in ,

Petronas Primax 97 Baharu Euro 4M Kini Lebih Gempak

Pada 19 Ogos lalu, Budiey telah dijemput untuk menghadiri Pelancaran PETRONAS PRIMAX 97 dengan Advanced Energy Formula yang kini telah dirumus khas untuk pecutan yang unggul. Terima kasih banyak PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) kerana sudi menjemput Budiey.com. Terasa sangat nak mencuba petrol terkini yang lebih power dari Petronas sebab apa yang Budiey suka ialah rumusan kali ini mengurangkan geseran silinder. Apabila kurang geseran ia menjadi pemanduan kita lebih ‘berdesum’ lancar!

Pelancaran Petronas Primax 97 Baharu

Bukan apa, bahan api RON 97 baharu ini dikatakan menepati spesifikasi Euro 4M dan telah dilancarkan lebih awal dari tarikh yang ditetapkan pada 1 September 2015. Kalau korang guna, pastinya sangat puas hati sebab mutunya dipertingkatkan. Yang pastinya, acara pelancaran pada petang itu, sangat meriah betul Budiey tengok sebab lokasi Stesen Petronas Technology Park, Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban memang dipenuhi oleh para jemputan dan media yang datang dengan wajah dan rasa teruja.

Majlis ini dilancarkan oleh YB Dato’ Hamzah Zainudin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kooperasi dan Kepenggunaan, di Stesen PETRONAS Technology Park Malaysia dan disaksikan oleh Md Arif Mahmood, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif, Perniagaan Hiliran, PETRONAS.

Untuk info pembaca, kandungan bahan api Euro 4M mempunyai tahap sulfur, benzena dan Reid Vapour Pressure (RVP) yang lebih rendah, menjadikannya sebagai bahan api yang lebih mesra alam kerana hasil pelepasan dan pencemar yang lebih rendah berbanding dengan bahan api Euro 2M RON 97 sebelum ini. Dengan spesifikasi Euro 4M, pengurangan kandungan sulfur juga akan melindungi sistem pelepasan ekzos kenderaan.

Petronas

“Hari ini, kami bukan sahaja memperkenalkan produk bahan api yang menepati keperluan yang diwartakan. Malah, dengan ‘PETRONAS PRIMAX 97 with improved Advanced Energy Formula’ yang ditambahbaik, pemandu-pemandu dapat menikmati pecutan unggul dan seterusnya merasaipemanduan yang lebih baik,” kata Ibrahimnuddin Yunus, Pengarah Pengurusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, PDB.

Jadi, pembaca semua sudah tentu nak tahu apakah pembaharuan untuk petrol kali ini, kan?

Petronas

Kalau anda nak tahu, ‘PETRONAS PRIMAX 97 with improved Advanced Energy Formula’ baharu memberikan pecutan unggul dengan tiga ciri-ciri penting berikut:

1. Pemanduan lebih lancar menerusi rumusan baharu petama di dunia: Rumusan baharu mengurangkan geseran pada dinding silinder dan memulihkan ciri-ciri pelinciran minyak enjin untuk menghasilkan pecutan yang lebih lancar.

2. Melindungi enjin dengan bahan api rendah sulfur pertama negara: Di samping kandungan sulfur yang lebih rendah yang mendatangkan kebaikan kepada teknologi pelepasan ekzos kenderaan, formula baharu ini turut memberikan perlindungan kepada sistem penyuntik bahan api enjin untuk jangka masa panjang.

3. Memberikan pembakaran bahan api lebih baik menggunakan teknologi yang membawa kemenangan di litar lumba: Komponen bahan api yang dihasilkan oleh loji penapisan minyak PETRONAS bertaraf dunia telah dirumuskan dan dibangunkan secara optimum melalui pembakaran bahan api yang lebih baik membolehkan pemandu merasai perjalanan yang lebih panjang dan lancer dengan setiap tangki yang diisi dengan ‘PETRONAS PRIMAX 97 with improved Advanced Energy Formula’ baharu.

Teknologi unggul bahan api PETRONAS telah memacu Pasukan MERCEDES AMG PETRONAS Formula One untuk memenangi Formula One Constructors Championship 2014 dan pada ketika ini mendahului World Championshipbagi tahun ini.

“Kejayaan pasukan kami didorong oleh PETRONAS PRIMAX. Sebagai Perunding Prestasi Teknikal PETRONAS PRIMAX, saya amat berbesar hati kerana dapat berkongsi formula kemenangan ini dengan pemandu-pemandu Malaysia,” kata Lewis Hamilton, pemandu Pasukan MERCEDES AMG PETRONAS Formula One.

Dengan ‘PETRONAS PRIMAX 97 with improved Advanced Energy Formula’ baharu, teknologi ini diterjemah dari litar Formula One ke jalan raya untuk pemandu-pemandu mengalami pecutan unggul.

Petronas

Sebagai tunggak industri yang mempunyai produk-produk berinovasi, PDB menetapkan piawaian yang tinggi dengan menjadi Syarikat pertama di Malaysia yang memperkenalkan petrol tanpa plumbum pada bulan Ogos tahun 1990.

Pada Mei 2009, PDB mengekalkan posisinya sebagai Syarikat pertama dalam memperkenalkan bahan api RON 95 sebelum tarikh implementasi rasmi yang ditetapkan oleh Kerajaan. PDB juga telah menerima anugerah Gold Award daripada Putra Brand Awards untuk kategori Bahan Api dan Minyak Pelincir untuk lima tahun berturut-turut selaras dengan komitmen PDB dalam menghasilkan bahan api otomotif yang terunggul untuk rakyat Malaysia.

Petronas Primax 97 baharu dengan spesifikasi Euro 4M ini diproses dan dihasilkan sepenuhnya di dalam negara iaitu di loji Petronas yang terletak di Kerteh dan Melaka.

Menurut Pengarah Pengurusan dan CEO PDB, Ibrahimnuddin Yunus, “Pelancaran Petronas Primax 97 dengan spesifikasi Euro 4M ini, bukan sahaja mampu menghasilkan pecutan yang lebih memberangsangkan. Bahkan para pemandu dapat merasai pemanduan yang lebih baik.” Ikuti @ibrahimnuddin di Twitter!

Buat masa ini, harga yang ditawarkan untuk Petronas Primax 97 baharu dengan spesifikasi Euro 4M ini ialah RM2.45 setiap liter termasuk GST (sewaktu blog ini ditulis) iaitu sama seperti Euro 2M RON 97 sebelum ini. Lebih dari 500 buah stesen Petronas telah mula menjual bahan api ini, termasuk Sabah dan Sarawak.

Nak cari lokasi Stesen PETRONAS yang terdapat PETRONAS Primax 97 baharu ini? Anda semua boleh layari http://www.mymesra.com.my/petrol-station-locator.aspx atau muat turun aplikasi telefon pintar PETRONAS Pitstop untuk android dan iOS.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh juga layari www.primax.my #PrimaxAcceleration

Pelancaran Petronas Primax 97 Baharu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Telemovie CAHAYA CINTA Lakonan Qi Razali

Lebih 20,000 Banjiri MTV World Stage Malaysia 2015