Pizza Hut Malaysia (“Pizza Hut”), rangkaian piza No. 1 di Malaysia terus menerajui inovasi dengan memperkenalkan cara terbaru untuk menikmati piza, kali ini menerusi “The Singing Pizza”. Penggemar piza boleh menikmati pengalaman unik ini daripada Pizza Hut mulai sekarang hingga ke Disember.
Bukan hanya sekadar piza, Pizza Hut mahu meningkatkan pengalaman rakyat Malaysia secara keseluruhannya dengan menyelitkan hiburan berteknologi tinggi ke dalam setiap hidangan. “The Singing Pizza” bakal mengubah cara rakyat Malaysia menikmati piza melalui penggunaan kotak piza berinovasi yang turut bertindak sebagai kotak muzik, membuatkan para pelanggan kagum dan terpesona dengan pengalaman menikmati piza yang lebih mengasyikkan.
Pengarah Eksekutif – CEO Restoran QSR Brands Holdings (M) Bhd, Merrill Pereyra berkata, “Strategi kami di Malaysia adalah untuk mengutamakan para pelanggan kami dengan memudahkan dan memberi pengalaman citarasa piza yang lebih baik menerusi inovasi berasaskan digital. Hari ini, dengan teknologi digital sekali lagi, kami mahu memedatkanpengalaman rakyat Malaysia untuk menyampai pengalaman yang lebih bermakna menerusi kempen berinovasi ini.
Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Jean Ler menambah, “Pengalaman Pizza Hut ini adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengecapi hidup yang lebih bermakna dan penuh semangat. Muzik merupakan sebahagian besar daripada budaya rakyat Malaysia, oleh itu melalui “The Singing Pizza”, kami menggabungkan dua budaya rakyat yang disayangi iaitu makanan dan muzik, menjadi satu pengalaman yang serba baharu. Kita perlu mengutamakan budaya berkenaan agar kita dapat menyatukan dan memberi inspirasi kepada semua rakyat Malaysia di dalam erti kata yang sebenar.”
Pengalaman terbaru ini menghubungkan dua bahagian budaya Malaysia yang sering diperkatakan iaitu muzik dan makanan. Pizza Hut telah bekerjasama dengan Universal Music Malaysia bagi memberikan rakyat Malaysia suatu pengalaman yang serba baharu.
Pengarah Eksekutif – Restoran QSR Brands Holdings (M) Bhd, Merrill Pereyra berkata, “Ini merupakan kerjasama yang pertama di dalam industri di antara dua jenama terkemuka yang sama-sama mengejar inovasi di dalam industri masing-masing. Melalui kerjasama ini, Pizza Hut dan Universal Music Malaysia membolehkan rakyat Malaysia untuk menikmati yang terbaik daripada kedua-dua industri berkenaan dan menikmati hidup yang lebih baik menerusi kombinasi unik ini. Ianya merupakan situasi menang-menang untuk kedua-dua jenama kerana kerjasama ini membolehkan kami mendapat akses kepada pangkalan pelanggan masing-masing dan menawarkan sesuatu yang istimewa,” tambah beliau.
“Kami berasa amat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan jenama terkenal seperti Pizza Hut yang sentiasa mencuba sesuatu yang baru dan inisiatif seperti “The Singing Pizza” serta menjadi contoh yang terbaik untuk itu,” kata Pengarah Urusan Universal Music Malaysia/Singapore/Indo-China, Kenny Ong.
Nur Fazura Sharifuddin berkata: “Saya dan Fattah amat teruja dan berbangga kerana menjadi artis pertama di Malaysia untuk melancarkan trek terbaru kami ‘Paling Sempurna’ melalui platform “The Singing Pizza” yang unik ini. Berapa saja artis yang berpeluang untuk menyampaikan dan mendendangkan lagu kepada para peminat mereka melalui kotak piza?”
“The Singing Pizza” menjadikan kotak piza biasa sebagai sebuah kotak muzik yang memainkan lagu daripada senarai lagu eksklusif dan didatangkan dengan pelbagai reka bentuk yang menarik! Senarai lagu “The Singing Pizza” terdiri daripada 200 lagu-lagu yang akan di kemaskini setiap dua minggu, termasuk lagu-lagu di dalam trend dan trek eksklusif yang belum lagi dilancarkan, oleh artis-artis terkemuka tempatan seperti Fattah Amin, Fazura, Alvin Chong, Zaim, Shalma dan Aman Ra.
Para pelanggan Pizza Hut boleh merasai sendiri pengalaman “The Singing Pizza” menerusi https://www.pizzahut.com.my/the-singing-pizza, panggil 1-300-88-2525 untuk penghantaran atau kunjungi restoran Pizza Hut yang berdekatan. “The Singing Pizza” boleh didapati dalam bentuk:
- Kotak Piza: Kotak piza berkenaan disertakan dengan satu kod QR istimewa untuk diimbas oleh para pelanggan dan memainkan muzik eksklusif melalui telefon mudah alih setiap kali mereka membuat pesanan untuk bawa pulang atau penghantaran.
- Menu Muzik: Satu kod QR khas istimewa akan diletakkan di restoran Pizza Hut bagi membolehkan pelanggan yang makan di restoran menyimbas dan memainkan senarai lagu eksklusif sambil menikmati hidangan piza di situ.
Bukan setakat itu sahaja, tapi untuk menghangatkan lagi kempen berkenaan, para pelanggan juga berpeluang untuk menemui Shawn Mendes secara langsung dengan membuat pembelian “The Singing Pizza” di samping menerima baucar-baucar* piza menarik!
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai “The Singing Pizza” daripada Pizza Hut, sila layari https://www.pizzahut.com.my/the-singing-pizza.
*tertakluk kepada terma dan syarat