JOM BALIK RAYA BERSAMA TONTON
Kemeriahan bulan Ramadan telah mula dirasai. Warga kota mula mengunjungi kaunter tiket untuk membeli tiket perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing. Prihatin dengan masalah kekurangan tiket bas yang melanda, Tonton selaku portal video No. 1 negara, telah menyediakan 4 buah bas ke destinasi pilihan yang telah ditetapkan iaitu Johor Bahru, Kota Bahru, Kuala Terengganu dan Alor Setar. Kesemua bas akan bertolak dari perkarangan Sri Pentas ke destinasi pilihan pada hari Jumaat, 17 Ogos 2012.
Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelayar berdaftar di Tonton dan juga rangkaian portal televisyen di bawah kelolaan Media Prima Berhad. Untuk mendapatkan tiket bas yang ditawarkan, pengguna Tonton perlu mendaftarkan nama penuh beserta pasangan dan destinasi pilihan di laman web rasmi ‘Jom Balik Raya Bersama Tonton’. Pengguna Tonton yang paling awal mendaftar akan dihubungi oleh pihak penganjur untuk pengesahan.
“Tonton ingin meraikan kesetiaan pelayar dengan menawarkan hadiah perjalanan pulang ke kampung. Kami memberi pilihan kepada pengguna untuk menonton pelbagai rancangan terbaik bersempena bulan Ramadan dan ketibaan Syawal kelak,†ujar Lam Swee Kim yang merupakan Pengurus Besar Kumpulan Media Baru, Media Prima Berhad.
Jangan lepaskan peluang keemasan sambil menonton rancangan kegemaran anda melalui portal Tonton. Maklumat lanjut mengenai peraduan ini boleh diperoleh di http://www.tonton.com.my/jombalikraya. Peraduan ini bermula 1 Ogos – 7 Ogos 2012.