in , ,

Ini Sinopsis Filem KIL Lakonan Redza Minhat & Christina Suzanne

Filem KIL akan ditayangkan di pawagam pada 30 Mei 2013 ini. Budiey rasa sangat teruja sebab belum menonton filem ini dan akan menonton di Malam Prebiu Media pada minggu ini.

Filem KIL adalah sebuah filem mengenai seorang lelaki muda ingin membunuh diri yang dipanggil Akil. Dibintangi Redza Minhat, Cristina Suzanne Stockstill, Harun Salim Bachik dan Dira Abu Zahar. Sebuah filem yang dipuji kerana sinematografinya sangat cantik. Gerakan kameranya pula ada makna tersendiri.

Lebih dari itu, filem KIL telah dipilih antara empat filem tempatan untuk ditayangkan di Anugerah Marche du Film di Cannes, Perancis sempena Festival Filem Cannes bermula esok iaitu 15 Mei hingga 24 Mei 2013.

Tahniah buat filem ini. Ini bermakna filem KIL ditayangkan bersama pelbagai filem dari seluruh dunia untuk tontonan pembeli, pengedar filem dan ejen antarabangsa.

Filem KIL akan ditayangkan di pawagam pada 30 Mei 2013 ini. Budiey rasa sangat teruja sebab belum menonton filem ini dan akan menonton di Malam Prebiu Media pada minggu ini. Untuk pembaca, Budiey ada beberapa hadiah berupa baju T eksklusif dan barangan merchandise filem KIL serta tiket menonton untuk diberikan kepada penonton menerusi peraduan yang disiarkan nanti.

Sinopsis Filem KIL

Akil (KIL) adalah seorang lelaki muda tertekan muda yang mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri. Tetapi, dia tidak pernah boleh membawa dirinya untuk membunuh diri. Cubaannya untuk membunuh diri sentiasa gagal sehingga dia menemui penyelesaian yang sempurna: agensi pembunuhan aneh yang membantu membunuh orang membunuh diri. KIL bersetuju dengan syarat-syarat syarikat itu. Pembunuhan akan dipelihara sebagai sulit. Dia tidak akan tahu maklumat tentang siapa pembunuh atau bila dia akan mati. Ini adalah ideal untuk KIL, sehingga dia jatuh cinta dengan seorang gadis yang dia temui, Zara. Selepas itu, dia mula mempunyai fikiran yang was-was untuk mati.

Poster Rasmi Filem KIL

Filem KIL Official Poster

Jom kita berkenalan dengan pelakon utama filem KIL

Cristina Suzanne

Mesti ramai yang masih tidak kenal dengan Cristina Suzanne Stockstill. Bagi sesiapa yang mengikuti rancangan Pilih Kasih sudah tentu kenal dengan Gadis berdarah campuran Melayu-Jerman ini.

Nama: Cristina Suzanne Stockstill
Panggilan: Cristina
Tarikh Lahir: 22 Januari 1985
Usia: 26 tahun
Keturunan: Melayu/Jerman
Agama: Islam
Drama: Kasih Najihah (TV9), Dia Bukan Maryam (TV9), Cermin Pada Bulan (TV3)
Filem Bebas: Kil (2011) dan My Indie Rock Darling (2006)

KIL
KIL
KIL

Redza Minhat 

Nama penuhnya ialah Shahredza Minhat dan berasal dari Ayer Tawar, Perak. Beliau sudah lama berlakon di pentas teater dan teater pertamanya bertajuk ‘Otak Tak Center’. Tidak kurang juga baru mengenali Redza melalui filem pertamanya, ‘Pisau Cukur’. Ataupun mengenali nama Redza apabila dihambat kontroversi gambar bogelnya tersebar di internet. Redza juga pernah berlakon di bawah arahan pengarah Bernard Chauly, sebagai watak sampingan dalam drama ‘Gol & Gincu’ dan ‘Goda’.

Tidak sepenuh masa berkecimpung dalam industri seni ini sebaliknya dia merupakan seorang penganalisa pelaburan di salah sebuah institusi bank tempatan.Selalunya aktiviti lakonan hanya dilakukan pada waktu malam ataupun pada hujung minggu. Kerana itu dia lebih aktif dalam pementasan teater kerana latihan dan pementasan biasa dibuat pada waktu malam.

Pernah menceburi bidang penulisan skrip sejak di bangku universiti dan pernah menggondol anugerah di Festival Teater Malaysia menerusi naskhah pertamanya, ‘Tat Nenas’.

Selepas itu, dia menubuhkan syarikat Aroma Teater Works bersama rakan-rakannya dengan menggunakan hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 yang diterima semasa Festival Teater Malaysia itu.Namun begitu, graduan pengajian perniagaan dari Universiti Multimedia Malaysia ini tidak pernah mengaku kalah lantas tidak jemu-jemu memerah idea dan menghasilkan naskhah seperti ‘Gadis Jalan Burmah’, ‘Toast’ (ada dijual di kedai buku Kinokuniya) dan terbaru ‘I Lost The Plot’.

Kecintaannya kepada dunia teater juga membawa Redza pergi jauh dengan menghasilkan skrip. Ia satu pencapaian boleh dibanggakan. Hampir 10 tahun membabitkan diri dalam dunia teater, Redza sudah menghasilkan lima skrip yang sudah dan bakal dipentaskan.

KIL
KIL
KIL

The production crew

KIL started off as a very small-scale independent film production which was a passion project between 3 good friends – Nik Amir Mustapha, Rewan Ishak & Jeremy Little. They formed a production company called Flux Visual Lab and intended to initially shoot KIL without a proper production team. They decided to set up a proper production team when they engaged S.Y Chong as director of photography. The small production crew then started shooting KIL around Kuala Lumpur.

The Story
Nik Amir & Rewan did some research on the subject of suicide and decided to make a story based on this topic. As they developed the story further, they injected a conceptual structure and added a fresh flavour into the script. After two to three months of story discussions and rewrites, the script was finally ready.

The Cast
Casting was a matter of meeting the potential actors and presenting the project to them. The production crew met and presented the synopsis and script to Redza Minhat and Cristina Suzanne who were eager to join the project soon after. The rest of the cast were introduced through mutual friends and it grew from there.

The Nitty Gritty
KIL started production in May 2011 and the shoot went on smoothly for 11 days. It was shot on a DSLR Canon 5DMk2. Immediately after shooting, the production team released a trailer on Youtube & Facebook which went viral and received positive reviews. From a small independent film project, KIL suddenly became one of the most anticipated Malaysian movies. KIL underwent post-production and was nearly completed by early 2012.

Getting into Cinemas
A chance encounter between Nik Amir and Tengku Iesta Tengku Alaudin during a rehabilitation stint would give KIL its long-awaited theatrical release. Grand Brilliance previewed the movie and subsequently bought the rights to the movie. KIL will be finally released in cinemas on 30 May 2013.

KIL
KIL

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Najwa Latif Bakal Meriahkan Festival Kenyir 2013

Perubahan Konsep Showdown 2013 Bikin Kejutan