Budiey dengan kerjasama TGV Pictures akan menganjurkan Premiere With Budiey menonton sebuah filem menarik berjudul THE NICE GUY lakonan Ryan Gosling, Russel Crowe, Matt Bomer dan ramai lagi.
Budiey alu-alukan kepada anda semua sebuah filem drama komedi mencuit hati yang wajib ditonton ini di mana anda yang hadir dapat menjadi penonton pertama menontonnya sebelum ianya dibawa masuk ke pawagam. Best kan?
[dropcap]K[/dropcap]alau nak tahu, filem arahan Shane Black (Iron Man 3, Kiss Kiss Bang Bang) ini bakal menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 26 Mei 2016.
[pullquote align=”right”]Jadi, adakah anda mahu menjadi orang pertama menonton filem yang takkan kering gusi bergenre jenayah ini bersama beberapa selebriti dan influencers yang dijemput khas? Caranya ada kat bawah ni, okay?[/pullquote]
Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer THE NICE GUY yang telah diriliskan di dada Youtube TGV Pictures.
Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa kata korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam, okay?
Untuk kalian yang menyukai filem yang mengajak anda ketawa pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.
Sinopsis Filem THE NICE GUY
A private eye investigates the apparent suicide of a fading porn star in 1970s
Los Angeles and uncovers a conspiracy.
Peraduan Tayangan Premiere Filem THE NICE GUY
Sensasi Selebriti dengan kerjasama TGV Pictures ingin menghadiahkan 100 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:
Tarikh:
24 Mei 2016 (Selasa)
Masa Pendaftaran:
8.00 malam
Tayangan Filem:
9.00 malam
Tempat:
TGV Cinemas 1 Utama, Bandar Utama
Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.
Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere THE NICE GUY – Budiey.com di TGV Cinemas 1Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?
Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #TheNiceGuyMovie
Apa yang korang perlu buat ialah:
1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey
Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/TGVPictures & www.facebook.com/budieydotcom
2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.
Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.
Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #TheNiceGuyMovie kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.
Jawab soalan mudah ini:
1. Namakan pengarah filem THE NICE GUY
2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:
Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere THE NICE GUY – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Hantarkan jawapan anda kepada:
dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere THE NICE GUY – Sensasi Selebriti
Tarikh tutup peraduan:
23 Mei 2016 (Hari Isnin)
Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.
Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?
Terima kasih kepada TGV Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.
Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 26 Mei 2016.
Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/TGVPictures dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel TGV Pictures : www.youtube.com/TGVCinemas
Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.