Ini adalah hadiah Budiey kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini!
Anda nak menghadiri Tayangan Premiere MILE 22 – Budiey.com bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas?
Kalau anda boleh hadir, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem aksi cemas yang penuh dengan adegan tragis dan suspen ni.
Trailer MILE 22 menunjukkan adegan di mana Li Noor mahu melakukan apa sahaja untuk melepaskan diri dan terdapat juga adegan di mana dia bertarung dengan orang yang cuba membunuhnya di hospital.
[pullquote align=”right”]Budiey ada 100 pass tiket untuk dihadiahkan kepada semua pembaca Budiey.com yang teruja untuk hadir menonton filem lakonan hebat Mark Wahlberg dan juga seorang pelakon dari Indonesia bernama Iko Uwais.[/pullquote]
Selain Mark Wahlberg dan Iko Uwais, filem ini juga dibintangi oleh John Malkovich, Lauren Cohan dan Ronda Rousey. Sementara sutradaranya adalah Peter Berg, yang sebelumnya membuat film Lone Survivor (2013), Deewater Horizon (2016) dan Patriots Day (2016).
Budiey nak ajak korang tonton sebuah Pasti ramai yang ramai nak tengok filem aksi macam ni, kan?
Filem ini akan berada di pawagam mulai 23 Ogos 2018.
Nak tahu best ke tidak aksi filem ni, anda semua dijemput untuk menonton trailer filem ini dan bacalah sinopsis ringkas tentang filem ini.
Sinopsis Filem MILE 22
Filem Mile 22 menceritakan kisah seorang anggota polis bernama Li Noor (lakonan Iko Uwais) yang mempunyai maklumat sensitif mengenai negaranya. Dia diburu untuk ditangkap. Seorang agen rahsia Amerika bernama James Silva (Wahlberg) ditugaskan untuk melindungi polis dari meninggalkan negaranya dan menuju ke Amerika. Untuk sampai ke lapangan terbang, mereka perlu melalui jarak sejauh 22 batu. Jarak tidak terlalu jauh, tetapi di sepanjang jalan mereka dihalang oleh orang yang cuba menangkap Li Noor.
Peraduan Tayangan Premiere MILE 22
Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 100 pass tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:
Tarikh:
20 Ogos 2018 (Hari Isnin)
Masa Pendaftaran:
8.00 malam
Tayangan Filem:
9:00 malam
Tempat:
GSC 1 Utama
Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.
Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere MILE 22 – Budiey.com di GSC 1 Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?
Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #Mile22MY
Apa yang korang perlu buat ialah:
1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey
Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/budieydotcom
2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.
Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.
Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #Mile22MY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.
Jawab soalan mudah ini:
1. Namakan dua orang pelakon filem MILE 22
2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:
Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere MILE 22 – Sensasi Selebriti kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Hantarkan jawapan anda kepada:
dengan tajuk email: Tayangan Premiere MILE 22 – Sensasi Selebriti
Tarikh tutup peraduan:
19 Ogos 2018
Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.
Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?
Terima kasih kepada GSC Movies dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.
Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 23 Ogos 2018.
Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.