in ,

Pixy Memperkenalkan Siri Pembersih Mekap Semudah Satu Langkah

Bersolek sudah menjadi rutin harian ramai wanita yang menjadikannya antara usaha menampakkan imej rapi. Tetapi, ramai juga yang berasa leceh bila tiba masa menanggalkan solekan, lebih-lebih lagi setelah penat sehari bekerja ataupun ketika pulang lewat malam.

PIXY, jenama yang sudah sinonim dengan bedak “Two-Way-Cake” yang amat didambakan oleh para jurusolek dan pengguna di Malaysia untuk kualitinya, kini memperkenalkan Siri Pembersih Mekap PIXY semudah satu langkah dan sesuai untuk semua jenis kulit. Siri Pembersih Mekap PIXY merangkumi dua rangkaian, iaitu PIXY Gentle & Moist Cleansing Lotion dan PIXY Single Step Liquid Foam For Makeup yang kedua-duanya menggabungkan keberkesanan penanggal solekan dan pembersih muka dalam satu langkah dan mudah diguna. Siri Pembersih Mekap PIXY diformulasi khas untuk menanggalkan solekan dengan efektif dan sekali gus membersih serta melembapkan kulit tanpa meninggalkan rasa berminyak atau melekit.

Bagi wanita sibuk yang perlu menanggalkan solekan dengan pantas, PIXY Gentle & Moist Cleansing Lotion amat sesuai untuk memenuhi keperluan gaya hidup mereka. Formula lembut pada kulit ini menanggalkan solekan harian tanpa bilasan. Ia padan sekali dengan wanita aktif yang perlu menanggalkan solekan selepas hari yang panjang di tempat kerja atau sebelum sesi gim.

PIXY Single Step Liquid Foam For Makeup adalah gabungan penanggal solekan dan pembersih muka dalam satu langkah dengan formulasi berbuih yang mudah dibilas. Ia menanggalkan solekan dan kotoran pada wajah tanpa langkah rumit serta meninggalkan rasa segar pada kulit selepas penggunaan.

• Berasaskan formulasi Jepun, PIXY memperkenalkan Siri Pembersih Mekap PIXY semudah satu langkah untuk semua jenis kulit
• Madu asli, ramuan utama dalam Siri Pembersih Mekap PIXY membantu mengekalkan kelembapan kulit
• Siri Pembersih Mekap PIXY diuji secara klinikal, bebas alkohol, bebas minyak dan lembut pada kulit wajah
• PIXY memancarkan keayuan sejati Asia daripada kulit yang sihat, cerah dan bersih

Berasaskan formulasi Jepun yang telah diuji secara klinikal dan dihasilkan di bawah kawalan kualiti yang amat ketat, Siri Pembersih Mekap PIXY tidak mengeringkan kulit. Sebaliknya, ia melembapkan kulit wajah selepas digunakan kerana ia bebas alkohol dan menggunakan madu asli sebagai ramuan utama.

Sifat pelembap semula jadi madu menjadikan ia bahan sempurna kerana ia menghalang pengeringan dan mengekalkan kesegaran kulit, menjadikan kulit lembut dan berseri. Kebaikan madu telah diketahui, jadi tidak hairanlah jika Siri Pembersih Mekap PIXY baharu ini amat lembut pada kulit, mengekalkan kelembapan dan sesuai digunakan berulang kali tanpa mengeringkan kulit.

Hanya dengan satu langkah, Siri Pembersih Mekap PIXY menanggalkan solekan dan membersih muka secara mudah dan berkesan. Dan yang paling menarik, wajah tidak berasa berminyak atau tegang selepas penggunaan.

Sebagai penyelesaian menanggalkan solekan yang juga bertindak sebagai pembersih muka yang mudah, Siri Pembersih Mekap PIXY amat menyegarkan dan ideal dibawa bersama dalam beg tangan ke mana jua. Boleh didapati di kedai-kedai runcit moden utama, rangkaian farmasi dan hipermarket berhampiran anda, Siri Pembersih Mekap PIXY dijual pada harga RM7.90 untuk 50ml dan RM13.90 untuk 100ml.

PIXY adalah jenama kosmetik keluaran Mandom Corporation, yang juga mengeluarkan produk berjenama Gatsby, Lucido-L, Pucelle dan jenama Lovillea. Maklumat lanjut mengenai Siri Pembersih Mekap PIXY boleh didapati di laman web www.pixy.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lana Nordin Nafi Guna Ilmu Hitam Pikat Johan As’ari

Songs For The Philippines Launched Globally