in

Private Whizz Lancar Album Kepong Garden Setiawangsa City

Pernah dengar nama band Private Whizz?

Ya, baru-baru ini, Budiey dijemput hadir di Majlis Pelancaran Album band ini di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur. Mungkin ramai yang masih tak mengenali band ini. Dianggotai oleh Ahmad Hamidi Ahmad sebagai vokalis, Mohd Rezwan sebagai Bass, Kamarul Nizal sebagai drums dan Hasrul Hafizi sebagai gitar.

Kalau dilihat dari segi perjuangan Private Whizz, semangat mereka masih lagi membara untuk terus berada dalam industri muzik yang dikatakan terlalu suram untuk masa ini. Namun, dengan pelancaran album ini, band ini begitu yakin untuk mencipta ruang tersendiri dalam industri. Kelahiran EP atau mini album yang diberi judul Kepong Garden Setiawangsa City (KGSC) ini membuktikan kekuatan dan bakat yang mereka anda.

Dalam album ini mengandungi 7 buah lagu dan 6 lagu dalam album ini ditulis dan dicipta sendiri oleh Private Whizz.

Sekiranya peminat mereka masih ingat, pada tahun 2007, Private Whizz melancarkan album pertama berjudul Lebih Agresif. Saat itu, empat rockers sejati ini sekaligus merubah haluan muzik mereka menjadi lebih jernih, halus sedap didengar dan lebih mudah diterima. Tidaklah terlalu syiok sendiri. Repertoire lagu juga kini 100% dalam bahasa ibunda mereka, bahasa Melayu.

Keluaran single terbaru mereka terdiri daripada Satu-Satunya, single utama yang lembut dan beralun, di samping Engkau yang mirip Led Zeppelin, dengan attitude yang agak keras dan feel rock yang lebih terserlah dapat dirasai melalui susunan lagu yang agak lain dari yang lain. Uniknya, lagu mereka amat sedap di telinga.

Kumpulan yang ditubuhkan di Kepong ini terdiri daripada gitaris, penyanyi dan pengubah lagu utama, Ahmad Hamidi Ahmad atau lebih dikenali sebagai Midi dan dimantapkan lagi dengan tiga anak Setiawangsa, Hasrul Hafizi atau pun PG di posisi gitar, Kamarul Nizal ataupun Boy di posisi drums dan juga Rezwan ataupun Wan yang memegang peranan bass.

Selain semua rakaman dirakam di studio sendiri, keunikan KGSC adalah kolaborasi bersama bintang R&B tempatan iaitu Ruffedge untuk lagu selitan Kepong Garden Setiawangsa City. Lagu ini amat menarik dan juga memuatkan suara latar kanak-kanak di bahagian korusnya.

Antara perkara menarik lagi apabila lagu Allahyarham P. Ramlee dan S. Sudarmaji, Manusia telah dijadikan cover version oleh Private Whizz dengan versi yang lebih keras.

Kini, segala pergerakan Private Whizz ditanggung sendiri di bawah label mereka iaitu The Whizz Kit Music Entertainment. Manakala Life Records menjadi pengedar rasmi.

Walaupun karya mereka 100% di dalam bahasa ibunda, Private Whizz lebih dipengaruhi muzik rock dari luar, daripada Alice in Chains dan Soundgarden ke Led Zeppelin dan elemen dari The Beatles, berbanding dengan kumpulan tempatan ataupun dari Indonesia, Trio Australia, Silverchair, dan perintis alternatif, Butterfingers juga menjadi inspirasi mereka.

KGSC berada di pasaran mulai 28 Jun 2010 lalu dengan harga menarik dan berpatutan iaitu RM15.90 sahaja. Belilah yang original!

Ahmad Hamidi Ahmad

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Melukut Yang Ganteng Lakonan Haliza Misbum, Jehan Miskin

Mini Kemuncak Suria FM Penang & Perak Meriah