in

Poh Kong Menobatkan Miss Poh Kong Glamour 2012

POH KONG MENOBATKAN ‘MISS POH KONG GLAMOUR’ 2012

Lima Puluh Lima ratu cantik bersaing merebut gelaran sampingan dalam Pertandingan ‘Miss Tourism International’

[dropcap]R[/dropcap]angkaian kedai barangan kemas terbesar di Malaysia, Poh Kong hari ini menjadi penaja buat kali kesepuluh bagi pertandingan ‘Miss Poh Kong Glamour’, iaitu salah satu gelaran sampingan dalam Pertandingan ‘Miss Tourism International’, yang berlangsung di Queensbay Mall, Pulau Pinang.

Acara tahunan yang berlangsung sebelum kemuncak pertandingan ini dihadiri seramai lima puluh lima peserta dari seluruh dunia bersaing untuk gelaran sampingan ‘Miss Poh Kong Glamour’.

Poh Kong Menobatkan Miss Poh Kong Glamour 2012

[pullquote align=”right”]Pemenang akan turut membawa pulang barang kemas berlian bernilai RM10,000 daripada Poh Kong.[/pullquote]

Kesemua lima puluh lima jelitawan ini berpeluang berjalan di pentas peragaan sambil menggayakan barang kemas dari Poh Kong yang mana ia turut merangkumi jenama antarabangsa seperti Mutiara Schoeffel, LUCA CARATI dan MORAGLIONE 1922, di samping jenama buatan sendiri, iaitu Tranz, Anggun serta barang kemas berlian dan permata.

Para peserta akan diadili berdasarkan kecantikan serta gaya, cara mereka mempersembahkan barangan kemas serta persembahan di atas pentas. Barisan pengadil pada tahun ini terdiri daripada Pengarah Perdagangan Kumpulan Poh Kong, Alice Choon, model terkenal, Amber Chia, pereka fesyen ternama, Randy Goh dan Aden Yong serta Gabriella Robinson dari Malaysia, yang merupakan ‘Miss Tourism International 2011’.

Dato’ Eddie Choon, Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Poh Kong berkata:

“Tahun ini menandakan tahun kesepuluh Poh Kong menjadi penaja kepada pertandingan ‘Miss Tourism International’. Kami sentiasa gembira untuk memberi sokongan kepada pertandingan ratu cantik di mana negara kita menjadi tuan rumah kerana ia memberi peluang kepada dunia untuk mengetahui lebih mendalam tentang kekayaan warisan dan budaya yang kita miliki. Ia juga merupakan suatu penghormatan menyaksikan lima puluh lima jelitawan memperagakan koleksi barang kemas Poh Kong.”

Pada masa yang sama, program ‘A Gift of Love’ yang merupakan acara tahunan kembali untuk tahun ke-2. Penerima sumbangan pada tahun ini adalah Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti. Kanak-kanak daripada rumah kebajikan ini dijemput untuk menulis senarai permintaan mereka untuk Krismas dan kemudian digantungkanpada pohon Krismas sewaktu Poh Kong mengadakan jerayawara di Queensbay Mall, Pulau Pinang yang berlangsung dari 4 Disember sehingga 9 Disember 2012. Sumbangan daripada mereka yang datang membeli-belah serta para pelanggan Poh Kong akan digunakan untuk memenuhi hasrat kanak-kanak ini. Hadiah akan disampaikan kepada kanak-kanak ini oleh para peserta ratu cantik.

Selain itu, setiap seorang daripada delegasi ini juga akan menerima rantai mutiara bermilai RM300 daripada Poh Kong. Lima peserta peringkat akhir ‘Miss Tourism International’ akan bertanding pada majlis yang bakal berlangsung pada 31 Disember 2012 dan mereka akan turut membawa pulang barang kemas berlian dan permata daripada Poh Kong bernilai RM1,500 setiap seorang.

Poh Kong Menobatkan Miss Poh Kong Glamour 2012

Poh Kong Menobatkan Miss Poh Kong Glamour 2012

Mengenai Poh Kong
Diasaskan pada tahun 1976 dan mula tersenarai di Bursa Malaysia Securities Berhad sejak 2004, Poh Kong merupakan rangkaian kedai barangan kemas yang terbesar di Malaysia dengan menepati sasaran rangkaian kedainya yang ke-100 pada tahun 2012. Poh Kong mengenengahkan kedai pelbagai konsep seperti Poh Kong, Poh Kong Gallery, rangkaian kedai yang menjual Berlian & Emas, Diamond Boutique, Jade Gallery, Tranz Boutique serta Oro Bianco. Poh Kong menawarkan pilihan yang meluas, merangkami perhiasan emas, berlian serta batu permata yang telah direka khas oleh sebuah pasukan yang terdiri daripada tukang-tukang dan pereka yang mahir. Jenama yang dihasilkan sendiri oleh Poh Kong termasuklah Tranz, Happy Love, Anggun, The Art of Auspicious, Jongkong Emas Bunga Raya serta banyak lagi yang bakal diilhamkan. Poh Kong juga adalah pemegang lesen Koleksi Disney; pengedar tunggal mutiara mewah jenama Schoeffel dari Jerman, LUCA CARATI & MORAGLIONE 1922 dari Itali, ANGEL DIAMOND, di samping turut menawarkan banyak lagi barangan kemas yang amat indah buatannya dari seluruh dunia. Poh Kong juga pernah memenangi pelbagai anugerah, termasuk Anugerah Jenama yang Dipercayai Reader’s Digest (2011) serta Anugerah Kedai Harga Patut (2010); malah, syarikat juga pernah tersenarai dalam 500 Syarikat Peruncitan Utama di Asia Pasifik (2010).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Surviving End of The World with TGV Cinemas

Gambar Mimpikita Lancar Fesyen Kanak-Kanak Kitakids