in

PPM Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap KARYAWAN

PPM ambil tindakan undang-undang terhadap Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dan Pengerusinya, Freddie Fernandez atas kenyataan fitnah terhadap PPM

Pada 12 Januari 2021, Public Performance Malaysia (PPM) telah menyerahkan Penyataan Tuntutan (Statement of Claim) ke atas Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dan Pengerusinya, Freddie Fernandez kerana membuat kenyataan fitnah terhadap PPM.

Sebelum ini, PPM telah mengeluarkan beberapa kenyataan media pada 13 Oktober 2020 dan 10 November 2020 untuk membetulkan kenyataan tidak benar yang dibuat oleh Freddie Fernandez pada 3 Oktober 2020, 6 Oktober 2020 dan 26 Oktober 2020 yang dikeluarkan di beberapa media cetak, online dan juga pelantar media sosial. Walaubagaimanapun, Karyawan menerusi Pengerusinya terus membuat dan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap PPM di pelbagai media.

Rosmin Hashim
Rosmin Hashim

Sehubungan dengan itu, PPM telah mengeluarkan Surat Tuntutan (Letter of Demand) kepada pihak Karyawan dan Freddie Fernandez pada 12 November 2020 menuntut agar permohonan maaf dibuat secara terbuka, menarik balik kenyataan fitnah yang telah dibuat dan menghentikan penyebaran seterusnya kenyataan fitnah terhadap PPM. Malangnya, pihak Karyawan dan Freddie Fernandez enggan berbuat demikian.

“Adalah amat mengecewakan apabila Karyawan dan Freddie Fernandez secara sengaja dan berulang kali membuat dan mengakibatkan pengeluaran artikel dan kenyataan yang tidak benar walaupun mengetahui bahawa kenyataan tersebut adalah tidak benar dan mampu menjatuhkan reputasi PPM sebagai badan pelesenan sah bagi ahli-ahlinya yang terdiri dari syarikat-syarikat rakaman tempatan dan antarabangsa.

Adalah mendukacitakan walaupun pelbagai usaha dibuat pihak PPM untuk menegakkan kebenaran menerusi kenyataan balas media, namun Freddie dan Karyawan berterusan memfitnah PPM memberi kami tiada pilihan lain selain mengambil tindakan undang-undang di atas kenyataan fitnah tersebut”, kata Rosmin Hashim, Pengerusi PPM.

“Kenyataan fitnah ini dikeluarkan pada saat paling buruk, di mana seluruh industri muzik dan negara bergelut dengan cabaran dan dugaan untuk mengatasi kesan pandemik yang telah memberi kesan kepada semua sektor ekonomi negara dan menjejaskan punca pendapatan ramai penggiat seni muzik tanah air termasuk komposer, penulis lirik, penyanyi, pemuzik dan syarikat rakaman”, tambah beliau.

“Kenyataan fitnah yang dibuat oleh Karyawan dan Freddie telah mengakibatkan gangguan kepada aktiviti pelesenan kami dan menyukarkan lagi kerja kami untuk mengutip yuran pelesenan bagi pihak ahli-ahli kami dalam persekitaran pasaran yang amat mencabar,” ujar Rosmin Hashim menutup kata.

Selain daripada mengambil tindakan sivil, PPM juga telah membuat laporan polis terhadap Karyawan dan Freddie Fernandez atas kesalahan jenayah fitnah serta membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atas kesalahan menyalahguna internet untuk menghasil dan menyebar komen dan berita palsu dengan niat untuk mengganggu PPM.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Para Bintang Membarisi Youth With You Season 3, Mentor Tarian LISA kembali

60,000 Video Secara On Demand, Kini Dalam Poket Anda