Sempena dengan tayangan filem LEE CHONG WEI, Budiey ingin menghadiahkan semua pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini tiket-tiket untuk anda menghadiri Premiere With Budiey menonton filem hebat di Stadium Bukit Jalil.
Pasti korang pun rasa teruja untuk menonton aksi mengujakan dalam filem ini dan menulis pendapat jujur korang di Facebook dan Instagram.
Jadi, jika korang ingin menghadiri Tayangan Premiere LEE CHONG WEI bersama beberapa orang selebriti, artis dan influencers terkenal yang dijemput khas, apa kata sertai peraduan ini sekarang!
Jom kita tonton trailer ini dan jangan lupa untuk kongsikan di laman sosial korang:
[dropcap]T[/dropcap]iket sangat terhad di mana Budiey hanya ada 10 tempat duduk disediakan untuk anda semua. Mesti meriahkan menonton filem hebat ni ramai-ramai, kan? Haa, barulah happening.
Peminat badminton dan Datuk Wira Lee Chong Wei bakal menjadi saksi kepada tayangan sulung filem LEE CHONG WEI versi tambahan berdurasi 133 minit, acara Permaidani Merah sepanjang 100 meter dan pelbagai aktiviti pada 9 Mac 2018 di Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City.
Atas maklum balas daripada peminat, tiket kini boleh dibeli secara tunai atau menggunakan kad kredit di ‘box office’ di Axiata Arena, Kuala Lumpur Sports City, Bukit Jalil bermula 1 Februari ini.
Setiap pembelian tiket membolehkan penonton menerima secara percuma sehelai kemeja-T filem LEE CHONG WEI bernilai RM59, sekeping tiket filem LEE CHONG WEI di pawagam GSC, sekeping poster edisi terhad filem LEE CHONG WEI yang ditandatangani Chong Wei dan para pelakon serta satu beg tenunan tajaan filem. Semua ini akan diedarkan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari tayangan perdana tersebut.
Selain itu, pembeli tiket juga berpeluang memenangi hadiah menarik untuk cabutan bertuah seperti raket badminton YONEX LEE CHONG WEI sebanyak 100 unit, telefon pintar SAMSUNG (5 unit), buku filem (30 unit) dan pelbagai lagi hadiah menarik disediakan.
Acara ‘Tayangan Perdana Sedunia LEE CHONG WEI’ dijangka dihadiri sekurang-kurangnya 20,000 penonton dan bakal dicatatkan dalam The Malaysia Book of Records dan Asia Book of Records, di mana ia akan ditayangkan menerusi layer gergasi LED berukuran 40 meter x 17 meter.
Datuk Wira Lee Chong Wei juga akan menyaksikan tanyangan ini buat pertama kali. Banyak aktiviti akan berlangsung sebelum tayangan seperti acara Permaidani Merah, persembahan artis dan karnival. Selain itu, skuad badminton Negara yang menjuarai Piala Thomas 1992 juga akan turut menghadiri acara penuh bermakna ini
Maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/leechongweimovie
Majlis tayangan perdana sedunia filem Lee Chong Wei dipersembahkan oleh 100PLUS dengan sokongan penaja persembahan filem CNI, penaja utama YONEX dan PARKSON; HWA TAI (biskut rasmi); 100PLUS (minuman isotonik rasmi); PENTENS (bahan binaan rasmi); MANDARIN ORIENTAL KUALA LUMPUR (hotel rasmi); SANWA (pencetak rasmi); ISUZU (kenderaan rasmi), GARNIER MEN (produk penjagaan kulit rasmi), POWERNET (pelabur hartanah rasmi), dan penghargaan khas kepada SAMSUNG.
Jadi, korang tunggu apa lagi, lekasi sertai peraduan ini untuk menonton filem ini beramai-ramai.
Pastinya ramai yang menantikan pertempuran hebat dengan aksi lincah dari pelakon-pelakon hebat ini kan?
Peraduan Tayangan Premiere Filem LEE CHONG WEI
[dropcap]S[/dropcap]ensasi Selebriti ingin menghadiahkan hanya 10 keping tiket yang berharga RM128 setiap satu untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:
Tarikh:
9 Mac 2018
Masa Pendaftaran:
4 petang
Tayangan Filem:
6 petang
Tempat:
Stadium Nasional Bukit Jalil
Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.
Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere LEE CHONG WEI – Budiey.com. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?
Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #LeeChongWei
Apa yang korang perlu buat ialah:
1. Anda perlu menjadi followers Budiey di media sosial.
Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/budieydotcom
2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.
Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.
Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #LeeChongWei kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook dan di Instagram. Tapi sebaik-baiknya di Instagram & Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.
Jawab soalan mudah ini:
1. Namakan pelakon utama filem LEE CHONG WEI
2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:
Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere LEE CHONG WEI – Sensasi Selebriti kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Hantarkan jawapan anda kepada:
dengan tajuk email: Tayangan Premiere LEE CHONG WEI – Sensasi Selebriti
Tarikh tutup peraduan:
6 Mac 2018
Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.
Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?
Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.