in

Pra Jualan Barangan Eksklusif Super Junior

POPULARITI kumpulan dari Seoul, Korea Selatan, Super Junior yang melakar nama selepas disatukan menerusi sesi uji bakat pada 2005 terus menjalar dan meletakkan mereka sebagai antara kumpulan penyanyi berpengaruh pada dekad ini.

Populariti yang membawa mereka menjelajah ke seluruh pelusuk Asia, lantas memperlihatkan penguasaan Super Junior dalam peta industri muzik Asia menerusi persembahan mereka yang penuh energetik, muda dan humor.

Kuala Lumpur antara destinasi persinggahan Super Junior dalam siri penjelajahan Super Junior The 2nd Asia Tour Super Show 2, selain Beijing, Taipei dan Manila. Kumpulan yang bakal lahir dengan album keempat itu bakal menjayakan Super Junior The 2nd Asia Tour Super Show 2 Live In Malaysia berlokasikan Stadium Putra, Bukit Jalil pada Sabtu, 20 Mac ini bermula jam 7 malam.

Pelbagai rangka promosi sedang diatur dan pastinya peminat berpeluang untuk memiliki barangan eksklusif Super Junior sempena konsert istimewa itu di Kuala Lumpur.

Dibawakan Redstar Presents, barangan cenderahati eksklusif yang menjadi rebutan di setiap destinasi persinggahan kumpulan popular itu. Terhad hanya 1,300 set untuk dimiliki, rebut peluang keemasan itu dengan menyertai Pra Jualan Cenderhati anjuran bersama Redstar Presents dan Marctensia pada acara Pra Jualan yang diadakan pada Sabtu, 6 Mac 2010 di T-hop Zone, Tingkat 6, Plaza Sungei Wang, Kuala Lumpur. Didatangkan dalam 12 pakej menarik, setiap set dilengkapi dua barangan cenderahati dijual pada harga RM120. Tawaran, bagaimanapun, terhad dua set untuk setiap peminat berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Menambahkan lagi keceriaan itu, setiap pelanggan yang berjaya memiliki set barangan esklusif itu juga bakal menerima potongan 15 peratus untuk membeli tiket konsert.

Penebusan barangan boleh dibuat pada hari konsert di foyer Stadium Putra, Bukit Jalil dari jam 4 petang hingga 7 malam. Setiap penebusan harus disertakan bukti pembelian dan sebarang kelewatan tidak akan dilayan.

Siri konsert jelajah Asia kedua Super Junior, Super Show 2 Live in Malaysia 2010 ini dibawakan Redstar Presents, manakala Pengurusan Acara dibantu Marctensia akan diadakan di Stadium Putra pada Sabtu, 20 Mac 2010 jam 7 malam.

Ia turut disokong SM Entertainment & Dream Maker sebagai penyelia konsert selain disokong Badan Pelancongan Korea.

Konsert itu turut meraih kepercayaan daripada One FM dan Hot FM sebagai stesen radio penyiar rasmi, manakala YG & Epop bertindak sebagai majalah rasmi berbahasa Cina.

Turut mengambil bahagian rangkaian pusat karaoke, Redbox, Greenbox & Redbox Ria sebagai pusat karaoke rasmi, Speedy (promosi bersama), Daorea Korean BBQ sebagai restoran rasmi selain Freak dan Radioactive.

Tiket dijual pada harga RM138 (habis dijual), RM238 (habis dijual) dan RM458. Untuk keterangan lanjut, hubungi Marctensia di talian 03 2092 1199 atau layari: http://www.marctensia.com.

Tempahan tiket menerusi talian boleh dilakukan dengan menghubungi Axcess di talian 03 7711 5000 atau menerusi http://www.axcess.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Filem Niyang Rapik

Diana Danielle Duta Produk Barangan Kemas Public Gold