Dalam 26 episod siarannya, program mengisi slot Special On 1 turut menunjukkan cara-cara pembuatan tiga atau empat produk yang terdiri daripada gabungan produk kegunaan seharian dan produk yang jarang ditemui. Pelbagai jenis barangan ini diletakkan di bawah mikroskop dan penonton akan mengetahui dengan tepat bagaimana ia dibuat. Perkara-perkara yang diketengahkan termasuk kereta api, pengayuh basikal dan kasut sukan yang semuanya memainkan peranan biasa dan kadangkala penting dalam kehidupan seharian kita.
Melawat puluhan kilang, ‘How It’s Made’ mendedahkan bagaimana bahan-bahan mentah berubah, dan setiap penonton episod akan kagum melihat barangan biasa berjaya dihasilkan dalam pelbagai kilang berteknologi tinggi di seluruh dunia.
Episod pertama ini dimulakan dengan cara penghasilan Tayar Papan Selaju (‘Skateboard Wheels’).Bermula dengan proses reka bentuk menggunakan komputer, membuat acuan, mengisi cecair poliuretana ke dalam acuan dan seterusnya. Kemudiannya ditunjukkan penghasilan ‘Baklava dan Galactoboureko’ iaitu pencuci mulut tradisional Greek. Berikutnya proses pembuatan mesin ‘CO2 Scrubbers’ untuk mengekalkan kesegaran buah epal untuk tempoh yang lebih lama. Akhir sekali ditunjukkan cara menghasilkan Lilin Sarang Lebah (‘Honeycome Candle’)boleh digunakan untuk tempoh 9 jam.
Ikuti paparan pembuatan ‘Nuno Felt’ (kraf tangan yang dihasilkan daripada benang bulu, potongan kain, ‘mica’ dan lain-lain benang untuk menghasilkan selendang).
Produk kedua adalah Mesin Pemampat Tong Besi (‘Drum Crushers’), penghasilan Kimchi, makanan tradisional Korea dan cara membuat Lantai Parket Tradisional dibuat daripada kepingan kayu yang disusun mengikut corak yang sangat menarik dan menghasilkan lantai klasik yang cantik.
Dokumentari ini memaparkan proses penghasilan dan pembuatan jam tangan kayu (dihasilkan daripada kayu dan besi khusus sebagai cenderamata kepada ahli-ahli Kelab New York Yankees), basikal besi, makanan mentah untuk haiwan kesayangan dan cara membuat Replika Lampu Polis zaman dahulu untuk kegunaan industri perfileman dan dibuat dengan tangan.
Episod seterusnya cara membuat Topi Keledar ‘Thermoplastic’ Bomba, Arca Bakul (‘Basketry Sculptures’) dan ditunjukkan cara-cara membuat Mesin Pemanggang Biji Kopi. Mesin otomatik ini menggunakan bahan bakar daripada gas dan diprogramkan ataupun dikendalikan secara manual.
Episod lima bermula dengan paparan pembuatan kerusi pejabat, minuman ‘Vinobrew’, proses membaik pulih ‘drum’ kertas pasir diakhiri cara membuat Litograf (‘Lithographs’). Proses yang ditunjukkan adalah pencetakan gambar di atas kepingan batu kapur. Dokumentari ini memaparkan proses penghasilan dan pembuatan Peniup Angin Pendiang (‘Fireplace Bellows’), ‘Calissons’ (sejenis konfeksi traditional Perancis berasaskan buah-buahan) dan Kenderaan Selaman (‘Diving Watercraft’), kenderaan boleh bergerak di atas dan di bawah permukaan air.
Paparan dimulakan dengan cara-cara membuat Berus Lukisan (‘Artis Brushes’), ‘DEF Tank Heater’ (berfungsi bagi mengelakkan ‘DEF’ daripada membeku semasa musim sejuk), cara membuat Meja Permainan (‘Game Tables’) dan cara membuat Bekas Lampu Dinding (‘Art Glass Wall Scones’) yang dihasilkan dari gabungan kaca yang dilukis dan badannya diperbuat daripada tanah liat yang dibakar membentuk seramik.
Saksikan juga cara penghasilan Meja Permainan Bola Sepak (‘Foosball Tables’), penghasilan sabun Marseille (diperbuat daripada garam, air, soda dan minyak kelapa ataupun kelapa sawit) juga diakhiri cara pembuatan Pisau Lipat Laguiole (‘Laguiole Pocket Knives’) dibuat daripada nikel dan besi karbon yang berjumlah 300 lapis.
Paparan pembuatan tentang ‘Flying Water Bikes’ (kenderaan yang terapung di udara menggunakan kuasa tekanan air), ‘Throttle Position Sensors’ (mengesan berapa banyak minyak yang perlu disuntik ke dalam enjin), penghasilan Kordial Kayu Manis dan produk terakhir cara membuat Kikir Buatan Tangan (‘Handmade Rasps’).
Dikongsikan proses penghasilan dan pembuatan Beret, ‘Pastis’ dan Basikal Pegun (‘Stationary Bikes’). Ada juga paparan dengan proses pembuatan Set Bistro daripada besi, Percetakan ‘Letterpress’ bagi menghasilkan kad ucapan, produk lampu seramik yang berbentuk buluh. Terakhir adalah cara membuat Pemampat Asfalt (‘Asphalt Compactors’), jentera ini ini dihasilkan untuk kegunaan menurap jalan tar atau asfalt.
Saksikan juga episod cara membuat Gabus Teknologi (‘Technological Corks’), Saluran Air Zink (‘Zinc Gutters’) yang berupa saluran berbentuk U untuk mengalirkan air hujan daripada bertakung dan merosakkan bangunan ataupun rumah. Produk terakhir cara pembuatan ‘Chisteras’. Ia dibuat daripada kayu dan merupakan sarung tangan bagi permainan ‘pelota’.
Ikuti proses penghasilan Bola Petanque, Ubat Biologik (‘Biologic Medicines’), Jentera Penurap Asfail (‘Asphalt Pavers’) dan cara penghasilan ‘Basque Espadrilles’, kasut berasaskan batang jut yang digunakan oleh orang Eropah sejak tahun 1300 lagi.
Memulakan paparannya dengan proses penghasilan Potasy (‘Potash’) sebagai baja pertanian, membuat Gelang Kulit yang dibentuk dengan membuat rangka daripada besi tahan karat dan kulit yang dihiasi batu permata dan manik-manik yang akan dilekatkan pada rangka tersebut. Produk seterusnya yang ditunjukkan adalah Beras Liar, yang mengandungi serat dan protin yang tinggi serta rendah lemak. Terakhir adalah cara membuat ‘Hex Key L Wrenches’.
Episod 15 mengetengahkan proses pembuatan Pam Stereng Kuasa (‘Power Steering Pumps’), penyediaan Hidangan Asia Bermangkuk (‘Asian Bowl Meals’) dan diakhiri cara pembuatan Tongkat (‘Walking Canes’) iaitu alat bantuan kepada mereka yang sukar berjalan.
Kali ini ditunjukkan juga dengan cara membuat Pemerah Minyak (‘Plant Oil Extractors’), Candelier Tempahan Khas (‘Custom-made Chandeliers’), cara membuat ‘Power Trainers’ (peralatan senaman yang disambungkan kepada komputer) dan cara membuat Kopi Pod (‘Coffee Pods’) yang dapat memendekkan masa penyediaan kopi.
Berikutnya dimulakan dengan cara pembuatan ‘Witness Sample’ (disk kaca kecil yang mengukur kualiti) untuk pengkodan (‘coding’). Seterusnya ditunjukkan penghasilan Pencuci Bertekanan Tinggi (‘Pressure Washers’), cara pembuatan Sarang Lebah yangdihasilkan daripada papan lapis kayu pine dan cypress. Akhir sekali ditunjukkan pembuatan Periuk Besi Waja (‘Cast Iron Cookers’) yang sesuai untuk digunakan bagi memasak di luar.
Sementara itu dikongsikan juga paparan pembuatan Ukiran Kulit iaitu kraf tangan yang menggunakan kulit untuk membentuk binatang-binatang, pembuatan Dapur Elektrik Mudah Alih (‘Travel Hot Plates’), seterusnya adalah penghasilan ‘Ochre’ yang berupa pewarna semula jadi daripada tanah yang digunakan sejak dahulu kala. ‘Oche’ atau tanah berwarna kuning ini dilombong di Perancis. ‘Oche’ yang dipanaskan akan menghasilkan pewarna merah. Produk terakhir yang ditunjukkan adalah ‘Hurdy Surdies’ iaitu sejenis alat muzik bertali menyerupai gitar yang mengeluarkan bunyi yang unik.
Program sama berkongsi proses pembuatan Tangga Berputar (‘Spiral Stairs’), cara menghasilkan Roti Pita yang berasal dari Timur Tengah sejak ribuan tahun dahulu, Kepala Ekzos (Exhaust Headers’) dan Ukiran Batu Kapur Beracuan (‘Moulded Limestone Artwork’). Selain itu ikuti cara membuat Gitar dari Papan Selaju (‘Recycled Skateboard Guitars’), Lampu Jalan Tenaga Suria (‘Solar Street Lights’) yang mengumpul tenaga matahari pada waktu siang dan dapat digunakan pada waktu malam dan cara membuat Anak Patung (‘Dolls’).
Pelajari proses penghasilan Arca Kaca, cara pembuatan Sistem Kapi Perlumbaan (‘Racing Pulley System’), Induktor (alat ini menyediakan ruang simpanan kepada litar elektrik), dan terakhir adalah cara pembuatan Bola Perubatan (‘Medicine Balls’).
Ada juga cara membuat hasil seni dari ‘Fish Rubbings’ bermula di Jepun sebagai satu bentuk dokumentasi tetapi setelah beberapa ketika, ianya bertukar menjadi hasil seni. Produk kedua Mesin Menembak Tanah Liat (‘Clay Shooting Machines’). Seterusnya ditunjukkan cara-cara memproses buah Badam. Akhir sekali dipaparkan cara pembuatan Motosikal Mewah (‘High-end Motorcycles’).
Episod diteruskan dengan cara pembuatan ‘Throttles Bodies’ (alat berfungsi mengawal kemasukan udara ke dalam enjin), cara membuat ‘Limestone Fireplace Mantels’, cara penghasilan halwa (‘Candy’) dan jeli buah-buahan juga cara pembuatan Ukulele Linen. Sementara itu ada juga perkongsian paparan pembuatan Bola Getah, pembuatan Kerusi Bergerak, penghasilan Daging Asap Montreal dan Skuter Elektrik.
Dua episod akhir menonjolkan pembuatan Pengikat Aeroangkasa (‘Aerospace Fasteners’), cara menghasilkan Puri ‘Cactus Pear’, dan penghasilan Reaktor Makmal (‘Lab Reactors’). Seterusnya diakhiri dengan cara membuat Katil Pasang Siap (‘Wall beds’), Ais Krim Sundae (‘Sundae Cups’), cara menghasilkan Lukisan Digital dan proses membuat Raket Badminton.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.