in

Profile Emillia Contessa

Biodata Emillia Contessa

Lahir : 23 September 1957 (umur 52)
Asal : Banyuwangi, Jawa Timur, Indonesia
Genre : Pop
Pekerjaan : Penyanyi, Aktris
Tahun aktif : 1970–sekarang (penyanyi)
1971–1986 (aktris)

Emillia Contessa (Banyuwangi, Jawa Timur, 23 September 1957) adalah penyanyi Indonesia yang pernah mendapat gelaran sebagai Singa Panggung Asia oleh majalah Asia Week (1975).

Lahir dari pasangan Hasan Ali dan Anna Susiani, Emil, demikian panggilan akrab Emilia Contessa, suka menyanyi semenjak kecil.

Menurut ibunya, Emil mempunyai bakat menyanyi sejak dia kecil lagi. Sang ibu (Anna Susiani) berpendapat biarpun pada awalnya tidak pernah berjaya menjadi penyanyi bukanlah berarti Emil tidak memiliki suara yang bagus.

Sang ibu terus mengajar Emil menyanyi sepanjang pembesarannya dengan lagu-lagu kanak-kanak. Sepanjang tempoh pembesarannya, berbagai usaha dilakukan sang ibu agar Emil dapat menyanyi di berbagai acara hiburan.

Kebetulan, di depan rumahnya ada sekumpulan anak-anak muda yang membentuk sebuah kumpulan muzik seperti sebuah band. Melalui band kampung ini, Emil terus berlatih menyanyi.

Umurnya ketika itu baru menjangkau 5 tahun. Seterusnya di setiap kesempatan yang ada, Si Ibu selalu mendorong anaknya untuk menyanyi. “Sarnpai mengorbankan apa saja yang ada, asalkan Emil boleh menyumbangkan suara”, kata salah seorang yang kenal rapat dengan keluarga Hasan Ali 10 tahun yang lalu. Emil menyanyi untuk bermacam-macam majlis hiburan seperti majlis party yang diadakan di rumah, majlis ulang tahun dan segala bentuk keramaian lainnya yang ada band dan memerlukan penyanyi.

Ketika sang ibu bertemu dengan band KKO di Karangteko, gadis cilik yang waktu itu namanya cuma Emil Hasan, mendapat peluang yang lebih baik. Apatah lagi setelah KKO mempunyai band yang bernama Varia Nada, nama Emil mulai menjadi sebutan orang ramai di sekitar kawasan Banyuwangi dan sebahagian kawasan di Surabaya. “Suaranya memang sudah membobot seperti sekarang ini”, kata Kapten Djoko Pramono, KKO yang kini berada di kompi Protokol Hankam, yang mengenali Emil sejak kecil.

“Pada umur 11 tahun, baru saya menyanyi dengan bayaran”, kata Emil. Pada tahun 1986, Emil berjaya meraih Juara Umum Pop Singer ketika Surabaya menganjurkan majlis PON VII. Inilah awalnya yang membuka jalan Emil menjadi penyanyi profesional dan lebih terkenal.

Secara kebetulan, Emil yang ketika itu masih menggunakan nama Emilia Hasan telah diundang oleh pencari bakat Lee Kuan Yew dari Philips Singapura untuk rakaman di Singapura pada tahun 1970. “Dan waktu itu”, kata Abul

Hayat iaitu manager klub malam Niagara, “saya tahu Emil merupakan seorang penyanyi di restoran Peking di Singapura”.

Satu tahun di Singapura, Emil yang waktu itu ditemani ibunya, kembali ke Indonesia. Emil kemudian muncul pertama kali menerusi TV dikenalkan oleh Chris Pattikawa, yang memimpin acara hiburan di TVRI.

Namanya tiba-tiba muncul melalui Mother dan Quantaunlera, sebagai satu-satunya penyanyi yang bersuara mantap dengan gaya yang begitu energetik.

Emil mampu bersaing dengan biduan-biduan lain seperti Lilies Suryani, Titiek Sandora atau Henny Purwonegoro. Begitu juga dengan Titiek Puspa, hampir disainginya. “Ketika itu, Emil sudah mencapai level komersil”, kata P.J. Pello dari Warna Warta ABRI, Hankam.

Dengan menggunakan nama baru Emilia Contessa, karier Emil semakin melonjak naik. Emil merupakan antara salah seorang dari penyanyi wanita di Indonesia yang memiliki suara soprano yang sangat powerfull dan lantang. Tidak ramai yang memiliki suara sedemikian. Emil juga memiliki performance atau stage-act yang sukar ditandingi oleh mana-mana penyanyi ketika itu.

Bahkan ketika itu dia mendapat gelaran sebagai Singa Panggung Asia oleh majalah Asia Week (1975).

Masa emas Emil adalah di pertengahan tahun 1970-an. Antara lagu-lagu Emil yang popular ketika itu antara lain seperti, “Angin November”, “Flamboyan”, “Biarlah Sendiri”, “Bunga Mawar, “Melati”, “Rindu”, “Bunga Anggrek”, “Penasaran”, “Kehancuran”, “Layu Sebelum Berkembang”, “Angin Malam”, “Mungkinkah” dan banyak lagi lagu-lagu ciptaan A. Riyanto. Sehingga sekarang telah berbelas album dihasilkannya termasuk album Islami Samudera Shalawat (2000).

Di tahun 1970 di mana bayaran penyanyi Benyamin S. masih sekitar 3 sampai 5 ribu rupiah, namun Emil menerima bayaran tertinggi sebagai penyanyi kelab malam Tropicana sehingga mencapai Rp 200.000 sebulan termasuk sebuah rumah sedangkan kebanyakan penyanyi lokal yang lainnya yang menyanyi di kelab malam cuma mendapat bayaran sekitar Rp 50.000.

Pertengahan 1972, dia menerima Rp 75.000 untuk sekali menyanyi. Tahun 1974, menerusi ibunya yang bertindak sebagai Manager telah meminta bayaran sekitar Rp 500.000 dan sekitar Rp 250.000 untuk satu show luar Jawa, untuk kota-kota seperti Malang atau Semarang.

Walaupun pernah dinobat menjadi Ratu Foto Model oleh Persatuan Wartawan Indonesia di tahun 1972 (dan menang cuma sekali itu saja pengangkatan Ratu Foto Model), Emil tidak pernah menduduki tempat tertinggi di dalam dunia seni suara. Biarpun secara dasarnya, Emil cukup dikenali, tapi ketika namanya begitu popular di tahun 1971, Emil cuma berjaya menduduki anak tangga ketiga ( no satu adalah Titiek Sandhora) dalam angket siaran ABRI (TV dan radio).

Kelebihan Emil adalah “kemampuan dalam memikat publik”, kata PJ. Pello. Dan ini diakui pula oleh Abul Hayat dan kebanyakan yang lainnya termasuk peminat-peminatnya yang melihat Emil bergaya dan menyanyi. “Satu perkara lagi, Emil tidak pernah merasa malu apabila disuruh berlakon atau melakukan apa sahaja ketika membuat persembahan.”, kata Abul Dayat.

Mungkin karena sikapnya yang demikianlah, nama Emil cepat diingat dan cerita tentang dirinya selalu dikeluarkan di dalam akhbar-akhbar sekaligus membuatkan namanya semakin popular.

Selain kemampuan memikat publik dan orang ramai, “para pemusik juga selesa dan senang ketika mengiringi Emil”, kata Rudy

Roadi bekas pemimpin band Los Morenos yang mengiringi Emil di Ramayana Restaurant, New York. Tambah Rudy: “Keberanian dan kemantapannya membawakan lagu, biarpun kadang-kadang isi lagu dan ekspresi mukanya tetap dua hal yang tidak boleh dijadikan satu”. Ertinya isi lagu tetap isi lagu yang tidak mampu dimasukkan dengan perasaan Emil ketika menyanyi.

Bukan hanya sebagai penyanyi, Emil juga menunjukkan bakatnya di dunia lakonan. Telah berbelas filem dibintanginya, antara lain seperti Ratapan Anak Tiri, Akhir Sebuah Impian, Tetesan Air Mata Ibu, Senja di Pantai Losari dan banyak lagi.

Kehidupan pribadi
Pada tahun 1976, Emilia telah berkahwin dengan Rio Tambunan, seorang pegawai di pejabat Pemda DKI dan dikurniai 2 orang anak; penyanyi Denada Elizabeth Anggia Ayu dan Enrico Wendri Rizky yang lebih dikenali sebagai Rico Tambunan. Perkahwinan yang berbeza agama ini berakhir dengan perceraian. Emil kemudian berkahwin pula dengan Abdullah Surkaty dan dikurniai seorang anak, Muhammad Surkaty. Nasib perkahwinan keduanya juga sama seperti sebelumnya berakhir dengan penceraian. Emilia kemudian berkahwin dengan seorang lelaki keturunan arab, yang merupakan seorang duda beranak dua, Ussama Muhammad Al Hadar. Dari perkahwinan ini, Emil mendapat seorang anak lelaki iaitu Kaisar Hadi Haggy Al-Hadar.

Perkembangan Terkini
Walaupun tiada mengeluarkan album baru di pasaran, namun nama Emillia Contessa masih utuh di ingatan peminat-peminatnya. Atas permintaan ramai serta ingin mengembalikan nostalgia peminatnya, maka Life Records telah melakukan usaha untuk menerbit dan memasarkan kembali lagu-lagu terbaik dan popular Emillia sebagai koleksi kepada peminatnya. Antara album yang pernah dikeluarkan oleh Life Records seperti Edisi Platinum Emillia Contessa, Koleksi Unggul Emillia Contessa, Memori Lagenda Emillia Contessa dan banyak lagi.

Selain dikenali sebagai penyanyi, Emillia Contessa turut dikenali sebagai seorang pelakon yang hebat. Banyak filem yang dibintanginya namun ada sebuah filem yang betul-betul menguji dirinya sebagai pelakon adalah filem ‘AKHIR SEBUAH IMPIAN’ dimana Emillia berlakon di samping Broery Marantika. Filem yang diterbitkan awal 70-an ini begitu box office dan mendapat sambutan yang hangat dari penonton. Bukan sahaja filemnya meletup malah lagu-lagu yang terdapat di dalam filem ini turut mendapat tempias kehangatan filem tersebut.

Siapa sangka filem era 1970-an masih ada pasaran sehingga hari ini. Sememangnya filem itu sangat berjaya semasa ditayangkan dulu. Pasti ramai yang sudah menontonya di kaca TV ataupun VCD cetak rompak yang berleluasa.

Menyedari filem itu masih ada sambutan, Life Records sanggup mencuba nasib untuk memasarkannya. Sekarang DVD AKHIR SEBUAH IMPIAN sudahpun dipasarkan di Singapura dan akan menyusul pasaran di Malaysia selepas ini. Filem itu menjadi pemula dan sekiranya ada permintaan terhadap filem lain Life Records akan meneruskannya usaha ini.

Untuk menunjukkan komitmen Life Records terhadap usaha ini, maka pada 26 Disember ini Life Records akan membawa pelakon utamanya Emillia Contessa ke Singapura bagi mempromosikan DVD tersebut. Pelancaran DVD tersebut serta sessi bertemu peminat itu diadakan di Hall 4, Singapore Expo. Ada juga majlis istimewa sempena kedatangan penyanyi dan pelakon popular itu.

Filmografi
• Brandal-Brandal Metropolitan (1971)
• Tanah Gersang (1971)
• Dalam Sinar Matanya (1972)
• Pelangi di Langit Singosari (1972)
• Perkawinan (1972)
• Takkan Kulepaskan (1972)
• Dosa di Atas Dosa (1973)
• Akhir Sebuah Mimpi (1973)
• Tokoh (1973)
• Perempuan (1973)
• Aku Mau Hidup (1974)
• Calon Sarjana (1974)
• Pilih Menantu (1974)
• Ratapan Anak Tiri (1974)
• Tangisan Ibu Tiri (1974)
• Tetesan Air Mata Ibu (1974)
• Benyamin Raja Lenong (1975)
• Senja di Pantai Losari (1975)
• Memble Tapi Kece (1986)

Album
• YATIM PIATU. (Fontana.6418-028)
• Sudah Kucoba. (Remaco. RLL-019)
• MASA DEPAN. (Pop. 6418-034)
• Burung Sangkar
• Katakanlah
• Untuk Apa
• Malam Yang Dingin
• Pak Ketipak Ketipung
• Mimpi Sedih
• Sio Mama
• Hitam Manis
• Penasaran
• Bimbi
• Kegagalan Cinta
• Main Tali
• Penghibur Hati (duet dengan Benyamin Sueb)
• Setangkai Bunga Anggrek (duet dengan Broery Marantika)
• Nasib Pengembara (duet dengan Broery Marantika)
• Layu Sebelum Berkembang (duet dgn Broery Marantika)
• Samudera Shalawat (2000)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fouziah Ghous dan Rosyam Nor dalam Telenovela Trilogi Cinta

Mohd Amir Iqram Bo Juara Kawanku Bintang Coca-Cola