O&G merupakan bidang pengajian tertumpu pada kehamilan, melahirkan anak, dan selepas bersalin. Dalam tweet itu, Professor dikenali dengan nama Omar ini telah menyatakan 3 penjelasan penting.
- CSEC (bersalin secara pembedahan) langkah kecemasan dilakukan bukan kerana bimbang kepada janin, tetapi untuk mencabut plasenta kerana ia memerlukan 20% dari Cardioc Output (isipadu darah yang dipam oleh jantung dalam satu minit). Tujuannya adalah untuk mengurangkan tekanan kepada ibu dan menghasilkan Cardioc Output dengan berkesan. Alhamdulilah bayi selamat dilahirkan.
- Covid sememangnya jadi paling teruk pada ibu mengandung kerana keadaan pembekuan darah tinggi. Dia mungkin mempunyai embolisme paru atau serangan jantung semasa tempoh koma. Oleh kerana tidak ada pengurusan yang pasti untuk Covid, prognosis covid pada kehamilan (tahap 3,4, & 5) biasanya paling teruk.
- Tidak ada data yang menunjukkan dia (Siti Sarah) divaksin. Jadi jika boleh, sila nasihatkan semua ibu mengandung yang berusia di atas 14 minggu untuk mendapatkan vaksinasi secepat mungkin.
Tweet ini telah mendapat perkongsian lebih dari 11 ribu dari pengguna twitter yang lain. Ia sedikit-sebanyak membuka mata semua orang lagi-lagi ibu mengandung untuk mendapatkan vaksin dengan segera.
Terdahulu Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat lalu.
Selepas lebih 48 jam bertarung nyawa, Siti Sarah, 36 menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat pandemik COVID-19, jam 5.13 pagi tadi.