Merupakan sebuah kumpulan yang dianggotai oleh 3 adik beradik lelaki yang membawakan konsep muzik Pop Nasyid Indie Rock.
Diasaskan oleh Wan Syahrul Amry yang pernah menjadi penyanyi jemputan kumpulan nasyid Brothers.
Memangkin semangat untuk menghasilkan sebuah lagu remake nasyid berjudul Teman Sejati dalam versi Pop Nasyid Indie Rock selepas pemergian ayahanda kerahmatullah dan kelahiran anak pertama pada penghujung 2006.
Thewans terdiri daripada Wan Syahrul Amry (Vocalis), Wan Mohd Firdaus (Gitar), Wan Ahmad Naqiuddin (Bass), Faisal (Drums) dan Badrul (Gitar Utama).
Masing-masing mempunyai influence muzik yang berbeza dan sering jamming bersama-sama sebelum berhasrat untuk menjadikan Thewans sebagai satu kumpulan yang komersial.
Mendapat pendedahan muzik Oasis, Dewa19, Raihan dan Brothers, Thewans akhirnya menggabungkan sound-sound yang diminati oleh setiap ahli untuk dijadikan genre muzik pilihan.
Bermain dan menghasilkan lagu demi minat dan kepuasan, Thewans tampil menceriakan industri muzik tanahair dengan mood dan feel yang baru untuk para pendengar sekaligus mencabar keunikan sentuhan muzik dari luar.
Berusaha untuk mendapatkan pengikutnya yang tersendiri Thewans yakin, konsep muzik mereka amat sesuai kepada semua golongan pendengar yang bakal dibentuk pemikirannya untuk menjadi lebih cool, rugged tetapi tetap religious.
Thewans bercita-cita untuk menjadi ikon kepada remaja yang gilakan hiburan tetapi cuba membawa mereka ke arah hiburan yang terkawal dan tetap maju ke hadapan.
Thewans sedang dalam proses shooting dan editing video klip Teman Sejati menggunakan kamera Panasonic HDV P2 oleh Penolong Pengarah filem Tipu Kanan Tipu Kiri dan Sepi iaitu Ramdan Che Hassan.