in ,

Profile Penyanyi Camelia

Masih ingat lagi dengan penyanyi Camelia? Selain cantik jelita lagi menawan, Camelia pernah mengegarkan dunia hiburan dengan kisah sensasinya.

Camelia atau nama sebenarnya, Dayang Nur Camelia Abang Khalid dilahirkan pada 20 Jun 1974. Dia berasal dari Kuching, Sarawak dan pernah menghoskan program Casa Impian menerusi Astro Ria.

Album yang pernah dihasilkannya adalah Camelia, Memori, Mimpi, Untukmu dan terbaru, Mysticam yang berada di pasaran sejak 29 November lalu. Camelia adalah artis Virgin Records, manakala Mysticam diedarkan EMI Malaysia.

Source Foto & Info Camelia: mStar Online

Antara lagu dalam album terbarunya itu ialah Jari Jemari, Closer, Hypnosis, Kool dan Du Du Du, kesemuanya ciptaan Camelia sendiri. Dua lagu lama yang diberi sentuhan baru ialah Seiring Sejalan dan Puteri Santubong.

Dia pernah bergelar duta produk terkemuka seperti L’Oreal, Tag Heuer, Wacoal, Epson, Pantene dan terbaru, Omega. Setakat ini pencapaian terbaik Camelia adalah dinobatkan sebagai Artis Baru Terbaik & Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) pada Anugerah Industri Muzik (AIM) 1998.

Laman web rasminya adalah www.camelia.com.my. Camelia turut berbakat sebagai jurugambar. Ketika menghadiri Paris Fashion Week tidak lama dulu, jurugambar profesional, Luc Fournol sempat merakamkan aksi Camelia.

Pernah mendirikan rumah tangga dengan Ehsan Tun Ahmad Zaidi, namun rumah tangga mereka tidak mampu bertahan lama apabila berpisah sejak November 1999.

Tidak lama selepas itu Ehsan berkahwin dengan pelakon dan anggota Elite, Azzarima Zawari, manakala Camelia masih bersendirian hingga kini.

Camelia

Updated: Camelia Berkahwin Senyap-Senyap Menetap di Bangkok

Tahniah buat Camelia yang kini sudah pun bergelar isteri kepada seorang Datuk. Sekarang semua orang kena panggil Camelia dengan nama Datin Camelia. Mengikut Mstar, Datin Camelia sekarang menetap di Bangkok bersama suami tercinta. Identiti suami Datin Camelia masih tidak diketahui sehingga sekarang. Tapi yang pastinya bukan Wira Tun Daim Zainuddin, anak Tun Daim.

Kehilangan penyanyi yang pernah popular dengan lagu Rindu Padanya dan Dengarlah Kasih, Dayang Nur Camelia Abang Khalid sering menjadi tanya dalam kalangan peminat seni tanah air.

Camelia

Namun, sebilangan besar wartawan hiburan tanah air sedia maklum, selepas mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan berjaya, Camelia yang berasal dari Kuching, Sarawak memilih untuk memberi tumpuan pada keluarga.

Camelia

Bidang nyanyian bukan lagi menjadi keutamaan Camelia.

Penyanyi jelita yang kini memegang gelaran Datin Seri ini bagaimanapun, sering dilihat dalam pelbagai acara sosial dan wajahnya juga kerap dilihat dalam laman-laman sosial rakan-rakannya yang terdiri daripada socialite tempatan.

Sekalipun sudah lama tidak muncul dalam media arus perdana, namun kejelitaan Camelia masih lagi belum pudar, bahkan beliau dilihat semakin sofistikated.

Wajah terbaru Camelia dapat dilihat dalam laman sosial Instagram jurusolek ternama, Khir Khalid yang juga rakan karib penyanyi itu.

Beberapa gambar yang dimuat naik Khir itu memperlihatkan Camelia sangat elegan dan kecantikan penyanyi berkenaan langsung tidak terusik.

Selain beberapa gambar terbaru Camelia, Khir turut memuat naik gambar penyanyi itu dengan anaknya, Aisha Asmara Khan yang jelas sekali mewarisi kecantikan ibunya.

Dalam waktu yang sama Khir juga turut berkongsi rakaman nyanyian Camelia untuk lagu Aku makin Cinta.

Kali terakhir penyanyi ini mengeluarkan album adalah pada tahun 2007.

Tentu sekali perkongsian yang dibuat oleh Khir mengubat kerinduan peminat-peminat Camelia.

Camelia
Camelia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sunday Nite Live – Ella; Ratu Rock Malaysia di Planet Hollywood

Sensasi, Apa Yang Sensasi Sangat Tu?