in

Poh Kong Cari 12 Pasangan Bercinta Yang Akan Berkahwin

ISYTIHARKAN CINTA ANDA KEPADA DUNIA
Poh Kong mencari dua belas (12) pasangan
dengan penyataan cinta yang paling menyentuh hati!

[dropcap]C[/dropcap]inta bukan sekadar luahan rasa dengan menuturkan tiga perkataan bermakna dari masa ke semasa. Cinta hanya mampu dipertahan menerusi tindakan yang menterjemahkan maksud sebenar sebuah cinta. Setiap hari yang dilewati dipenuhi rutin harian yang tidak pernah berkesudahan.

Justeru itu, kita sering terlupa akan erti cinta yang sebenar dan tambahan pula sebagai orang Asia, kita sering dibelenggu oleh kesukaran untuk meluahkan perasaan cinta.

Make Love Memoirs Announce Your Love to the World

Bersandarkan senario ini, dan bagi mengingatkan orang ramai tentang erti cinta, di samping mencabar mereka untuk menyata dan mengumumkan cinta mereka kepada dunia, Poh Kong, yang merupakan rangkaian kedai barangan kemas yang terbesar di Malaysia telah memulakan kempen yang diberi nama [highlight]Make Love Memoirs ‘Announce Your Love to the World[/highlight]’ (Mencipta Kenangan Cinta “Isytiharkan Cinta Anda kepada Dunia”) bermula dari Oktober sehingga Disember 2012.

[pullquote align=”right”]Misi Poh Kong adalah untuk mencari dua belas (12) pasangan yang dapat meluahkan ungkapan cinta yang asli serta paling menyentuh perasaan.[/pullquote]

Dua belas (12) pasangan ini akan berpeluang membuat lamaran di atas belon udara panas di hadapan mereka yang tersayang pada 12.12.12, iaitu tarikh di mana kesemua digit akhirnya adalah sama bagi abad ini.

Mereka juga boleh memenangi sejumlah hadiah bernilai RM100,000 yang merangkumi sebentuk cincin berlian dari Poh Kong, pakej fotografi eksklusif daripada Touch & Tom Wedding Group, berserta penginapan 2 hari 1 malam untuk dua orang di Premier Travelers Palm Villa dari Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa. Malah, pasangan dengan bilangan pengisytiharan cinta yang tertinggi akan memenangi Hadiah Bonus. Dan lebih menarik lagi, pasangan yang membuat lamaran terbaik pada 12.12.12 akan turut memenangi Hadiah Misteri.

“Kami tahu bahawa cinta dan barang kemas saling berkaitan dan kami amat teruja untuk menawarkan kepada pasangan kekasih di Malaysia peluang untuk meluahkan cinta mereka bersama dengan Poh Kong. Asmara dan percintaan harus menciptakan kenangan abadi dan bukan sekadar dirasai. Menerusi kempen ini, kami berharap pasangan yang bercinta dapat mencipta kenangan yang dapat diabadikan selamanya,” jelas Puan Elizabeth Choon, Pengurus Pemasaran Poh Kong.

Untuk menjadi salah satu daripada dua belas (12) pemenang, anda perlu melakukan yang berikut: Anda hanya perlu “Like” laman FaceBook kami, “Make Love Memoirs”. Klik pada aplikasi “Announce Your Love to the World”. Lengkapkan butiran dalam borang penyertaan dan sertakan gambar anda bersama pasangan dan juga ungkapan cinta anda sama ada dalam bahasa Inggeris, Melayu atau Cina. Akhir sekali, ‘kongsikan’ penyataan cinta anda dengan keluarga serta sahabat handai. Semudah itu!

Peraduan bermula pada 20hb Oktober 2012 dan akan berlangsung sehingga 25hb November 2012.

Para pemenang akan dihubungi pada penghujung bulan November bagi menyediakan lamaran anda pada tarikh 12.12.12. Anda hanya perlu “like” kami di Facebook.com/MakeLoveMemoirs dan bertindaklah sekarang untuk menjadi sebahagian daripada 12 pemenang bertuah!

Mengenai Poh Kong
Diasaskan pada tahun 1976 dan mula tersenarai di Bursa Malaysia Securities Berhad sejak 2004, Poh Kong merupakan rangkaian kedai barangan kemas yang terbesar di Malaysia dengan menepati sasaran rangkaian kedai yang ke-100 pada tahun 2012. Poh Kong mengenengahkan kedai pelbagai konsep seperti Poh Kong, Poh Kong Gallery, rangkaian kedai yang menjual Berlian & Emas, Diamond Boutique, Jade Gallery, Tranz Boutique serta Oro Bianco. Poh Kong menawarkan pilihan yang meluas, merangkami perhiasan emas, berlian serta batu permata yang telah direka khas oleh sebuah pasukan yang terdiri daripada tukang-tukang dan pereka yang mahir. Jenama yang dihasilkan sendiri oleh Poh Kong termasuklah Tranz, Happy Love, Anggun, The Art of Auspicious, Jongkong Emas Bunga Raya serta banyak lagi yang bakal diilhamkan. Poh Kong juga adalah pemegang lesen Koleksi Disney; pengedar tunggal mutiara mewah jenama Schoeffel dari Jerman, LUCA CARATI & MORAGLIONE 1922 dari Itali, ANGEL DIAMOND dari Belgium, di samping turut menawarkan banyak lagi barangan kemas yang amat indah buatannya dari seluruh dunia. Poh Kong juga pernah memenangi pelbagai anugerah, termasuk Anugerah Jenama yang Dipercayai Reader’s Digest (2011) serta Anugerah Kedai Harga Patut (2010); malah, syarikat juga pernah tersenarai dalam 500 Syarikat Peruncitan Utama di Asia Pasifik (2010).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Malam Seni & Puisi Islami Numera

AirAsia Cafe Silent Teddies Bakery