Buat julung kalinya di Malaysia, Hi-5 World telah melancarkan Hi-5 House of Learning (Hi-5 HOL), pusat pra-sekolah yang terletak di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Hi-5 HOL menawarkan pendekatan bermain sambil belajar dan kaedah penemuan, khusus untuk kanak-kanak yang berumur 6 bulan hingga 9 tahun. Melalui kaedah-kaedah berikut, kanak-kanak dapat mengalami dunia Hi-5 di dalam kelas dan secara tidak langsung membina asas kemahiran penting untuk persediaan ke sekolah rendah. Majlis pembukaan Hi-5 HOL dirasmikan oleh kelima-lima ahli kumpulan muzik terkenal Hi-5, yang meninggalkan kesan tapak tangan mereka sebagai cenderahati kepada sekolah berkenaan.
Kaedah pembelajaran bersepadu yang dicipta oleh Dr Catherine Martin, Helen Martin dan Julie Greene (panel penasihat pendidikan kanak-kanak Hi-5) pasti memenuhi citarasa ibubapa yang ingin mendedahkan anak-anak mereka kepada kurikulum yang komprehensif.
Alamilah dunia Hi-5 yang akan bermula pada Januari 2015, khas untuk kanak-kanak 6 bulan keatas.
Kurikulum Hi-5 mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai yang dipelopori oleh Howard Gardner serta teori perkembangan kognitif yand diperkembangkan oleh Jean Piaget. Hi-5 HOL menerapkan klip-klip video, lagu-lagu, kisah-kisah dari program terkenal Hi-5 untuk menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan.
“Kurikulum Hi-5 HOL adalah hasil kolaborasi daripada dua pakar pendidikan kanak-kanak terkemuka Australia iaitu Helen Martin dan Dr Catherine Martin. Kami sangat teruja untuk berkongsi kurikulum ini dengan kanak-kanak di Malaysia yang kami sedia tahu merupakan peminat tegar rancangan Hi-5 House. Dengan menggabungkan jenama Hi-5 dengan platform pendidikan, kami berharap agar Hi-5 House of Learning dapat mendorong kanak-kanak di Malaysia supaya gemar menimba ilmu disamping memberikan mereka asas kemahiran penting untuk persediaan ke sekolah rendah,” kata Julie Green, Pengarah Eksekutif Kreatif Hi-5 World dalam sidang media.
Apa yang membezakan Hi-5 HOL dari prasekolah-prasekolah yang lain adalah model pembelajaran uniknya yang kaya dengan aktiviti-aktiviti pendidikan yang menyeronokkan. Setiap minggu, Hi-5 HOL akan menayangkan klip video yang difilemkan khusus oleh ahli-ahli Hi-5 buat tatapan para pelajar. Seperti di dalam program Hi-5, para pelajar Hi-5 HOL akan meneroka 5 segmen pendidikan sepanjang minggu.
Contohnya, Isnin adalah hari Shapes and Space yang menitikberatkan pendidikan visual, Selasa adalah Hari Wordplay yang memberi fokus kepada pembelajaran Bahasa Inggeris, Rabu adalah Puzzle and Patterns iaitu hari pempelajaran logik dan konsep matematik. Khamis adalah Making Music dimana kanak-kanak dapat mengenal rentak, irama dan muzik. Jumaat adalah Sharing Stories dimana kanak-kanak dapat bertukar pendapat dan berkongsi cerita disamping membina kesedaran sosial dan emosi.
“Hi-5 HOL memberi platform yang menyeronokkan untuk kanak-kanak menimba segala aspek pendidikan. Program televisyen Hi-5 menyediakan suasana pendidikan yang amat ideal buat kanak-kanak dan sekarang kami ingin membawa konsep itu ke dalam kelas. Di Hi-5 HOL, kanak-kanak akan berasa seperti berada di dalam dunia Hi-5 dan ini mendorong mereka untuk membuat penemuan dalam mengenali dunia dan diri mereka setiap hari,” kata Datuk Jared Lim, Pengerusi Hi-5 World didalam siding media Hi-5.
Hi-5 HOL menawarkan program Prenursery, Nursery dan pelbagai kelas-kelas tambahan yang sejajar dengan minat kanak-kanak yang berlainan dari satu sama lain.
Hi-5 HOL terletak di dalam kawasan seluas 100,00 meter persegi di Bukit Damansara dan mengandungi kemudahan seperti taman permainan indoor dan outdoor, sistem kolam renang air garam, dinding panjat tebing (rock climbing), bilik gimnastik, bilik muzik, kafe, dapur untuk kelas memasak dan kafe.
Layari http://school.hi-5world.com untuk maklumat terkini mengenai HI-5 HOL. Daftar segera untuk memaksimakan potensi anak anda.
Mengenai Hi-5 House of Learning
Hi-5 House of Learning adalah pusat pendidikan prasekolah pertama di dunia yang menggabungkan klip-klip video, lagu-lagu dan kisah-kisah dari program televisyen kanak-kanak terkemuka, Hi-5. Kurikulum bersepadu Hi-5 diadaptasikan oleh pakar-pakar pendidikan kanak-kanak dari Australia dengan mengaplikasikan teori-teori dari pakar psikologi terkemuka dunia seperti Jean Piaget (Teori Perkembangan Kognitif), Howard Gardner (Teori Kecerdasan Pelbagai), Lev Vygotsky, Loris Malaguzzi (Kaedah Reggio Emilia) beserta kaedah pembelajaran Dalcroze Eurhythmics dan Laban Movement Analysis.
Mengenai Rancangan televisyen Hi-5
Hi-5 dilancarkan di Australia pada tahun 1999 dan sejak itu, ia merupakan salah satu rancangan kanak-kanak terkemuka di dunia . Dianggotai oleh lima orang anak muda yang berbakat, Hi-5 menarik minat kanak-kanak dari umur 2-8 dengan menggunakan muzik, tarian dan pergerakan badan. Di samping menghiburkan kanak-kanak secara positif, Hi-5 juga menerapkan unsur-unsur pembelajaran dan merupakan perintis di dalam genre edutainment.
Kumpulan muzik Hi-5 terkenal di serata dunia dan dianggarkan mempunyai lebih daripada 10 juta penonton di Eropah, Amerika Utara, Asia dan Latin Amerika. Selama 10 tahun berturut-turut, rancangan televisyen Hi-5 mendapat tempat tiga teratas dalam kategori rancangan prasekolah di Asia dan Australia. Uniknya, rancangan Hi-5 juga mendapat tempat di hati peminat di negara-negara yang bukan penutur asli bahasa Inggeris contohnya di Latin Amerika dimana Hi-5 merupakan rancangan kanak-kanak terulung d sana. Hi-5 mengandungi sejumlah 635 episod setengah jam. Siri baru Hi-5 akan diedarkan secara global lewat tahun ini.
Hi-5 telah memenangi tiga anugerah Logie untuk Most Outstanding Children’s Program, 5 anugerah AIA untuk Album Kanak-Kanak Terbaik, 5 anugerah Australian DVD and Video Industry Awards, anugerah APRA, anugerah AMIA dan anugerah Helpman untuk Best Children’s Live Theatrical Show.