in , ,

Program Baharu The Hardest Singing Show Cabar Vokal & Kreativiti Penyanyi

Program ini bakal menemui pelanggan Astro bermula 12 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

Astro mempersembahkan program realiti terbaharu, ‘The Hardest Singing Show’, sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan ‘showmanship’ sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan.

Program ‘The Hardest Singing Show’ berteraskan konsep ‘Kreativiti Luar Limitasi’, dan bakal menguji kestabilan fizikal, mental dan kreativiti peserta dalam persembahan, di mana secara tidak langsung turut menguji kualiti vokal nyanyian mereka.

Program Baharu The Hardest Singing Show Cabar Vokal & Kreativiti Penyanyi

Peserta juga dikehendaki memberikan satu ‘Wow Moment’ dalam ‘showmanship’ bergantung pada idea dan kreativiti para peserta. Konsep tambahan ini menjadi faktor penting dalam pemarkahan akhir mereka serta kedudukan dalam pertandingan sehingga ke minggu akhir. 

Menurut Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh, “Kami amat teruja untuk memperkenalkan program realiti terbaharu Astro, ‘The Hardest Singing Show’ kepada para penonton. Konsep ini buat pertama kalinya mempertaruhkan kehebatan dan keunikan ‘showmanship’ dalam persembahan sebagai elemen utama, selain kemantapan vokal yang bakal menjadi tarikan penonton untuk menyaksikan program ini. Para penonton juga bakal menyaksikan penyanyi-penyanyi kegemaran mereka melakukan persembahan yang luar biasa mengikut kreativiti dan pada masa yang sama, peserta perlu mengawal kestabilan vokal nyanyian.

Sebagai salah satu program ‘signature’ terbesar kami pada tahun ini, kami ingin memastikan ia kekal berdaya saing dan relevan di dalam industri nyanyian yang kian berubah. Oleh itu, pembaharuan format ini ditambah untuk memberi keunikan kepada rancangan-rancangan nyanyian kami yang sering mendapat sokongan padu daripada para penonton dan peminat. Kami yakin ‘The Hardest Singing Show’ bakal memberi pengalaman baharu kepada semua termasuk barisan peserta ternama yang akan bersaing dalam rancangan ini serta barisan juri dan hos yang juga mempunyai peranan hebat dalam dunia hiburan.

Program Baharu The Hardest Singing Show Cabar Vokal & Kreativiti Penyanyi

Jutaan terima kasih turut diucapkan kepada pihak penaja, Alha Alfa Cosmetics yang sudi menaja rancangan terbaharu kami pada kali ini. Kami berharap penganjuran ‘The Hardest Singing Show’ bersama Alha Alfa Cosmetics dapat menambat hati para penonton daripada setiap pelosok dunia dengan keistimewaannya tersendiri serta menyerlahkan bakat-bakat tempatan yang ada di negara kita,” tambah Norzeha. 

Barisan peserta yang bakal bersaing selama 10 minggu menerusi rancangan pertandingan nyanyian terbaharu Astro ini merupakan 9 peserta individu dan berkumpulan terdiri daripada penyanyi terhebat kini, termasuk Datin Alyah, Zizi Kirana, Ayda Jebat, Kaka Azraff, Stacy, Aisha Retno, Putera Muhammad, Aepul Roza, serta kumpulan penyanyi wanita popular Malaysia, De Fam yang terdiri daripada Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana

Manakala pengacara dan penyampai radio popular, Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose yang akan menggemudi rancangan ini. Manakala bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah  professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato’ Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak. 

Penerbitan ‘The Hardest Singing Show’ diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama, serta turut dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro Gempak selaku rakan digital dan ERA sebagai rakan radio rasmi.

Program Baharu The Hardest Singing Show Cabar Vokal & Kreativiti Penyanyi

PENJURIAN & TRIVIA ‘THE HARDEST SINGING SHOW’

• Persembahan setiap peserta menerusi ‘The Hardest Singing Show’ akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.

  • Juara ‘The Hardest Singing Show’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro. 
  • Para penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan iaitu “The Hardest Gempak Meter” pada setiap minggu. Undian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi www.gempak.com/thehardestsingingshow.
  • Eksklusif buat rancangan terbaharu ini, Astro turut mengeluarkan lagu tema yang berjudul ‘I’m The Best’dan lagutema yang bergenre Pop ini ditulis oleh komposer muda Iqie Hugh.
Program Baharu The Hardest Singing Show Cabar Vokal & Kreativiti Penyanyi

INFO SIARAN ‘THE HARDEST SINGING SHOW’

‘The Hardest Singing Show’ akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9.00 malam menerusi Astro Ria (Saluran 104). Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat di saksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.

Xtended The Hardest Singing Show bakal bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin.  

Program Baharu The Hardest Singing Show Cabar Vokal & Kreativiti Penyanyi

MENGENAI ALHA ALFA COSMETICS

Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd diasaskan oleh jurumekap profesional tanahair dan kini selaku Ketua Pengawai Eksekutif iaitu Dato’ Sri Abdul Al Halim Bin Mohd AlFadzil. Beliau menggalas empayar ini bersama-sama tulang belakang 2 figura penting iaitu Encik Mohd AlFareed Bin Mohd AlFadzil selaku Pengarah Urusan di dalam Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd dan Dato’ Syamsul Amry Bin Hussin selaku Ketua Pegawai Kewangan. Dato’ Sri Alha Alfa telah meletakkan satu fenomena yang berbeza di dalam dunia pemasaran produk kosmetik. Berbekalkan tagline pemasaran iaitu Perbezaan Itu Keunikan Kita, produk Alha Alfa Cosmetics sekaligus membawa mesej penting tentang kelebihan setiap produk Alha Alfa Cosmetics, dan ia berjaya menembusi pasaran di serata tempat di Malaysia dengan sekaligus membina jenama yang cukup disegani dan dipercayai.

Bermula sekitar 6 tahun sebelumnya, Alha Alfa Cosmetic telah memasarkan beberapa jenis produk asas solekan yang telah menambat hati pengguna di Malaysia sehingga melahirkan pelbagai jenis produk solekan yang berkualiti tinggi dan mampu milik. Selain daripada itu produk penjagaan kulit juga kini telah dipasarkan. Kewujudan produk Alha Alfa Cosmetics di pasaran bukan lagi asing apabila ramai di kalangan selebriti, jurumekap professional tanahair, dan mereka yang gemar bersolek sering meletakkan produk Alha Alfa Cosmetics adalah pilihan utama di dalam rangkaian koleksi peribadi masing-masing. 

Sepanjang penglibatan dan penubuhan jenama Alha Alfa Cosmetics di Malaysia, pelbagai pencapaian telah diraih. Dato’ Sri Alha Alfa Cosmetics telah berjaya menerbitkan sebuah program realiti yang berkonsepkan solekan dan tatarias. Malaysia Top MUA adalah program yang berdurasi 30 minit, 10 episod dan ia telah disiarkan di Stesen TV Astro pada tahun 2020. Lanjutan dari pencapaian dan pengalaman ini, sekali lagi jenama ini tampil untuk mencipta fenomena bersama program realiti TV, siaran TV Astro ‘The Hardest Singing Show’ yang meletekan nama Alha Alfa Cosmetics sebagai penaja utama di program yang dinantikan ini.

Bukan itu sahaja, pencapaian jenama Alha Alfa Cosmetics juga menjadi bualan media di kalangan usahawan sehingga mengangkat produk ini antara yang berjaya di arena kecantikan & solekan. Malaysia Prestigious Industry 2019 mengangkat nama Alha Alfa Cosmetics sebagai produk yang diyakini di dalam 3 kategori pencapaian yang berbeza iaitu [Most Trusted Cosmetic Brand], [Young Intrapreneur Of The Year 2019] & [Prestigious Entrepreneur Of The Year 2019] dan yang terbaru, Leading Entrepreneur Beauty and Cosmetic Award 2022.

Jika di lihat dalam tempoh 6 tahun pembabitan Alha Alfa Cosmetics di dalam dunia perniagaan solekan dan kecantikan, ia mampu membawa jenama ini berkolaborasi dengan lebih maju dan melahirkan ramai anak didik yang berkemahiran di dalam dunia solekan. Dato’ Sri Alha Alfa juga telah berpengalaman lebih dari 10 tahun mengendalikan bengkel solekan secara peribadi dan juga dibawah anjuran Alha Alfa Cosmetics. Bengkel solekan ini juga telah mendapat tempat di luar Malaysia seperti Indonesia, Brunei & Singapura. Kemahiran beliau selaku jurusolek profesional mampu memberi tunjuk ajar dan panduan yang berguna untuk mereka yang ingin menjadikan kemahiran solekan sebagai profesion di masa hadapan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tractors Malaysia Bekerjasama Dengan Pelanggan Bantu Pertubuhan Bantuan Wanita 

ALIFF AZIZ

“Menyampah Tengok Video Lakonan B*bi P*kimak Tu…” – Aliff Aziz