in ,

Profile Misha Omar

Misha Omar mula menawan industri hiburan apabila bakat besarnya menarik perhatian komposer Allahyarham Dato Adnan Abu Hassan selepas menyertai pertandingan Bintang RTM 2001.

Memetik dari Wikipedia, Samihah @ Aisah binti Omar atau nama komersialnya Misha Omar (dilahirkan pada 6 Januari 1982 di Kota Bharu, Kelantan) adalah seorang penyanyi pop wanita Malaysia berbangsa Melayu yang sehingga kini telah memenangi 6 trofi Anugerah Juara Lagu, 5 Anugerah Industri Muzik, 3 Anugerah Era & masing-masing sebuah trofi Festival Filem Malaysia & Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Misha Omar

Beliau berasal dari Machang, Kelantan dan mula menceburi bidang seni suara sejak berusia 19 tahun setelah menyertai pertandingan Bintang RTM 2001.

Populariti beliau memuncak setelah meraih kejayaan menerusi lagu Bunga-bunga Cinta, dan terus bertahan popular hingga setanding dengan populariti penyanyi-penyanyi wanita lain seperti Datuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Liza Hanim, Ning Baizura dan Jaclyn Victor sekaligus menjadi antara penyanyi wanita paling berpengaruh dan terlaris di era 2000-an.

Beliau juga antara segelintir artis Malaysia yang berjaya menempa nama di peringkat Asia terutama setelah memenangi anugerah emas di Anugerah Muzik Asia di Shanghai pada 2003. Misha telah dicalonkan di MTV Asia Awards sebanyak dua kali serta terpilih untuk membuat persembahan di MTV World Stage pada 2009.

Beliau juga adalah antara artis Malaysia pertama yang mempunyai akaun VEVO di laman YouTube serta lagu-lagunya juga antara lagu Malaysia yang terawal terjual di laman iTunes.

Meskipun hanya seorang finalis, pesona wanita kelahiran Kota Bharu, Kelantan pada 6 Januari 1982 ini meyakinkan Adnan untuk mengasah bakatnya sebagai artis rakaman. Seterus beliau digilap pula oleh komposer lain seperti Ajai, Azmeer dan Sharon Paul.

Pesonanya begitu terserlah dalam lagu seperti Bunga-Bunga Cinta, Lilitan Asmara, Semoga Abadi, Riwayat Cinta, Cinta Adam & Hawa, Pulangkan, Ku Seru, Sembunyi, Destiny, Sampai Di Sini dan terbaru Sampai Bila.

Dilabel akhbar Inggeris New Straits Times sebagai The Next Best Thing pada awal kemunculannya, jenama Misha Omar sinonim dengan genre muzik pop dan R&B hingga digelar Diva Pop Alaf Baru oleh media.

Misha Omar

BIODATA MISHA OMAR

NAMA PENUH: Samihah @ Aisah Omar

TARIKH LAHIR: 6 Januari 1982

ASAL: Kota Bharu, Kelantan

PENDIDIKAN: Sijil Pendidikan Malaysia

ALBUM: Misha Omar, Aksara, Misha Omar dan Dia… Misha

FILEM: Gerak Khas 3 (GK3) dan Main-Main Cinta

DRAMA TV: Julia Julie Bintang Tiga, Lela Latah, Untung Atas Angin, Loyang, Kasih Marissa, Bonus Hari Raya, Ayah Ku Papa Mu, Budak Kidal, Nur Kasih Di Jabar Rahmah

ANTARA PENCAPAIAN: Finalis Bintang RTM 2001, Artis Harapan Pilihan Anugerah Era 2003, Anugerah Emas Festival Muzik Shanghai 2003, Vokal Terbaik (Bunga-Bunga Cinta Anugerah Juara Lagu 2003), Juara Lagu (Bunga-Bunga Cinta Anugerah Juara Lagu 2003), Artis Wanita Baru Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003, Artis Wanita Baru Pilihan Anugerah Media Hiburan 2003, Vokal Wanita Terbaik Anugerah Era 2004, Juara Lagu Balada (Pulangkan – Anugerah Juara Lagu 2004, Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu 2004, Juara Hitz 1 Anugerah Hitz 1 RTM 2004, Juara Anugerah Hitz 1 RTM 2006, Persembahan Terbaik Anugerah Hitz 1 RTM 2006, Lagu Global / Ethnik Pilihan (Nafas Cahaya Anugerah Era, 2007), Lagu Pop Etnik Terbaik (Nafas Cahaya AIM 2009), Album Pop Terbaik (Misha Omar – AIM 2009), Lagu Pop Terbaik (Cinta Adam Dan Hawa AIM 2009), Lagu Terbaik (Nafas Cahaya AIM 2009), Vokal Duo / Berkumpulan Terbaik AIM 2016, Tempat Kedua (Terima Ku Seadanya Anugerah Juara Lagu 2017)

TEATER : Muzikal Gamat (2010), Muzikal Uda Dan Dara (2010), Muzikal Tun Mahathir (2010), Mak Dara Nyonya (2011), Muzikal Tun Mahathir 2 (2011), Monolog Ratapan Gadis (2012), Diari Wanita (2015)

PENGACARAAN : Sehati Sejiwa (2009-2010)

IKLAN KOMERSIAL: Kao Laurier (2004-2006), Rorine (2005-2006), Shiseido (2012- 2013), Colourland Paint (2013-2014)

Misha Omar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pereka Fesyen Razman Razmi Kesal Dengan Amelina

Program IKON SIBER