Gambar ini Budiey ambil semasa tiba di muka depan pintu masuk Galeri Royal Selangor yang terletak di 3A River Valley Road, Clarke Quay, Singapore. Kat sini, Budiey sempat masuk kursus ketuk mengetuk. Punyalah sakit bahu, lama tak mengetuk. Memang best sebab kita diajar bagaimana nak membentuk mangkuk yang diperbuat daripada pewter. Kalau lulus, kita akan diberi sekeping sijil. Nak cuba? Korang kena datang secara berkumpulan. Jangan lupa buat senaman dulu sebelum mengetuk tu. 🙂