in , ,

ProdukAlha Alfa Kini Boleh Dibeli di airasia Shop Mulai Hari Ini

Gincu Alha Alfa Love For Lips terbaharu tersedia secara eksklusif hanya di airasia Shop mulai 30 November 2023 hingga 15 Disember 2023

    airasia shop, platform beli-belah bebas cukai dalam talian oleh airasia Superapp, hari ini mengumumkan kerjasamanya dengan jenama kecantikan halal tempatan terkemuka, Alha Alfa Cosmetics oleh Datuk Alha Alfa untuk mengembangkan lagi penawaran produk kecantikannya dan seterusnya memberikan pilihan yang lebih banyak kepada para pelanggannya. 

    Melalui kerjasama ini, para pengguna airasia Superapp kini boleh membeli rangkaian kosmetik terlaris oleh Alha Alfa, seperti Alha Alfa Dimensional Mascara, Alha Alfa Long Lasting Makeup Setting Spray Real Glow dan Alha Alfa Royal Propolis Foundation dengan diskaun eksklusif 10% untuk pembelian melalui aplikasi dan menerima pesanan mereka yang akan dihantar secara terus oleh kru kabin semasa mereka menaiki penerbangan AirAsia jika mereka membuat pra tempahan sekurang-kurangnya 48 jam sebelum penerbangan mereka.

    ProdukAlha Alfa Kini Boleh Dibeli di airasia Shop Mulai Hari Ini

    Sempena menyambut kerjasama ini, Alha Alfa akan melancarkan warna gincu iaitu Alha Alfa Love For Lips (Merah & warna ‘Nude), yang diilhamkan oleh warna merah ikonik AirAsia. Produk baharu ini akan tersedia secara eksklusif untuk masa yang terhad hanya di airasia Shop mulai 30 November 2023 hingga 15 Disember 2023, jadi klik pada ikon “Shop” pada aplikasi airasia Superapp sekarang untuk membuat tempahan.

    Dabraj Sing, Ketua Pegawai Perniagaan, airasia MOVE, berkata, “Kami teruja untuk memiliki jenama tempatan yang ikonik seperti Alha Alfa di dalam platform kami yang bukan sahaja popular di pasaran Malaysia sebagai jenama kosmetik halal terkemuka, tetapi juga digemari di Indonesia dan Singapura. Kedua-dua Alha Alfa dan airasia Superapp berkongsi nilai yang sama dalam menyediakan pelanggan kami dengan perkhidmatan terbaik pada nilai terbaik, dengan sentuhan tempatan. Sebagai ekosistem beli-belah bebas cukai yang menyediakan kemudahan dan pilihan terbaik kepada para pelanggan, kami berbangga dapat merintis transformasi digital dalam industri beli-belah pelancongan bersama rakan kongsi kami.”

    ProdukAlha Alfa Kini Boleh Dibeli di airasia Shop Mulai Hari Ini

    YBhg Dato’ Sri Alha Alfa, Pengasas Alha Alfa, berkata, “Dengan slogan tersendiri kami “Perbezaan itu, keunikkan kita,” kami merakamkan rasa terima kasih atas peluang besar untuk bekerjasama dengan AirAsia dalam usaha Alha Alfa untuk memperluas jenamanya daripada pasaran domestik hingga ke pasaran antarabangsa, bermula dengan Indonesia. Mendapat inspirasi daripada ikon industri penerbangan AirAsia, Alha Alfa berhasrat untuk melonjak ke tahap baharu dan berkembang ke pasaran global seperti syarikat penerbangan terbaik dunia. Visi kami adalah untuk mewujudkan Alha Alfa sebagai jenama yang berdiri setanding atau mengatasi jenama antarabangsa terkenal lain di rantau ini, memupuk komitmen terhadap kecemerlangan dalam perjalanan kami.”

    Ikuti perkembgan terkini daripada airasia Superapp dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram, Threads & TikTok atau @airasia di Twitter. 

    Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Superapp anda (akan dinamakan semula kepada airasia MOVE tidak lama lagi) daripada Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery.

    Written by Budiey

    Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

    RIZMAN RUZAINI

    Rizman Ruzaini Dinobat Jenama Fesyen Terbaik di KLFA 2023

    GADIS KRETEK NETFLIX

    Dian Sastrowardoyo Hidup Dalam Pengasingan Demi Watak Jeng Yah