in

Perkongsian Kerjaya Mencabar Dalam PROFESION EKSTREM

Pernahkah anda membayangkan bagaimanakah agaknya kerjaya mencabar antaranya yang dilakukan pekerja pembetungan, anggota TATTOO dengan aksi akrobatik motosikal, pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB), jurulatih menyelam, pemelihara hutan, pegawai keselamatan, penyelenggara lebuh raya, pelakon lagak ngeri, ahli gusti profesional, pelombong emas, pengutip madu hutan dan penjaga haiwan?

Setiap kerjaya pasti ada cabarannya yang tersendiri. Dikenalikan pelakon terkenal Norman Hakim, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan program majalah bertemakan kerjaya mencabar bertajuk “Profesion Ekstrem” yang mula bersiaran pada 28 Januari ini, setiap Ahad, pukul 1.30 petang di TV1.

13 episod memaparkan sesi temu ramah dan paparan kerja-kerja merbahaya yang dilakukan oleh para pekerja ekstrem contohnya terhidu gas beracun, pertunjukan ‘tattoo’ menunggang motor sambil menggunakan senapang, memanjat pokok tinggi untuk mengambil madu dari sarang lebah, pekerja kabel elektrik dengan risiko renjatan serta lain-lain lagi.

Menerusi episod pengenalannya Norman Hakim berkunjung ke Loji Pembetungan IWK Kuala Lumpur berkongsi maklumat berkaitan pekerjaan ekstrem yang dilakukan oleh pekerja pembetungan IWK. Norman dibawa meninjau di persekitaran loji dan beliau merasai pengalaman mengumpul sampah sarap yang berbau busuk di mesin penyaring sampah. Norman mengikut penyelia pembetungan ke kawasan Bangsar menangani aduan tentang saluran yang tersumbat. Ia berkongsi risiko terhidu gas beracun yang wujud dalam kawasan paip pembetungan dan langkah yang diambil untuk tujuan pencegahan dan keselamatan.

Ikuti episod di Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja (PULAPOT), Genting Klang, Kuala Lumpur mendekati anggota TATTOO Angkatan Tentera Malaysia yang berkemahiran melakukan aksi akrobatik melibatkan motosikal. Mereka banyak terlibat dalam persembahan akrobatik bermotosikal di pelbagai jenis perarakan seperti sambutan merdeka, sambutan sesuatu perayaan dan sebagainya. Penonton disajikan dengan demo persembahan perseorangan yang melakukan aksi akrobatik solo, aksi ‘King Scorpion’ bagi kategori berpasangan dan aksi akrobatik ‘Rafflesia’ untuk berkumpulan. Norman juga mencuba aksi tertentu bersama kumpulan tersebut.

aksi dalam Profesion Ekstrem

Dalam episod seterusnya profesion pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) dipilih dan lokasinya bertempat di kawasan hutan di Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Misi mereka ialah melakukan kerja penyelenggaraan iaitu menukar penangkap kilat dan mangkuk kaca yang rosak di talian berkuasa tinggi. Pelbagai langkah keselamatan dipertontonkan bagi memastikan kerja yang berisiko tinggi ini berjalan dengan lancar dan selamat.

Norman turut berkongsi maklumat sebagai jurulatih menyelam iaitu Aishah Osman, seorang jurulatih menyelam yang berpengalaman selama 15 tahun. Beliau berkongsi pengalaman beliau yang bermula sekadar hobi dan akhirnya memilih bidang selaman sebagai kariernya. Beliau menerangkan kepada Norman maklumat dan proses yang perlu dilakukan dalam mendapatkan lesen selaman skuba.

Berikutnya pekerjaan sebagai pemelihara hutan berkunjung ke Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) bagi mendapatkan maklumat terperinci. Wawancara dilakukan berkongsi tugas dan tanggungjawab dalam mengurus, memelihara dan memantau kawasan perhutanan Malaysia. Antara cabaran ekstrem yang dilalui mereka ialah ugutan bunuh serta ancaman daripada pihak tidak bertanggungjawab dan terlibat dalam operasi memadam kebakaran hutan.

Norman turut berkongsi maklumat tentang kerjaya seorang pegawai keselamatan di sebuah syarikat keselamatan terkenal iaitu SRT EON Security Services Sdn Bhd. Wawancara dengan beberapa orang individu yang bertanggungjawab dengan pengurusan pemindahan wang tunai. Seterusnya profesion penyelenggara lebuh raya berkunjung ke pejabat Duta Ulu Kelang Expressway (DUKE) dan bertemu dengan Pengurus Operasi untuk berkongsi maklumat lanjut. Tugasan ini memerlukan individu yang mempunyai pengetahuan dan kelulusan di bidang elektrik serta tidak gayat berada di tempat tinggi.

Ikuti juga perkongsian cabaran sebagai koreografer aksi lagak ngeri yang memerlukan kemahiran dan kelulusan yang diiktiraf serta sifat sabar yang tinggi, ahli gusti profesional, pelombong emas, pengutip madu tualang, dan penjaga haiwan yang memerlukan minat serta kemahiran tertentu selain daripada perasaan tenang serta tidak mudah gemuruh dalam melaksanakan rutin harian mereka.

Hos Norman Hakim cuba melakukan tugasan mencabar

Norman Hakim cuba memujuk buaya dalam salah satu episod Profesion Ekstrem

Profesion Ekstrem

salah satu episod

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tiket Konsert John Legend Dijual dengan Harga RM366 ke Atas

Green Target Group Memeterai Perjanjian Bersama Best Western Hotels & Resorts