in , ,

Platform Fesyen Sopan MODANISA Perkenalkan Selendang Yang Diinspirasikan dari Malaysia

Dari Istanbul, untuk Malaysia, dengan Muhibah! Platform fesyen sopan Modanisa memperkenalkan selendang yang diinspirasikan dari Malaysia!

Modanisa, sebuah jenama yang unggul dalam fesyen sopan global telah memperkenalkan rekaan selendang eksklusif yang diinspirasikan dari Malaysia untuk memperingati pelancarannya di sini sejak hampir setahun lalu. Direka oleh pereka Modanisa dan dihasilkan di Istanbul, selendang yang direka cipta khas ini menampilkan kehebatan dan daya tarikan Malaysia dengan menggabungkan elemen semula jadi, tradisional dan moden yang terdapat di negara kita. 

Rekaan selendang yang berona terang ini menampilkan corak cetakan pokok palma tropika, bunga raya – bunga kebangsaan Malaysia dan latar langit Kuala Lumpur yang ikonik, dengan sentuhan batik; semuanya disatukan dengan sempurna untuk mengabadikan inti pati Malaysia di atas sehelai kain berkualiti tinggi dan selembut sutera berukuran 130cm X 130cm. 

Platform Fesyen Sopan Modanisa Perkenalkan Selendang Yang Diinspirasikan dari Malaysia

“Sejak kemunculan Modanisa buat julung kali di pasaran Malaysia November lalu, kami telah menerima sambutan yang memberangsangkan daripada para penggemar fesyen sopan di negara ini. Selendang yang bakal dipasarkan ke semua pasaran global Modanisa ini dicipta sebagai tanda penghargaan kami diatas sokongan dan dorongan yang telah kami terima. Rekaan selendang ini memberi penghargaan kepada warisan budaya dan alam semula jadi Malaysia yang kaya, dan juga untuk menzahirkan perasaan kasih mesra kepada negara ini dalam semangat perpaduan – dari Istanbul, dengan muhibah,” kata Havva Kahraman, Pengarah Bersekutu Fesyen dan Komuniti Modanisa. 

Bersamaan dengan sambutan Merdeka dan Hari Malaysia, inilah masa yang paling afdal untuk mempamerkan rasa cinta kita semua kepada negara kita (dan diri sendiri) dengan aksesori fesyen tanda kenang-kenangan yang dijual dengan harga RM33.54 (USD$7.99) di laman sesawang rasmi Modanisa. Selendang yang anggun ini juga boleh dijadikan hadiah, sebagai tanda saling harga-menghargai sesama kita dan berkongsi perasaan cinta kepada tanah air kita. 

Sejak penubuhannya di Istanbul pada tahun 2011, Modanisa telah dimulakan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dari wanita yang gemarkan fesyen sopan dari serata dunia uyang ingin mendapatkan busana yang sesuai dengan gaya hidup mereka. Hari ini, Modanisa memberi perkhidmatannya kepada para pelanggan di 140 negara. Platform ini telah mencapai 16 juta kunjungan bulanan dari serata dunia melalui platform aplikasi mudah alih dan juga komputer meja, yang tersedia dalam enam bahasa. 

Platform Fesyen Sopan Modanisa Perkenalkan Selendang Yang Diinspirasikan dari Malaysia

Dengan penampilan 500 jenama dan label serta merangkumi lebih 75,000 produk, Modanisa menghantar ribuan produk yang terdiri daripada trend terkini dalam fesyen sopan, aksesori, hijab, pakaian sukan, pakaian renang, pakaian bersaiz besar serta produk kosmetik ke pasaran antarabangsa.

Sejak kemunculannya buat julung kali di Malaysia pada November lalu, Modanisa telah menjadi semakin popular dalam kalangan wanita Malaysia oleh kerana busananya yang mampu milik dan bergaya. 

Untuk mendapatkan maklumat tentang tawaran terkini dan kempen jualan, sila layari https://www.modanisa.com atau muat turun aplikasi Modanisa dari Google Play Store atau Apple App Store bagi mendapatkan busana sopan yang bersesuaian dengan gaya hidup moden masa kini.

Platform Fesyen Sopan Modanisa Perkenalkan Selendang Yang Diinspirasikan dari Malaysia

About Modanisa.com

Founded in 2011 and rapidly evolving pioneers of the industry, Modanisa.com, is Turkey’s first international e-commerce platform and online global modest fashion company. With the goal of making Turkey the modest fashion capital of the world, Modanisa.com launched the Modest Fashion Week concept, which made its debut in Istanbul in 2016. Modanisa was deemed worthy of receiving the “E-commerce and Digital Experience” award by the International Business Excellence Award, as well as the Islamic Economy Award given by the UAE. Reaching 20 million visitors per month from all over the world and shipping to customers to almost 140 countries, Modanisa.com, sells 75,000 products from 850 brands and designers, most of them from Turkey, to the world. From casual wear to evening attire, athleisure styles to swimwear and accessories, 5 continents 6 languages: Turkish, English, Arabic, French, Bahasa and German. Modanisa.com, has been Turkey’s e-export champion for 3 consecutive years.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Firdaus Wong Dedah Perbualan Lucah Didakwa Milik Ebit Lew?

Alif Satar, Daiyan Trisha & Dini Schatzmann Teruja Menggunakan Siri Galaxy Z 5G, Ini Kata Mereka