Aktres ini kian mengorak langkah teratur cemerlangnya di dunia perfileman Hollywood sehingga meletak namanya sebaris dengan pelakon kelas A di sana. Nah! Terbaharu, Emma Stone posing atas katil untuk lipatan majalah VOGUE British terbaharu keluaran Februari 2019.
Dalam foto di atas, Emma Stone dengan penataan solekan yang ringkas dan natural, beliau duduk bersimpuh di birai katil dengan gaya bersahaja.
Bekas kekasih Andrew Garfield ini kelihatan cukup santai dengan memakai lingerie dress berwarna nude. Detail lace di bahagian dada menambah kesan seksi tersendiri.
Untuk paparan cover depan majalah, wajah cantik Emma dipoles makeup bernuansa smokey eyes, sementara rambutnya ditata messy sehingga terlihat seksi dan menarik perhatian peminat dan netizen.
Emma Stone bukan sahaja diagungkan dengan pesona gerak penuh karakter dalam layar perak semata. Malah beliau juga punya selera berfesyen yang bukan main lagi melaram kalau nak menjejakkan kaki di karpet merah. Tak disangkal dia punya aura pesona kecantikan yang menyerikan sebarang acara.
Kini, namanya menjadi bahan bualan gara-gara sesi photoshoot dengan gaya yang cukup daring di atas katil untuk majalah VOGUE. Penampilan agak berbeza dari kebiasaan.
Dikenali sebelum ini sebagai artis yang selalu tampil natural tapi untuk photoshoot kali ini Emma berdandan dengan tata rias dengan rona bold dengan riasan makeup yang menyerlah. Di matanya tampak polesan eyeshadow berwarna aquamarine yang dipadukan dengan lipstik merah klasik.
Rambutnya ditata sleek bun sehingga menyuntik kesan classy pada penampilannya. Tak ketinggalan, sebuah outfit mewah yang meninggalkan kesan glamor dan oriental juga menyempurnakan penampilannya.
Untuk tahun 2019, pastinya ramai menantikan kelibat Emma Stone dalam filem yang terus mengangkat nama beliau di persada antarabangsa.