ISTIMEWA DI TAHUN 2013
TONTON PERKENAL SIARAN ‘TV EVERYWHERE’!
Penyiar media atas talian utama di Malaysia, Tonton terus melangkah jauh dalam arena digital menerusi tawaran siaran ‘TV EVERYWHERE’. Pelayar kini mempunyai akses tontonan untuk siaran langsung empat saluran televisyen di bawah Media Prima Berhad dan RT Global di mana-mana sahaja.
Lima saluran tersebut ialah TV3, ntv7, 8TV, TV9 dan saluran berita RT Global yang menawarkan hiburan dan informasi lengkap kepada pelayar di Malaysia secara percuma. Kesemua saluran ini boleh ditonton secara langsung selama 24 jam sehari menerusi computer, telefon pintar dan tablet (Android 2.3 dan ke atas) dan iOS 4 dan ke atas) di www.tonton.com.my/livetv.
Lam Swee Kim, Pengurus Besar Kumpulan Media Prima Digital dan Pemasaran Bersepadu, Media Prima Berhad.
“Tonton berazam untuk terus komited dalam menawarkan siaran genre tempatan dan antarabangsa terbaik menerusi pengenalan ‘TV EVERYWHERE’ yang boleh ditonton di mana-mana sahaja. Kami juga menjangkakan peningkatan aktif jumlah lawatan di portal Tonton menerusi tawaran percuma ini.”
Untuk mendaftar dan melayari Tonton – Portal Video Tempatan No. 1 di Malaysia, layari www.tonton.com.my! Pendaftaran adalah percuma. Untuk perkembangan terkini, ikuti Tonton menerusi Facebook di www.facebook.com/tontonMY atau Twitter di www.twitter.com/tontonMY.
Mengenai Media Prima Digital
Media Prima Digital adalah sebuah syarikat media digital dan baru, yang menawarkan kemahiran teras dalam strategi platform, penciptaan kandungan dan reka bentuk serta pembangunan teknikal. Kemahiran ini jelas diunjurkan dalam pembangunan dan pengurusan operasi online Media Prima Berhad terutamanya bagi Rangkaian TV, Rangkaian Radio, seperti TV3, ntv7, 8TV, TV9, Fly FM, Hot FM dan One FM. Media Prima Digital juga melancarkan Tonton, portal video utama negara, selain menguruskan akhbar terkemuka negara secara online iaitu New Straits Times, Harian Metro dan Berita Harian. Portal-portal lain termasuk portal hiburan dan gaya hidup, Gua.com.my, serta portal online membeli-belah bagi wanita, Bajugraphy. Media Prima Digital adalah anak syarikat milik penuh Media Prima Berhad, syarikat media bersepadu terbesar di Malaysia.