Namun begitu, dalam satu video yang dimuat naik beliau di Instagram berhubung masalah anxiety telah mendapat perhatian daripada warganet.
Dalam video berdurasi hampir dua minit itu, Prof Dr Muhaya telah menjawab persoalan mengenai perbezaan antara takut dan anxiety. Beliau juga turut memberi contoh berkenaan pesakit yang datang ke kliniknya untuk melakukan pemeriksaan mata yang mempunyai masalah anxiety.
Melalui video tersebut, ulasan Prof Muhaya telah membuatkan beberapa pihak kurang bersetuju terutamanya mereka yang berada dalam bidang terbabit dan juga pesakit yang mengalami masalah anxiety sendiri.
Menerusi perkongsian di Twitter, beberapa individu tampil meminta agar beliau tidak memukul rata dan menjadi pakar dalam semua bidang kerana ramai penghidap anxiety di luar sana yang bergelut dengan masalah ini.
Nak nak sekarang ini negara tengah gawat dengan mendepani masalah mental disebabkan pandemik Covid 19.
Selain daripada luahan kekesalan segelintir individu berkenaan video tersebut, komen yang diterima oleh Prof Muhaya di Instagramnya juga turut sama menzahirkan rasa tidak setuju di atas perkongsian tersebut. Walaupun tidak merendahkan kredibiliti pakar mata itu, namun mereka berpendapat agar beliau tidak usah mengulas perkara yang bukan dalam bidangnya kerana dilihat agak bercanggah dengan apa dihidapi pesakit anxiety.