Lima animasi terbitan tempatan yang diwakili oleh Primeworks Distribution iaitu Soccer Bugs, Cingkus Blues, Saladin, Knowsy Nina Wants To Know, dan Super Tots  serta Ejen Ali yang dihasilkan oleh Primeworks Studios dan Wau Animation kini, boleh didapati di Amazon Prime yang boleh dilayari oleh penonton di seluruh Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, Australia dan New Zealand.Â
“Pembabitan kami dalam menerbitkan Ejen Ali telah memberikan satu pengalaman yang sangat bermakna yang mana kami selaku penerbit bersama, lebih memahami akan kesukaran dan pentingnya komitmen yang tinggi dalam menghasilkan sesebuah siri animasi yang bermutu tinggi.
Kami amat berbesar hati apabila kerjasama dengan negara luar dapat dicapai kerana peluang seperti ini adalah sangat penting bukan sahaja dari segi keuntungan pelaburan kewangan kepada industri animasi tetapi juga satu pengiktirafan dunia terhadap kualiti dan penceritaan animasi  Malaysia. Â
Kami gembira menjadi sebahagian penyumbang kecil dalam usaha untuk memastikan bidang animasi Malaysia terus berkembang maju.
Setinggi-tinggi terima kasih kami ucapkan kepada pihak Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) di atas sokongan mereka yang berterusan melalui bantuan kewangan, tunjuk ajar dan intel industri,”
– Ahmad Izham Omar
Perjanjian yang ditandatangani pada awal tahun ini di saat pandemik Covid-19 melanda dunia adalah sangat tepat, yang mana penonton hanya terbatas di rumah dan sentiasa mencari kandungan yang berkualiti untuk ditonton.
“Kami berbangga hasil karya animasi kami mendapat tempat di platform seperti Amazon Prime. Rasa keterujaan lebih tinggi apabila mengetahui hasil kerja keras kami dapat ditonton di seluruh pelosok dunia, di waktu yang tepat yang mana penonton sentiasa mencari program untuk ditonton. Â
Usaha yang dilakukan oleh Primeworks Distribution sebagai pengedar yang mewakili syarikat kecil seperti kami adalah sangat penting agar kami dapat memberi tumpuan terhadap kerja produksi.
Kami merasa bersyukur dan beruntung kerana dapat meneruskan kembali perjanjian kerjasama di dalam waktu pandemik yang sukar ini. Â
Ini adalah berita yang berharga yang dapat dikongsikan kepada pasukan kami yang telah bertungkus lumus menghasilkan Cingus Blues dan Soccer Bugs,”
– Kar Hooi Tan, Penerbit Eksekutif, 3rd Rock Creations
“Berikutan dengan penularan wabak yang melanda dunia sekarang ini, kami melihat akan peningkatan jumlah penonton yang tinggi untuk kandungan kanak-kanak. Â
Oleh itu penawaran pakej kandungan siri TV animasi kanak-kanak dari Primeworks ini menjadi tambahan yang bagus kepada kandungan video kanak-kanak sedia ada di Amazon Prime. Â
Kami yakin siri TV animasi ini akan berjaya mendapat tempat di hati penonton Amazon,”
– Jesse Janson, Naib Presiden Eksekutif, Bahagian Perolehan dan Pembangunan, Janson Media.
Primeworks Distribution mempunyai kepelbagaian kandungan katalog animasi yang merangkumi beberapa judul animasi popular di samping IP ulung, Ejen Ali, yang telah mencapai kejayaan luar biasa di dalam dan di luar negara.
Dengan berbekalkan dua musim penuh siri animasi TV penuh aksi, menembusi di lebih 50 negara di seluruh dunia, kejayaan Ejen Ali diteruskan ke layar perak pada November 2019.
Ejen Ali The Movie telah meraih kutipan sebanyak RM30 juta di Malaysian Box Office, menjadikannya filem animasi terlaris dan mencatat kutipan tertinggi di Malaysia.
TAJUK YANG BOLEH DIDAPATI DI AMAZON PRIMEÂ
(di A.S, Kanada, UK, Ireland, Australia and New Zealand sahaja)
EJEN ALI
(MUSIM 1: 13 episod x 22 minit)
Terbitan Primeworks Studios dan Wau Animation
(UK) https://www.amazon.co.uk/Comot/dp/B0863FMS75
(USA) https://www.amazon.com/Guru/dp/B0863K9QPC
Mengenai seorang budak lelaki yang dengan tidak sengaja telah mengaktifkan alat perisik rahsia, menyebabkan dia terjebak ke dalam dunia perisikan. Ikuti bagaimana dia menemui kebolehannya dalam pengembaraan penuh aksi.
CINGKUS BLUES
(MUSIM 1: 26 episod x 11 minit | MUSIM 2: 26 episod x 11 minit)
Terbitan 3rd Rock Creation
Mengenai Cingkus Blues yang mengikuti dua sekawan Cing, kucing biru yang menjengkelkan dengan loghat British & Kus, tikus Rastafarian yang juga merupakan kawan rapat dan terbaik – walaupun bukan sepanjang masa.
SOCCER BUGS
(MUSIM 1: 26 episod x 11 minit | MUSIM 2: 26 episod x 11 minit)
Terbitan 3rd Rock Creation
Musim 1: https://www.amazon.com/gp/video/detail/B088Q8T3CD
Musim 2: https://www.amazon.com/gp/video/detail/B088FBR787
Ikuti pengembaraan pasukan bola sepak yang bergabung bersama untuk membentuk Kelab Bola Sepak Mulu Riverplate, jauh di dalam hutan Borneo.
SALADIN
(MUSIM 1: 26 episod x 26 minit | MUSIM 2: 26 episod x 26 minit)
Terbitan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
Musim 1: https://www.amazon.com/gp/video/detail/B088P7XTS4
Musim 2: https://www.amazon.com/gp/video/detail/B088GN55Y4
Siri aksi yang diilhamkan dari kehidupan negarawan dan pejuang abad pertengahan, Salah al-Din Yusuf Ibn Ayyub. Ikuti pengembaraan pemuda Saladin yang menarik
KNOWSY NINA WANTS TO KNOW
(52 episod x 5 minit)
Terbitan Avant Garde Studios
Knowsy Nina adalah mengenai seorang gadis muda yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Tablet digitalnya, Mr.Voice sentiasa bersedia untuk menjawab semua soalan Nina.
SUPERTOTS
(26 episod x 10 minit)
Terbitan Netcarbon
Sekumpulan bayi dengan kuasa luar biasa mengembara ke seluruh galaksi apabila ibu bapa mereka meninggalkan mereka di rumah asuhan kanak-kanak. Mereka meneroka planet baru, bertemu rakan asing baru dan menolong rakan asing mereka yang memerlukan pertolongan.