Rasanya ramai yang tertunggu-tunggu filem lakonan Fara Fauzana dengan Mawi ni. Filem ini akan ditayangkan di pawagam mulai 20 September 2009. Yelah, ramai peminat Fara Fauzana ingin melihat penyampai Hot FM ini menjiwai lima karakter dalam filem ini iaitu Notti, Ruby, Eyyonne, Shahrifah Qistina dan Mimi. Dengar cerita, pernah sekali Fara Fauzana menangis sebab terlalu sibuk berlakon sehingga selepas shooting filem terpaksa masuk konti jam 4 pagi. Tidur tak cukup, mana boleh tahan. Tapi Fara Fauzana berjaya mengawal emosinya ketika di konti. Syabas untuk Fafau!
Untuk filem Jin Notti, KRU Studios telah pun bekerjasama dengan Telekom Malaysia Berhad (TM) sebagai pakatan perniagaan yang lebih strategik bukan sahaja untuk promosi filem tetapi bagi menarik pelanggan TM.
Tradisi itu diteruskan dengan Jin Notti yang diarahkan oleh Azhari Zain dan disokong oleh Yusri Abdul Halim sebagai penyunting yang menggunakan teknik imej penjanaan komputer (CGI).
Jin Notti yang dibintangi oleh Mawi sebagai Aziz, Fara Fauzana (Notti), Cat Farish (Jinbara) dan ramai lagi pelakon hebat mengisahkan tentang dunia jin yang menjadi kepercayaan dalam masyarakat Melayu khususnya.
Sinopsis Filem Jin Notti
Notti, anak jin yatim-piatu menghadapi hukuman paling berat di dunia jin yang terbalik. Kecuali dia mampu melepasi satu ujian – membuat cukup kejahatan hingga penuh ‘skala kenakalannya.’
Dengan pertolongan Jinbara – peguam Notti – Notti dihantar ke dunia manusia untuk melakukan kejahatan. Dia dimasukkan ke dalam badan seorang remaja ‘punk’, seorang gangster perempuan sebelum akhirnya diberi kawalan ke atas makhluk paling jahat dalam dunia manusia – peguam.
Sepanjang perjalanannya, Notti mula jatuh cinta dengan Aziz dan terjumpa dengan seorang lelaki yang mungkin adalah ayahnya. Berjayakah Notti dengan cintanya? Mampukah dia berjumpa ayahnya yang telah lama menghilang?
Semuanya berakhir dalam satu perbicaraan agung di dunia manusia dan di dunia jin.