in

Program BABA’S cu-bits di TV3

BABA’S cu~bits Memperkenalkan Evolusi Sajian Tempatan Yang Bakal Menjadi Trend Baru!

George Bernard Shaw, cendekiawan sastera yang juga pemenang anugerah Nobel 1925 pernah berkata, “There is no love sincerer than the love of food” – tiada cinta yang seikhlas cinta pada makanan. Untuk kita di Malaysia ini, mungkin tiada kata-kata yang lebih tepat menjelaskan percintaan kita dengan makanan.

Percintaan inilah menyebabkan kita sentiasa mencari pengalaman-pengalaman rasa yang baru, dan juga menjadi ilham kepada beribu-ribu hidangan yang sentiasa ditambahkan kepada senarai resipi-resipi tempatan. Sememangnya tidak boleh dinafikan kita semua kaki makan. Tidak kira keturuan atau pengalaman hidup, persamaan antara kita adalah percintaan kami se-Negara dengan aroma dan rasa sajian yang lazat.

cubits logo final

Dari subur hingga senja, insan-insan kita boleh sahaja ditemui beratur untuk mendapatkan juadah-juadah yang digemari. Mungkin kerana kebanyakan dibesarkan disuap bersama, kami lebih selesa berkongsi masa ini dengan keluarga atau kawan. Itulah unsur-unsur yang menjadi dasar evolusi kulinari yang bakal menjadi “trend” tempatan terbaru!

Konsep kulinari “cu-bits” menggabungkan dua unsur tempatan iaitu makanan yang penuh kaya dengan citarasa dan tabiat kita yang dari kecil sudah dibiasakan dengan sifat berkongsi makan.

“Inspirasi untuk gelaran “cu~bits” berasakan gabungan perkataan “cuba” dan “bits”, yang dengan sejelas mungkin mengambarkan trend hidang baru ini!”, kata Claudian Navin Stanislaus, Ketua Pengiklanan & Promosi, Baba Products (M) Sdn Bhd.

Bukan sekadar cara hidangan yang disediakan “comeh-comeh” ala “novelle cuisine”, keunikan inovasi kulinari tempatan terbaru yang digelar “cu~bits” ini adalah juga dari segi gabungan resipi-resipinya yang menonjolkan rasa-rasa Malaysia dalam jelmaan baru. Sebagai “Power Lunch” yang ringan sesama rakan sekerja, santapan petang seisi keluarga ataupun alas perut teman sejiwa, trend kulinari inovatif ini membolehkan kita menikmati pelbagai rasa dari sajian yang dihidangkan… tanpa rasa kesal kemudiannya, yang sering dirasai!

Persembahan jingle program BABA'S cu~bits oleh Andy Flop Poppy & Elvira

Persembahan jingle program BABA’S cu~bits oleh Andy Flop Poppy & Elvira

Untuk 26 minggu berturut mulai Julai 1, 2012 penonton-penonton tempatan akan mengenali dan mengalami evolusi kulinari tempatan terbaru ini dalam siri masakan BABA’S cu~bits. Setiap Ahad jam 7.30 malam, program yang dihoskan oleh Chef Kamarul akan menonjolkan 3 recipe cu~bits origin baru yang berdasarkan makanan kegemaran tempatan. Tidak kira anda mahir ataupun pertama kali hendak ke dapur, resipi-resipi dari program BABA’S cu~bits akan menjadi pilihan anda, khas bila hendak menyediakan sajian untuk dimakan bersama. Kesemua 78 resipi unik ini dihasilkan menggunakan produk-produk BABA’S; yang telah lama menjadi jenama rempah kegemaran tempatan, sungguh mudah dan cepat disediakan.

“Pastinya program ini bukan sekadar mengemukakan trend cu~bits dan resipi-resipi lazat, bahkan ia merupakan cara kami ingin mendorong lebih ramai turut ke dapur dengan menunjukkan resipi-resipi yang mudah dicuba” tambah Navin,

Produksi BABA’S cu~bits telah mencipta beberapa pencapaian, seumpamanya ia ditampilkan dalam format FULL HD dan juga merupakan kali pertama siri masakkan BABA’S akan ke udara di TV3. Satu lagi keistimewa kempen ini adalah “cross-promotion” yang dibuat dengan segmen khas BABA’S cu~bits dalam rancangan Nona, setiap Ahad jam 2 petang mulai 1 Julai 2012. Bagai peminat-peminat setia yang ingin menonton episode-episod BABA’S cu~bits yang telah terlepas, ia boleh juga diikuti di TONTON.

Seperti tahun-tahun lalu, hadiah-hadiah yang penuh lumayan telah pun disediakan untuk pengikut setia program BABA’S cu~bits, keterangan lanjut akan diumumkan oleh Chef Kamarul di dalam program dan juga di laman FACEBOOK BABA’S & U.

Jadi jika anda peminat setia program masakan BABA’S, penggemar rancangan masakan yang ingin tahu tentang cu~bits dan cara turut mengikuti trend ini, jangan lupa menonton siaran BABA’S cu~bits yang akan ke udara setiap Ahad, jam 7.30 malam bermula 1 Julai 2012, eksklusif di TV3.

Demo memasak oleh Chef Kamarul di majlis pelancaran BABA'S cu~bits

Demo memasak oleh Chef Kamarul di majlis pelancaran BABA’S cu~bits

Gimik pelancaran oleh Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian TV Media Prima

Gimik pelancaran oleh Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian TV Media Prima

Group Photo (1)

Group photo (2)

Penerbit BABA'S cu~bits Nur Azean Abdul Wahab-001

Penerbit BABA’S cu~bits Nur Azean Abdul Wahab

Persembahan istimewa oleh Jaclyn Victor

Persembahan istimewa oleh Jaclyn Victor

Chef Kamarul (1)

Chef Kamarul

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Akim Ahmad Bakal Lancar Album Pertama

Gambar & Ulasan Konsert Maher Zain Konsert Forgive Me