in

Profile Rosminah Mohd. Tahir Pengarah Teater Nyonya

ANAK kelahiran Muar, Johor ini tamat pengajian sarjana di USM dalam bidang teater,  antara karya pentasnya ialah Dadah (1983),  Pahlawan (1987), Nostalgia (1990) Merdeka (1990), Sang Singa (1990) dan Api (1991). Antara drama radi (1970-1992) adalah Adik Ku Sayang, Nenek, Penyambung kasih, Kabut Pun Berlalu, Laungan Keramat, Terima kasih Cikgu, Nasi Lemak Sebungkus, Di Alun Gelombang, Dusun Tok Ayah dan Saat Terakhir. Diikuti drama pentas Satu (1993), Gadis Melayu (1994), Seru dan Syukur (1998), Tanjong Joget 1999) dan Masuri (2000). Manakala, skrip monodrama yang dihasilkan ialah Alim (2003) dan Kopi Pangku (2005).

Hubungan dengan Datin Seri  Endon Mahmood amat akrab.  Puisi ciptaan beliau Kata Kasih Mahkota Hati merupakan puisi yang membawa Datin Endon Mahmood mendeklamasikaan puisi kepada khalayak. Hakikat Damai menjadi puisi terakhir yang sempat disampaikan oleh Datin Seri Endon  sebelum beliau kembali ke ramatullah.
 
Teater Anugerah (1996) adaptasi novel karya Zaharah Nawawi menjadi titik tolak beliau menulis drama pentas secara  komersial. Menyusul, teater Lantai T.Pinkie (1997) karya Datuk A.Samad Said sebagai teater pertama bertiket paling mahal ketika itu.

Beliau juga mengarah dan menulis skrip Malam Haram karya Ku Seman Ku Husein dan bangsawan Tengku Anum karya asal Morad Ibrahim. Manakala, teater Puteri Hang Liparahan beliau di Istana Budaya menjadi box-office. Lain-lain teater arahannya ialah Cucu (1995), A Modern Women (1996 di bawa ke Festival Teater Eksperimental di Cairo, Cik Ros (1999), Raden Galoh (2000), Medea (2000), Monodrama Alim (2003), Kopi Pangku (2005) dan Kesuma (2007). Beliau kini merupakan Ketua Jabatan Teater Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA) dan Naib Presiden PPWM.

[tags]profile rosminah sidek tahir, anugerah teater, isu karyawan, aziz satar kena pecat, teater nyonya[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dafi AF5 & Diana Danielle di Pasangan Romantis Rafflesia Suria FM

Nicolas Tse and Cecilia Cheung Separate Over Sex Scandal