in , , ,

Lagu HELLO Gabungan Vokal Ismail Izzani & Andi Bernadee

Kolaborasi terbaru di antara World Peace Entertainment dan Warner Music Malaysia telah menghasilkan ‘Hello’ nyanyian Ismail Izzani bersama Andi Bernadee. ‘Hello’ merupakan kolaborasi buat pertama kali di antara Ismail Izzani dan Andi Bernadee.

Lagu ‘Hello’ ini merupakan lagu yang mempunyai mesej yang tersendiri namun, ‘Hello’ boleh di intrepretasi mengikut kefahaman pendengar dan juga peminat. Yang menariknya, untuk pertama kali di dalam industri muzik, dua muzik video telah dihasilkan untuk lagu ‘Hello’ ini untuk dua saluran Youtube yang berbeza, iaitu World Peace Entertainment dan Warner Music Malaysia.

Muzik video ‘Hello’ ini mengisahkan tentang kes pembunuhan yang dilakukan oleh pembunuh bersiri. Dua muzik video ini sebenarnya mewakili dua perspektif yang berbeza. Kedua-dua muzik video ini mengandungi petunjuk-petunjuk untuk penonton mencari jawapan kepada kes pembunuhan tersebut.

hello-single-cover

Dalam muzik video lagu ‘Hello’ ini tidak dinyatakan siapa pembunuh bersiri tersebut. Identiti pembunuhnya hanya akan dibongkarkan di platform media sosial selepas kedua-kedua muzik video mencecah 1 juta tontonan.

Di dalam muzik video ini turut menampilkan pelakon Jay Iswazir serta kameo oleh Naim Daniel, Daniesh Suffian, Anna Jobling, Didi Astillah dan Fatin Afeqah.

Istimewa untuk peminat-peminat Ismail Izzani dan Andi Bernadee, lagu ‘Hello’ telah dilancarkan pada 15 November lepas. Lagu ‘Hello’ boleh didapati dimuat turun di semua streaming platform, seperti Spotify, Apple Music, dan juga JOOX.

Muzik video lagu ‘Hello’ boleh ditonton di Youtube Channel World Peace Entertainment dan Warner Music Malaysia bermula 2hb Disember, jam 8.00 malam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Parody TikTok : Racun Cinta Trending di Youtube Malaysia

EJEN ALI THE MOVIE Mendominasi Panggung dengan Kutipan RM1.86Juta di Hari Pertama