Jika Budiey tak sabar nak menonton konsert live pertama CNBLUE ni, apatah lagi peminat setia mereka yang dikenali sebagai BOICE. Mesti ramai yang teruja dan tak sabar nak melihat persembahan rock star CNBLUE. Budiey nak ucapkan terima kasih kepada Samsung yang sudi menjemput Budiey untuk bertemu dengan CNBLUE secara eksklusif untuk sesi temubual. Bukan itu sahaja, Budiey juga berpeluang untuk melihat secara dekat persembahan di konsert CNBLUE yang dijadualkan esok (Sabtu) jam 8 malam di Stadium Negara, Kuala Lumpur.
Sebelum tiba di Hotel Grand Hyatt yang menjadi lokasi sidang media petang tadi, Budiey difahamkan CNBLUE telah mengunjungi Samsung Experience Store di The Gardens Mall, Mid Valley untuk bertemu dengan pengguna Smasung S4 yang bertuah.
Di sana, mereka telah buat cabutan bertuah untuk semua yang telah membeli Samsung Galaxy S4 di mana mereka dapat berjumpa dan bergambar dengan CNBLUE secara eksklusif.
Antara gambar CNBLUE yang sempat Budiey ambil di Sidang Media petang tadi.