in

Pilihan Program Malam Raya di RTM

Ada yang mengemas, ada yang memasak tak kurang juga yang memanfaatkan masa bersama-sama yang tersayang berbual-bual sambil menonton program televisyen. Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi tiga saluran TV iaitu TV1, TV2 dan TV OKey menyediakan pilihan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyaksikan program pilihan sesuai dengan citarasa dan kehendak masing-masing. 

Pilihan di TV1 menyiarkan ‘Siaran Langsung Gema Takbir Raya’ disiarkan malam raya, pukul 9.00 malam meraikan bahang Aidilfitri. Program bual bicara santai ini menjemput Ustaz Haryanto Rizal Rokman dan Ustaz Gazali Ibrahim mengetengahkan unsur-unsur kerohanian yang menekankan membincangkan mengenai pengalaman Ramadan yang baru saja berlalu, di ambang Syawal dan indahnya Syawal.

Nabila, Hael dan Sarah dalam Betul-Betul Raya di TV2

Menariknya rancangan yang bersiaran dari Masjid Raja Haji, Cyberjaya ini menjemput artis undangan, Kumpulan Far East memeriahkan lagi suasana. 

Malam raya di TV2 pula berhibur dengan program ‘Betul-Betul Raya 2019’ terbitan Unit Hiburan RTM mulai pukul 8.30 malam.  

Program dua jam yang berkonsepkan ‘mood’ Hari Raya ini menampilkan barisan artis terkenal yang sedang mencipta nama seperti Hael Husaini, Sarah Suhairi, Nabila Razali, Floor 88, Naim Daniel, Rahimah Rahim dan Hafiz BRTM. Mereka akan sama-sama mengambil tempat menghiburkan penonton dengan lagu raya dan popular mereka.

Telefilem eksklusif di TV Okey menyusul dengan tajuk ‘Cinta Praktikal’ pada 4 Jun ini, pukul 8.00 malam menampilkan lakonan mantap Nad Zainal, Jasper Supayah, Shah Jaszle dan Aidit Noh.

Kisahnya tentang Kartini merupakan seorang wanita yang berkerjaya bergelut untuk mencari pilihan bakal suami oleh sebab usianya sudah lanjut. Malahan menjadi tekanan kepada Kartini kerana ibunya sendiri akan mencarikan jodoh untuk anaknya sekiranya masih tiada calon pilihan. 

Mila sahabat Kartini, menemui Amri yang merupakan sahabat baik mereka sewaktu belajar di universiti. Amri merupakan seorang lelaki yang berwatakkan romantis dan kemas dan ini membuat Kartini mula jatuh cinta. 

Dalam masa yang sama, Nuar merupakan pemilik rumah yang disewakan oleh Kartini selalu hadir ke rumah Kartini untuk membaiki apa jua kerosakan. Tetapi, Kartini tidak mengendahkan kata-kata dan tingkah laku Nuar kerana ia agak menjengkelkan. 

Nuar mula berasa kecil hati apabila Kartini menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan Amri dan akan pindah keluar setelah berkahwin. Namun, ia tidak menjadi kenyataan apabila Amri menipu dengan melenyapkan wang permulaan perniagaan yang diberi oleh Kartini.

Ini ditambah pula dengan penemuan Amri yang sudah pun berkeluarga oleh Nuar. Tembelang Amri ini membuat Kartini marah dan kecewa. Akhirnya, Nuar menyatakan isi hatinya yang sebenar kepada Kartini. Namun adakah Kartini dapat menerima kehadiran Nuar sebagai bakal suaminya?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Menarik dalam Drama ATIN, ATAN & MAK CUN

Tutup Kisah Lama, PU Riz Buka Restoran Food Station