BAND BIOGRAPHY – soul 3
Soul 3 adalah sebuah kumpulan atau band yang terdiri dari 3 kaum yang berlainan bangsa. iaitu Melayu, Cina & India Pendek kata, kumpulan ini juga dikenali sebagai 1 Malaysia. Soul 3 dianggotai oleh Ganesh (Vokal), Helmi (Gitar Utama/Lead) & Terry (Bass). Kumpulan ini juga diterajui oleh pemuzik-pemuzik tambahan dari Indonesia, iaitu Kaisar (Keyboard), Windra (Gitar Kedua/Rhythm), Imam (Gitar Akustik) & Agus (Drum) yang mengiringi Soul 3 ketika membuat persembahan.
Soul 3 ditubuhkan pada 19 Julai 2005 dan sudah berada dalam industri muzik tanahair selama 4 tahun. Soul 3 pada awalnya bernaung di bawah pengurusan Undefinited Entertainment di mana mereka menerbitkan album sulung mereka yang bertajuk “Hilang” pada tahun 2006 yang mendapat sentuhan dari komposer Arizal Thani dan susunan muzik oleh Syed Nitrus. Album ini merupakan album mini yang menampilkan 6 buah lagu iaitu “ “Hilang”, “Bila Kau Tiada”, “Walau Dari Jauh”, “Detik”,” Senyumlah” & “Takkan Berubah”. Pada ketika itu, Soul 3 merupakan sebuah kumpulan vokal, bukan sebuah band. Dimana dua anggota asalnya Zizan & Delon telah menark diri dan hanya Ganesh saja yang masih kekal dalam kumpulan ini hingga sekarang. Lagu “Hilang” tersenarai sebagai salah satu dari 20 lagu terbaik carta X-Fresh FM (Sekarang X-FM) pada bulan Ogos 2006. Ia juga mendapat tempat dicorong-corong radio yang lain seperti KL FM dan Muzik FM. Album “Hilang” dilancarkan pada bulan September 2006 di Hotel Swiss Inn, Kuala Lumpur dan dijual sebanyak 3,000 unit.
Pada tahun 2007, bulan Oktober, Soul 3 melancarkan album kedua mereka yang bertajuk “Awan & Langit”. Dalam album kedua ini, lagu mereka hanya dapat tempat di Negeri FM sahaja. Dan juga, disebabkan oleh kedua-dua anggota menarik diri dari kumpulan, Ganesh mengambil inisiatifnya sendiri untuk membuat jualan secara langsung album kedua ini dan jualannya mencapai 8,000 unit di atas berkat dari usahanya. Album pertama Hilang, telah dijual sebanyak 3,000 unit dan album kedua, Awan & Langit mencapai jualan sebayak 8,000 unit. Pada tahun 2008, Ganesh juga terpaksa menghentikan perjuangan dalam industri muzik untuk sementara disebabkan oleh kegawatan ekonomi yang membuat anggota-anggotanya mencari alternatif yang lain untuk menampung kehidupan mereka. Pada masa itulah, Ganesh mula merancang untuk membuat beberapa perubahan pada kumpulan mereka dimana satu transformasi bermula dari sebuah kumpulan vokal ke sebuah band.
Soul 3 telah pun selesai menerbitkan album ketiga mereka yang berjudul “Gunung Asmara” pada tahun 2009 yang memuatkan 10 lagu baru. Album ini mendapat sentuhan dari komposer Rosli Ahmad, Burn Crossfire, Jalil JR2000 dan Ganesh Kumar yang juga vokalis Soul 3 sendiri, Ganesh. Lagu-lagu mereka sudah berputar stesen-stesen radio RTM iaitu KL FM, Muzik FM, Selangor FM & Asyik FM. Jesteru itu, di radio swasta pula, telah dapat kelulusan di X-FM dan akan berputar di sana juga tidak lama lagi. Antara lagu-lagu hit di dalam album terbaru mereka ialah “Gunung Asmara” dan “Bukan Ku Tak Mahu” (penampilan bersama penyanyi dari Indonesia, Finna Salsabila) telah mendapat banyak permintaan dari peminat-peminat, terutamanya di radio KL FM. Album ketiga Soul 3 iaitu “Gunung Asmara” memuatkan 10 buah lagu di mana kebanyakan lagu-lagu mereka menceritakan kehidupan dengan menyelitkan beberapa elemen muzik seperti pop, balada, ketuhanan, tradisional dan beberapa lagi.
Soul 3 masih boleh dianggap sebagai artis baru dalam industri muzik tanahair ini, walaupun pernah menerbitkan 2 album kerana dahulunya kumpulan ini adalah sebuah kumpulan vocal berharmoni dan sekarang ini telah menjadi sebuah band dengan kumunculan Helmi sebagai Gitar Utama, Terry sebagai pemain bass dan Ganesh sebagai Vokalis telah melengkapkan mereka sebagai sebuah band yang berbilang bangsa, 1 MALAYSIA.
1. NAME: HELMI FAZLI MD. HALIM
AGE: 27
ORIGIN: LARKIN, JOHOR
RACE: MALAY
RELIGION: ISLAM
ROLE IN SOUL 3: LEAD GUITARIST
2. NAME: TERRY SIAU VUN AUN
AGE: 23
ORIGIN: KOTA KINABALU, SABAH
RACE: CHINESE
RELIGION: CHRISTIAN
ROLE IN SOUL 3: BASSIST
3. NAME: GANESH KUMAR
AGE: 29
ORIGIN: PAROI, NEGERI SEMBILAN
RACE: INDIAN
RELIGION: HINDU
ROLE IN SOUL 3: VOCAL / KEYBOARDIST
SOUL 3 ALBUM PRODUCTION – GUNUNG ASMARA
The Group Information
Soul 3 are:-
Ganesh – Vocal
Helmi – Guitar (Lead)
Terry – Bass
Additional Musicians:-
Kaisar – Keyboard
Windra – Guitar (Rhythm)
Imam – Guitar (Acoustic)
Agus – Drum
The Production Team: –
Executive Producer: Ganesh Kumar
Producer : Rosli Ahmad
Asst Producer: Burn Crossfire
Arrangement: Jalil JR2000 & Burn Crossfire
Sound Engineer: Burn Crossfire
Recording Studio: Quantize Studio & Production, Pantai Hill Park
Mixing & Mastering Studio: Quantize Studio & Production, Pandan Indah
Featuring and Backup Vocals: Finna Salsabila (Indonesian Artist)
Production & Copyright: GK Records
Soul 3 Tracks (Audio CD): – 01. GUNUNG ASMARA 02. BUKAN KU TAK MAHU 03. AKU TIDAK PANDAI 04. WUJUDKAH AKU BAGIMU 05. TERJERAT 06. BUMI BERTUAH 07. SEMUAKU MILIKMU 08. TIADA BERSYARAT 09. KHILAF 10. SEJAK KAU HADIR
SOUL 3 music videos production
The Production Team: –
Executive Producer: Ganesh Kumar
Producer: Rosli Ahmad
Director & Editor: Abd. Muaiss Hj. Lokman
Cameraman: Zulkifli Abu Samah
Makeup Artist: Nurazmil Ismail (Baby Emel)
Fashion Designer: Emylia Hamdan
Wardrobe: Emariner Signature Botique Sdn. Bhd
Models:
1. Yudha Pratama (for the music videos “Aku Tidak Pandai”, “Bukan Ku Tak Mahu”, “Terjerat” & “Wujudkah Aku Bagimu”)
2. Norshafiza Zakaria (for the music videos “Aku Tidak Pandai”, “Bukan Ku Tak Mau”& “Wujudkah Aku Bagimu”)
3. Nurizyan Amalina (for the music video “Terjerat”)
4. Finna Salsabila (for the music video “Wujudkah Aku Bagimu”)
Production & Copyright: GK Records
Soul 3 Music Videos (DVD): – 01. GUNUNG ASMARA 02. BUKAN KU TAK MAHU 03. AKU TIDAK PANDAI 04. WUJUDKAH AKU BAGIMU 05. TERJERAT 06. TIADA BERSYARAT
Media Interviews:-
1) Utusan Malaysia on the 23rd October 2009
2) Berita Harian on the 23rd October 2009
3) Kosmo on the 4th December 2009
4) Media Hiburan on the 30th December 2009
Radio Interviews:-
1) Asyik FM on the 31st October 2009
Performances:-
1) As guest artist in “Selamat Pagi Malaysia” on the 31st October 2009