Susulan kejadian di mana lima orang pengunjung mati di Future Music Festival Asia 2014 di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil semalam. Hari ini, pihak polis telah mengarahkan konsert terbesar yang dihadiri oleh peminat muzik seluruh negara itu dibatalkan serta merta pada hari terakhir iaitu pada hari ini. Kepada yang dah beli tiket, sila hubungi penganjur untuk refund. Itu menurut kata polis.
Berdasarkan maklumat yang Budiey terima, jalan untuk masuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil ditutup berikutan pemeriksaan ketat oleh polis. Kesan dari itu, jalan di sekitar stadium menjadi sesak dengan kenderaan.
[pullquote]Menurut sebuah akhbar, tragedi sesak nafas di Future Music Festival Asia 2014 dipercayai ekoran daripada penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine yang keterlaluan. Kalau overdose sangat itulah yang berlaku. Sepatutnya pemeriksaan rapi perlu dibuat sebelum membenarkan semua pengunjung masuk ke tapak konsert.[/pullquote]
Kesan dari itu, polis telah menasihati penganjur Future Music Festival Asia 2014 supaya membatalkannya. Menurut Harian Metro, ini disahkan sendiri oleh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa yang dihubungi mengesahkan kejadian malah memberitahu, lima lagi individu dirawat dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) sekitar jam 1.30 pagi.
Seorang pengunjung konsert telah mati serta merta di lokasi konsert sementara yang lain telah mati dalam perjalanan ke hospotal. Tiga orang meninggal dunia di Universiti Malaya Medical Centre (UMMC). Mereka yang meninggal berumur antara 21 hingga 28 tahun. Sementara empat orang lagi sedang koma dan kritikal.
Dalam kejadian dua hari itu, polis telah menahan 22 orang, tiga orang pelancong dan tujuh orang pengunjung tempatan yang sedang khayal akibat penyalahgunaan dadah.
Semalam, FMFA menyajikan persembahan hebat dan buat julung kalinya, ‘A State of Trance, 650 New Horizons’ datang ke Malaysia dengan menampilkan barisan DJ-DJ seperti Paul Van Dyk, Arrmin Va Buuren, Markus Schulz, Omnia, Andrew Rayel dan ramai lagi.
Hari terakhir iaitu pada hari ini, bakal menyaksikan persembahan hebat artis antarabangsa terkenal seperti Pharrell Williama, Yuna, Naughty Boy, Macklemore & Ryan Lewis dan ramai lagi. Tapi nak buat macamana, konsert dibatalkan. Melepaslah nak jumpa Pharrell William malam ni, tapi nasib baiklah dia ajak lepak kat KLCC. Adeh! (huhu)
Penyanyi antarabangsa, Yuna yang menjadi salah seorang performer yang akan buat persembahan di Future Music Festival Asia 2014 turut melahirkan rasa kecewa menerusi laman Twitter miliknya
Its okay, fans. Maybe next time. 🙁
— Yuna Zarai (@yunamusic) March 15, 2014
Yuna dijadualkan akan menghiburkan peminatnya sekitar jam 6 petang ini. Namun, setelah pembatalan dibuat, nampaknya peminat Yuna terpaksa menggigit jari. Mungkin boleh jumpa Yuna di lain masa, okay?