in

Potongan Hebat Lazada Malaysia di Aplikasi WeChat

Lazada Malaysia, laman membeli-belah online terkenal di Malaysia telah pun mula berkolaborasi dengan aplikasi sosial mobile – WeChat untuk memberikan sesuatu yang eksklusif untuk pengguna setia sempena dengan jualan ulangtahun Lazada yang ke-2. Tahniah buat Lazada Malaysia, Budiey ucapkan.

Pada hari ini, Budiey mendapat tahu, jualan murah Super Sale dengan potongan hebat ini telah bermula. Oleh kerana rasa ingin tahu memang menebal dan Budiey kira tak mahu melepaskan peluang untuk menjadi antara yang pertama membeli belah di Lazada Malaysia melalui aplikasi WeChat nih.

Wechat-Blog-Elle

[pullquote]Lazada Malaysia telah mengumumkan jualan hebat SUPER SALE di WeChat mulai hari ini sehingga 23 Mei 2014. Ternyata, ia mendapat sambutan hebat. Itu yang Budiey dapat tahu daripada rakan-rakan blogger yang lain.[/pullquote]

Budiey rasa, kolaborasi atau kerjasama antara Lazada dan WeChat pastinya akan memberi kesan positif kepada pengguna dan pembeli yang setia menggunakan servis talian sosial mobile untuk membeli belah. Cukup kreatif dan ianya sangat interaktif. Idea yang bagus dan bernas, sekaligus dapat merapatkan lagi hubungan antara Lazada Malaysia dengan pelanggan setia.

Selain dapat memudahkan urusan, Budiey kira ia juga menjimatkan masa pengguna. Kesannya? Ramai yang memberikan maklum balas yang memberangsangkan. Memang cukup besar sebab ia dapat memberikan kesan yang positif kepada jualan barangan secara online di Lazada. Untuk pengguna yang setia, Lazada memberikan ganjaran kepada mereka dengan potongan harga.

Pasti ramai yang tertanya-tanya cara untuk mendapatkan promosi hebat ini kan? Okay senang sahaja, anda hanya perlu memuat turun aplikasi WeChat yang boleh didapatkan secara percuma sama ada di Apps Store atau Google PlayStore.

Enjoy RM30 off when you subscribe

Bagaimana Cara Untuk Membeli Belah di Lazada Malaysia melalui Aplikasi WeChat?

[dropcap]S[/dropcap]etelah anda dah muat turun aplikasi WeChat, anda perlu mencari Lazada Malaysia yang ada dalam Subscription Account dan terus follow.

Langkah terakhir, anda perlu juga follow Lazada Malaysia. Haa, itu sahaja, senang bukan?

Budiey pun dah cuba follow Lazada Malaysia di WeChat ternyata banyak sekali tawaran dan potongan hebat. Wow macam-macam barang dan produk ada dijual di Lazada Malaysia. Dari barang permainan untuk kanak-kanak, gadget, telefon bimbit, peralatan sukan, sehinggalah barangan untuk dewasa seperti pakaian dan busana yang trendy dan terkini.

Cukup mudah membeli belah di Lazada Malaysia. Budiey berpuas hati dengan pengurusan jualan yang cukup selesa dan selamat sepanjang membeli belah secara online. Layari: www.lazada.com.my

Contohnya, anda boleh tengok sendiri gambar di bawah ni.

WeChat Lazada Profile

Lazada_MY

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Pelancaran Tiket CNBLUE Live Can’t Stop in Malaysia

I Am Neeta Jadi Artis Opening Act di Konsert Taylor Swift