in , ,

Poovaa Tembusi Pasaran Muzik Melayu, Lancar Single Pertama Berjudul KARYA

Pemenang Artis Baru Terbaik AIM 2014 Pertaruh Bakat & Nasib Tembusi Pasaran Industri Muzik Tempatan

Pernah dipuji oleh penyanyi lagenda antarabangsa, Michael Bolton, kerana bersuara emas dan mempunyai bakat muzik yang kuat terutamanya dalam bidang nyanyian, Poovaa, bukanlah seorang pendatang baru dan telah pun berkecimpung dalam industri muzik Malaysia sejak sedekad yang lalu. Kini, mempertaruhkan bakat nyanyian dan nasib untuk menembusi pasaran tempatan, beliau kembali dengan single terbaharu berjudul ‘Karya’ yang telah dicipta dan digubahkan khas oleh komposer terkemuka negara seperti Omar K, Shazee Ishak dan Firdaus Ishak.

POOVAA KARYA

Bercerita mengenai single terbaru, Poovaa berkata,

Karya menceritakan tentang sebuah kisah cinta yang di mana permulaannya semua indah belaka tanpa sebarang persengketaan kemudian berakhir dengan kesedihan.

Setiap daripada kita ingin mengecapi kebahagiaan akan tetapi banyak permasalahan yang berlaku, ketidakbahagiaan yang berpanjangan tanpa persefahaman akhirnya menjurus kepada perpisahan.

Akan tetapi, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya di mana kita harus kuat untuk meneruskan kehidupan dan hari-hari mendatang, semoga ia menjadi pemangkin untuk meneruskan kehidupan tanpa menoleh kebelakang lagi.”

“Setelah hampir 10 tahun berkecimpung dalam bidang seni suara, saya akhirnya beranikan diri untuk menghasilkan single Melayu pertama bagi menembusi pasaran tempatan dan Karya merupakan percaturan saya dalam mengembangkan bakat yang sedia ada,”

– Poovaa

Pemenang VIMA Awards pada tahun 2013 dan 2014 ini turut menjelaskan,

“Saya memang meminati bidang muzik sejak dari kecil lagi, dan seawal umur 7 tahun saya mula menghadiri kelas piano dan sudah mula berjinak-jinak dalam penghasilan lirik dan melodi.

Hanya setelah beberapa tahun lalu baru saya mula menceburi bidang muzik secara profesional dan kini hampir sedekad, banyak yang telah saya lalui dan pelbagai pengalaman yang saya timba, dan saya rasakan sudah cukup bersedia untuk melebarkan sayap ke peringkat seterusnya.”

– Poovaa

Album pertama dalam Bahasa Inggeris yang berjudul ‘Ticket To Faketown’ melonjakkan nama Poovaa di mana beliau memenangi kategori Artis Baru Terbaik di AIM 2014 dan nama Poovaa mula dikenali ramai.

“Saya berharap agar masyarakat Malaysia dapat menerima Karya dengan hati terbuka dan memberi peluang kepada saya untuk meneruskan kerjaya nyanyian pada masa akan datang, dan dengan pertolongan dari pihak pengurusan Joe PRC International, saya yakin percaturan ini bakal membuahkan hasil,” 

– Poovaa

Lagu ‘Karya’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer bermula 30 Oktober 2020. Manakala video muzik lagu ‘Karya’ ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube I am Poovaa pada hari yang sama.

POOVAA KARYA

Lagu: Karya

Artis: Poovaa

Komposer: Omar K, Shazee Ishak, Firdaus Rahmat 

Lirik: Omar K, Shazee Ishak, Firdaus Rahmat 

Copyright: Soul Music Productions

Verse 1 

Episod pertama


Telah jatuh cinta


Bagaikan mimpi ku dibelai 

Tercipta satu mahligai 

Episod kedua 

Percayakan kata


Biar ragu kian terasa 

Namun terus layar leka

Pre Chorus 

Makin bertukar halaman


Makin jelas engkau mendustakan 

Tak ingin ku baca lagi


Apa yang akan terjadi 

Chorus 

Kau lakarkan cinta


Hanya karya semata


Cuma permainan sementara 

Rupa-rupanya di sebalik waktu 

Semua hanya lakonan palsu 

Verse 2 

Episod ketiga


Indah dari rupa


Bertopengkan senyuman muka 

Padamkan coretan janjinya 

Repeat Pre Chorus & Chorus 

Bridge 

Masa menutup


Tirai kasih babak terakhir


Selamat tinggal


Hanyalah yang terucap bibir


Ku tahu akan hadir penggubah baru 

Karya ini lebih sempurna tanpaku 

Chorus 

Kau lakarkan cinta


Hanya karya semata


Cuma permainan sementara 

Bukan untuk selamanya 

Tapi untuk diperguna 

Kau ukir cerita


Bagai watak utama


Dalam kisah kita yang terindah 

Rupa-rupanya di sebalik waktu 

Semua hanya lakonan palsu 

Outro Verse 

Episode terakhir


Apa yang ku sangka 

Hitam putih kalutan warna 

Kasih dilerai binasa 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ABPBH 33 Diadakan Secara Virtual Tanpa Kehadiran Peminat & Kelab Peminat

Scha Al-Yahya Pilih Untuk Tidak Sembunyi Jantina Anak Kedua, Ini Jawabnya