “Telematch & Konsert Aktif 7†bertempat di Perkarangan Kompleks Bersepadu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM),Off Jalan Lintas Kepayan, Kota Kinabalu, Sabah dua hari berturut-turut pada 26 dan 27 Disember 2015.
Program Bersepadu Radio & TV 2015 Dekatkan RTM Dengan Penonton dan Pendengar Setia
[dropcap]T[/dropcap]ujuan program tersebut ialah untuk mendekati sasaran pendengar radio dan penonton setia yang sentiasa menyokong RTM. Ia sekaligus dilihat mampu menonjolkan RTM sebagai stesen penyiaran negara yang terus relevan dalam penyampaian maklumat.
Penganjuran program bersepadu Radio dan TV 2015 ini padat dengan pengisian antaranya pada 26 Disember ini diadakan aktiviti seperti gerai jualan, rakaman telematch (TV), pameran, dan sesi saringan karaoke. Turut berlangsung sidang media dan raptai penuh rakaman Konsert Aktif 7.
Seterusnya pada 27 Disember ini berlangsung acara gerai jualan, pameran, latihan kombo bersama artis, Pertandingan Akhir Karaoke dan kemuncaknya Konsert Aktif 7, pukul 8.00 malam ke udara secara langsung menerusi NASIONALfm dan SABAHfm sempena sambutan tahun baharu 2016. Konsert ini turut disiarkan menerusi saluran TV2 pada 1 Januari 2016, pukul 9.00 malam.
Pengunjung juga boleh beramah mesra dengan Ikon RTM serta pengunjung berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik serta cenderahati istimewa dari RTM.
Bukan itu sahaja, barisan penyampai popular radio RTM turut ‘turun padang’ bagi menjayakan Kosert Aktif 7 ialah DJ Muaz dan Odey dari NASIONALfm, DJ Sonic (KLfm), DJ Ady (Radio Klasik), DJ Ravin (MINNALfm), DJ Mary (TRAXXfm), DJ Katy (ASYIKfm), DJ Moon (Sabahfm) dan DJ Dennis (SabahVfm).
Saksikan persembahan oleh artis-artis popular tanah air seperti Dayang Nurfaizah, Mus May, Firman, Adira, Fourteen, Fairuz Misran, Tracy Woon, Dino Menara juga DJ Sabahfm dan DJ SabahVfm.