in

Portal TONTON Perkenal Siaran TV Catch Up

TONTON MAJU KE HADAPAN

Tonton, portal video premier di Malaysia, mencatat kejayaan terkini dengan pendaftaran melebihi 2 juta keahlian dalam masa kurang daripada 18 bulan selepas dilancarkan.

Pencapaian bermakna Tonton semenjak ia dilancarkan berjaya membuktikan portal video berasaskan internet memenuhi permintaan ramai untuk ‘video on demand’ pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

TONTON

“Bilangan pendaftaran yang menjangkau 2 juta keahlian juga menunjukkan minat rakyat Malaysia dalam dunia penyiaran televisyen internet, selari dengan perkembangan dunia antarabangsa kini”, menurut Lam Swee Kim, Pengurus Besar Kumpulan, Media Prima Berhad.

Tonton, yang tersenarai antara peningkatan terpantas dalam carian Google 2011, turut menerima lebih 29 juta tontonan pelawat dan membekalkan lebih 31 juta ‘streaming’ video kepada pelanggan di seluruh dunia pada tahun lalu.

Perkembangan teknologi telefon pintar, dengan pengenalan peranti telefon yang lebih sotisfikated selain komputer tablet, dilihat menyumbang kepada peningkatan pelayar Tonton yang menggunakan aplikasi ‘mobile’ untuk menonton video.

Tonton menjangkakan capaian akses dalam dunia internet ‘mobile’ bakal lebih baik di masa hadapan dengan pembangunan dan penambah-baikan dalam sambungan internet ‘mobile’ , selain menerima fakta yang pengguna kini sedar yang mereka boleh memenuhi permintaan sendiri pada bila-bila masa.

Dalam masa yang sama, Tonton menawarkan siaran televisyen ‘catch-up’ secara ‘online’ bagi tempoh lebih lama, selain menawarkan capaian penonton yang lebih luas untuk pelbagai rancangan televisyen kelolaan Rangkaian TV Media Prima Berhad seperti TV3, TV9, ntv7 dan 8TV.

TONTON

Servis ‘catch-up’ ini membolehkan pengguna menonton program televisyen terbaik di seluruh dunia, selain tontonan ulang-tayang untuk program pilihan yang diminati. Malah, jangka hayat setiap program televisyen dapat dipanjangkan selain memberi pilihan yang lebih fleksibel buat pengguna menonton rancangan seperti siaran berita pada masa yang sesuai.

Selain itu, pengiklan serta syarikat perniagaan turut berpeluang mengambil bahagian dalam pengiklanan produk untuk program popular televisyen yang kini melalui fasa terbaru siaran ‘online’.

Tonton menampilkan kepelbagaian kandungan ‘catch-up’ dan video premium termasuk drama tempatan dan Asia, program bual-bicara hiburan, dokumentari serta filem hebat tanahair. Tonton kini menyiarkan keseluruhan 13 saluran, antaranya rangkaian saluran televisyen milik Media Prima Berhad (TV3, TV9, ntv7 dan 8TV) serta saluran lain seperti KRU TV, GUA TV, Gua Muzik, One TV, Hot TV, Fly TV, Emas, Tonton Eksklusif and Tonton Korea.

Dalam masa yang terdekat, Tonton bakal memperkenal servis dan saluran baharu bagi memenuhi permintaan pelayar yang semakin bertambah, selain menawarkan lebih banyak pilihan buat pengguna. Tonton bakal menjadikan tontonan televisyen lebih bermakna di masa hadapan.

TONTON

18 bulan yang lalu merupakan momen tahunan terbaik Tonton semenjak dilancarkan untuk tontonan umum. Kejayaan dan rekod terbaik Tonton sepanjang tahun lalu seperti berikut:

1. 24 Mac 2011: Anugerah Pilihan Rakyat untuk kategori PORTAL HIBURAN PILIHAN di Anugerah ICT NEF-Awani 2010.

2. 21 April 2011: Tonton ‘Mobile’ dilancarkan dengan hits ‘page views‘ melebihi 1 juta sepanjang tahun

Tonton boleh dilayari secara ‘mobile’ melalui http://m.tonton.com.my tertakluk kepada keperluan minimum teknikal berikut:
• Model iOS 4 dan ke atas – iPhone, iPad, iPod Touch
• Model Android 2.2 dan ke atas –Telefon pintar Android dan Tablet
• Blackberry 6 dan ke atas – Telefon Blackberry dan Playbook

3. Jun 2011 – Dalam masa 30 hari, drama Melayu popular NORA ELENA mencatatkan sejumlah 1.3 juta tontonan video. Menjelang akhir November 2011, tontonan video menjangkau 2.2 juta, menjadikan drama ini pilihan program nombor 1 di Tonton untuk tahun 2011.

4. 8 Julai 2011: Tonton Premium dilancarkan melalui premier eksklusif Nur Kasih the Movie secara ‘online’.

5. 7 Disember 2011: Tonton tersenarai di tempat ke-9 dalam Tangga-10 Peningkatan Terpantas dalam Carian Google 2011 (*Sumber: Senarai tahunan Google Zeitgeist untuk Malaysia (7 Disember 2011)

6. 11 – 22 November 2011: Siaran ‘live streaming’ upacara pembukaan dan majlis penutup SUKAN SEA ke-26 termasuk perlawanan bola yang melibatkan pasukan Malaysia mencatatkan bilangan kunjungan hampir150,000 hits.

7. Disember 2011: Tonton mencatatkan bilangan hits paling tinggi sebanyak 11 juta ‘page view’ dan 955,000 kunjungan unik pelawat (Sumber: comScore) seterusnya meletakkan Tonton sebagai portal video nombor 1 di Malaysia kini.

TONTON

Tahun ini bakal menyaksikan Tonton melangkah lebih maju ke hadapan dengan tawaran saluran baharu dan program yang lebih menarik. Tonton yakin dapat memenuhi kapasiti pengguna yang semakin meningkat selain menambah-baik pengalaman tontonan buat pengguna.

Alt Media kini dalam langkah membangunkan versi Tonton yang lebih kompak, atau dikenali sebagai “Tonton Lite” menggunakan aplikasi teknologi Tonton ‘Mobile’. Versi ini bakal membolehkan pengguna menonton video dengan lebih pantas menerusi komputer peribadi atau laptop untuk pengalaman menonton yang lebih selesa. “Kami ingin menawarkan kualiti pengalaman menonton yang lebih baik kepada semua pengguna buat masa sekarang dan juga akan datang. Kami yakin menerusi pembelajaran yang berterusan dan pengembangan idea kreatif membolehkan kami kekal di barisan hadapan dunia hiburan online”, ujar Paul Moss, Pengurus Besar Platform dan Teknologi Alt Media Sdn. Bhd.

Tonton juga bakal menawarkan lebih kandungan keluaran negara Asia, antaranya dari Korea, Indonesia, India dan Filipina. Saluran pendidikan dikenali sebagai “Tonton Learn” akan diperkenalkan mulai pertengahan April dan menyasarkan golongan pelajar dengan tawaran latihan tutorial oleh profesional untuk para pelajar yang akan menghadapi peperiksaan utama seperti UPSR, PMR dan SPM. “Kandungan pendidikan merupakan kategori baru yang akan diperkenalkan untuk golongan pelajar di Tonton. Kami percaya saluran ini bakal memberi lebih faedah buat para pelajar dalam menyiapkan diri mereka menghadapi peperiksaan utama selain akses yang mudah serta merangkumi kesemua subjek peperiksaan”, menurut Puan Lam Swee Kim, Pengurus Besar Kumpulan Alt Media Sdn. Bhd. “Sebagai tambahan juga, kami akan turut memperkenalkan saluran “Tonton Kids” melalui kerjasama strategik dengan Rangkaian TV Media Prima.”

Arena sukan juga turut menjadi sebahagian yang tersenarai dalam pelan pengembangan Tonton. Tonton dan Tonton ‘Mobile’ bakal menyiarkan siaran langsung perlawanan EURO 2012 membabitkan 16 perlawanan menerusi ‘streaming’ pada Jun tahun ini. Siaran ‘catch up’ perlawanan turut boleh ditonton untuk durasi 48 jam di Tonton selepas siaran ‘live stream’.

Untuk sepanjang tahun 2012, Tonton juga akan meneruskan sokongan utuh dalam siaran pelbagai acara hiburan dan anugerah utama terbitan Rangkaian TV Media Prima.

Untuk merasai pengalaman unik Tonton dan menjadi sebahagian daripada komuniti online terbesar di Malaysia, layari www.tonton.com.my untuk mendaftar.

Pada sidang media yang telah diadakan semalam, Tonton telah meraikan 2 pengguna bertuah iaitu Dr Kasim Salleh (57 Tahun) sebagai pengguna ke 2 juta dan membawa pulang sebuah komputer bimbit Acer Aspire One D270 serta 200 kredit Tonton Premium. Manakala pengguna paling aktif, En. Kasolang Abdul Razak (31 Tahun) membawa pulang 500 kredit Tonton Premium.

TONTON

TONTON

TONTON

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kemunculan Semula IZ Dengan Balada CINTA AKHIR

Gambar Reza di Makan Malam Eksklusif SM*SH & Budiey.com