Diam-diam ubi berisi, diam Liza Hanim rupanya perutnya dah pun berisi. Selepas tamat pementasan P Ramlee The Musical musim kedua, wajah penyanyi yang cukup sinonim dengan lagu Getaran Cinta Di Jiwa ini jarang ditemui sehingga Liza muncul dalam My Starz LG sebagai pengkritik.
Hamil anak kedua… tahniah buat Liza Hanim. Elok jugak tu, anak sulung Liza, Marsya Qistina pun dah membesar, jadi inilah masanya nak buat anak lagi… Pandai Liza dan suami, Mohd Shahrin Mohd Samsudin meramaikan ahli keluarga. Jangan tak tahu dalam pada mengandung itu, Liza masih berhasrat untuk aktif sebagai anak seni. Malah, sempat dia bertanya kepada teman baiknya, Chedd kalau ada peluang untuk beraksi lagi di pentas teater.
Bukan sesuatu yang mengejutkan kerana selesai pementasan P.Ramlee dulu, Liza sering meluahkan hasratnya untuk kembali beraksi. Berlakon pentas ini memang tak akan puas dan mungkin kerana itu dia sentiasa mahukan cabaran baru. Apa pun tahniah sekali lagi kepada Liza dan suami.
Gambar ini diambil ketika Liza jadi pengkritik di My Starz LG Ahad lalu.