Pendakwah tersebut telah ditahan pihak berkuasa kira-kira jam 11 malam selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam minggu lalu.
Ada Satu Lagi Kes Baharu
Namun begitu, satu lagi khabar tidak enak didengar apabila pendakwah selebriti itu disiasat dengan satu lagi kes berhubung dakwaan seorang pelajar kolej berusia 22 tahun dicabul dan dipaksa melakukan seks oral oleh pendakwah tersebut.
Laporan mengenai makluman awal kes cabul tersebut telah dimuat naik oleh seorang wartawan di Twitter dengan menyatakan tarikh kejadian itu berlaku adalah pada 17 Oktober lalu.
Mangsa dipelawa ke rumah suspek
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal memetik laporan yang dibuat Sinar Harian, mangsa telah dipelawa oleh suspek jam 1 pagi untuk ke rumahnya di Damansara Perdana bagi mengajar ilmu pemasaran perniagaan.
Mangsa berusia 22 tahun itu mendakwa suspek telah mempelawa ke rumahnya di Damansara Perdana di sini pada jam 1 pagi, 17 Oktober lalu.â€Â
“Semasa di rumah suspek, mangsa telah dicabul dan dipaksa melakukan seks oral.â€
– Nik Ezanee Mohd Faisal
Pelajar kolej tempatan itu telah mengalami trauma dan kini mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Suspek Masih Ditahan Berhubung Kes Dakwaan Rogol
Tambah Nik Ezanee lagi, suspek kini masih lagi ditahan reman di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam berkaitan kes rogol yang disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, kontroversi berkenaan pendakwah muda tersebut mulai tular selepas seorang pengguna Twitter memuat naik kisah rakannya yang didakwa dirogol oleh lelaki itu.
Walau bagaimanapun, pendakwah tersebut menafikan hal tersebut sebelum satu laporan polis dibuat dan dia ditahan ketika hadir ke Balai Polis Shah Alam bagi memberi keterangan berkenaan kes itu.