Menyedari betapa pentingnya peluang yang boleh dimanfaatkan serta dikongsi bersama, seorang anak muda kelahiran Kedah, Nas Iffat Mohd. Salleh, 32, bangkit mengasaskan platform e-dagang, Ordersini sebelum pandemik belum muncul lagi.
Diasaskan secara rasmi pada tahun 2016, Nas Iffat komited menjadikan Ordersini sebagai pilihan utama peniaga konvensional yang mahukan transformasi digital terhadap perusahaan mereka.
Saban tahun, platform yang disediakan secara percuma ini dilihat terus berkembang pesat. Sehingga kini terdapat lebih 3,700 kedai atau peniaga yang aktif di platform berkenaan selain menampilkan lebih 40,000 produk serta pengguna yang sudah mencecah lebih 300,000.
Malah, Ordersini juga sebagai pilihan peniaga konvensional yang mahukan transformasi digital terhadap perusahaan mereka, malah platform ‘mesra’ pengguna itu mudah dengan peniaga hanya mendaftar, bina laman kedai seterusnya sudah boleh digunakan.
Budiey sempat menemubual secara dalam talian bersama pengasas platform Ordersini iaitu Nas Iffat baru-baru ini, beliau menceritakan bagaimana cetusan idea ini bermula.
Bermula sebagai seorang pendidik yang sebelum ini mengajar di kawasan pedalaman Sabah. Semasa zaman belajar, beliau telah mula aktif dalam pelbagai bisnes dan mempunyai minat mendalam dalam arena perniagaan.
Dari situ, beliau memulakan sistem untuk memulakan perniagaan. Namun, beliau terpaksa buat sistem sendiri iaitu OrderSini untuk memuaskan hati sendiri.
Menurut Iffat, Ordersini sebenarnya dibina oleh seorang rakan pemaju. Beliau kemudiannya mengambil alih dan membangunkan sistem ini disebabkan fungsi yang di perlukan.
“Kita juga sentiasa berusaha menaik taraf dan menambah fungsi baharu setiap hari bagi memastikan pengguna dapat menjana jualan memberangsangkan. Platform ini juga akan dilengkapi dengan sistem pemasaran lebih unik, mesra pengguna dan canggih.
“Antaranya bagi tahun 2022 ini, kita akan mewujudkan ekosistem lebih besar iaitu ‘home storage’ di mana peniaga boleh menyimpan produk mereka di platform berkenaan tanpa dikenakan secara caj,”
– Nas Iffat Mohd. Salleh
Pendek kata, platform Ordersini dicipta untuk beginners atau pemula yang mahu setup kedai secara cepat dan berkesan. Ianya bertujuan bagi memudahkan penggunaan terutamanya bagi peniaga yang menghadapi kesukaran menjalankan perniagaan ketika perlu beralih kepada digital.
Sistem ini bertujuan bagi memudahkan penggunaan terutamanya bagi peniaga yang menghadapi kesukaran Ketika menjalankan perniagaan secara online ketikamana perlu beralih kepada digital.
Ordersini dijangka mampu membuka langkah dan menembusi pasaran negara jiran seperti Singapura, Brunei dan Indonesia. Malah Dalam dua tahun ini sahaja, Ordersini menerima jumlah pengguna dan permintaan tinggi untuk menggunakan sistem yang dibangunkan.
Kini Order sini sedang dalam usaha menaik taraf dan menambah fungsi baharu setiap hari untuk memastikan pengguna dapat menjana jualan memberangsangkan. Platform ini juga akan dilengkapi dengan sistem pemasaran lebih unik, mesra pengguna dan canggih.
Lebih membanggakan, tahun ini Ordersini melakar sejarah tersendiri apabila menjadi rakan penyedia program Micro Connector SME Corporation Malaysia yang memberi peluang kepada usahawan melakukan transformasi digital ketika musim pandemik.
Terbaharu, OS Startup Sdn Bhd yakin menerusi platform e-dagangnya, ordersini.com dapat membantu lebih 10,000 usahawan memiliki kedai dalam talian menjelang tahun depan di bawah pakej percuma.
Salah satu kedai dalam ordersini iaitu DoctorKayu yang menjual jam dinding di mana salah satu penjual yang telah terbukti berjaya setelah menggunakan platform e-dagang Ordersini.
Untuk tahun 2022, ekosistem lebih besar dengan menggunakan home storage yang mana produk disimpan dalam store. Tiada caj yang dikenakan untuk barang yang diletak.
Cuma barang yang dihantar kepada pelanggan, kurier akan dicaj pada harga sama, cuma caj pembungkusan dengan harga RM2 sahaja. Ini akan memudahkan seller kerana menjimatkan masa.
– Nas Iffat Mohd. Salleh
Semasa PKP, ramai pesaing baru yang mengusahakan platform e-dagang telah mengambil alih perhatian semasa. Apabila pesaing bertambah, pihak Ordesini terpaksa bekerja lebih giat untuk memastikan penggunaan Ordersini lebih mendapat perhatian dan diterima oleh ramai pengguna.
Untuk informasi selanjutnya, anda boleh layari: https://ordersini.com