in

Petronas Menyelami Tradisi Kaamatan & Gawai

[dropcap]D[/dropcap]i perkarangan negeri Sabah dan Sarawak, tradisi turun temurun yang kaya masih diutamakan dan diamalkan oleh masyarakat tempatan. Sepanjang tahun, acara kebudayaan diadakan dengan penuh gemilang terutamanya sewaktu meraikan perayaan Kaamatan dan Gawai.

Bagi masyarakat Mukim Nalapak di daerah Ranau, Sabah, Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai tahun ini dinikmati dengan penuh meriah bersama kakitangan PETRONAS yang menjalankan program tanggungjawab sosial syarikat dengan tema Sentuhan Kasih. Program ini bertujuan untuk menghulurkan bantuan kepada masyarakat kurang bernasib baik pada musim perayaan utama di Malaysia.

Kakitangan PETRONAS menunjukkan kesungguhan dalam menyertai aktiviti persiapan untuk sambutan perayaan Kaamatan yang amat penting itu. Mereka mengambil bahagian dalam kegiatan gotong-royong bersama penduduk di 12 buah kampung, dan memberi sorakan sokongan kepada peserta semasa mereka mengadakan acara sukan tradisional seperti monopuk (pertandingan menembak sumpitan), mamalastik (pertandingan menembak katapel), mimpulos (gusti lengan) dan mangompuri (pertandingan mengupas beras ).

201306221614-9 L-R En Shamsur, YB Datuk Haji Talip Zulpilip, Tuai Rumah Henry Ngalang @ Usit

Kemuncak perayaan merupakan peraduan ratu cantik, lebih dikenali sebagai Unduk Ngadau, di Tagal Moroli, Kampung Luanti Baru. Cik Rosyati Atikah Wasin ditabalkan sebagai Ratu Tuai tahun ini.

Sempena perayaan yang menggembirakan itu, PETRONAS mendermakan 60 sylinder gas PETRONAS kepada 12 kampung. Majlis penyerahan itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr. Ewon Ebin.

Dr. Ewon di Kampung Luanti Baru berkata:

“Kami amat mengalu-alukan kesudian PETRONAS untuk menjalankan program Sentuhan Kasih di sini. Ini menunjukkan syarikat minyak nasional ini ingin menyumbang kepada masyarakat di sekitar kawasan operasinya.”

Dr. Ewon menggesa penduduk tempatan untuk lebih memahami program dan inisiatif yang dilancarkan oleh PETRONAS, terutamanya dalam bidang pendidikan dan latihan kemahiran— sebagai contoh, penglibatan PETRONAS di lima institusi vokasional Sabah untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam industri minyak dan gas.

Pengurus Besar PETRONAS Sabah dan Pejabat Wilayah Labuan, Puan Julita Ontol, berkata,

“Sentuhan Kasih sebahagian daripada tradisi PETRONAS untuk menjalinkan silaturahim bersama masyarakat tempatan semasa perayaan-perayaan besar seperti Tahun Baru Cina, Gawai, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Krismas.”

“Selain itu, program ini juga bertujuan memupuk dan meningkatkan semangat sukarelawan dalam kalangan kakitangan PETRONAS dengan menyediakan platform untuk berinteraksi dan melibatkan diri dengan masyarakat setempat, yang merupakan pihak berkepentingan yang amat bernilai bagi kami.”

Sejak bermula pada tahun 2005, Sentuhan Kasih merupakan sebahagian daripada rangkaian program komuniti PETRONAS yang dirancang dan dilaksanakan untuk mendekati masyarakat terutamanya mereka yang kurang bernasib baik. Sehingga hari ini, Sentuhan Kasih telah memberi bantuan kepada beribu-ribu orang di seluruh Sabah dan Sarawak.

Di Sarawak pula, kakitangan PETRONAS menyambut Perayaan Gawai dengan penduduk Rumah Henry Ngalang @ Usit di Kuala Tatau, Bintulu, dan memberi sumbangan Sentuhan Kasih Gawai kepada penduduk miskin di tujuh buah rumah panjang yang berdekatan.

Mereka mengambil bahagian dalam sukaneka ala Gawai dengan penduduk rumah panjang dan murid-murid sekolah, dan juga Bengkel Kebudayaan Dayak di bawah tunjuk ajar Yayasan Kebudayaan Dayak untuk mengenali muzik tradisional dan instrumen muzik kaum Iban.

Sambutan Gawai dirasmikan oleh Penolong Menteri Pelancongan, YB Datuk Haji Talib Zulpilip, selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Jepak, dengan diiringi oleh Ketua Pejabat Wilayah Sarawak PETRONAS, En. Shamsur Taha.

Talib berkata bahawa aktiviti-aktiviti dan bantuan yang disediakan oleh PETRONAS dalam Sentuhan Kasih amat dialu-alukan kerana program ini membantu untuk memupuk dan mengekalkan perpaduan nasional, di samping memberi bantuan kepada golongan daif. Program ini juga menyokong usaha pemimpin-pemimpin masyarakat dan rumah panjang untuk membangunkan penduduk tempatan.

PETRONAS telah menerbitkan satu siri 12 episod web untuk berkongsi warisan budaya yang kaya di Malaysia Timur, khususnya perayaan Pesta Kaamatan. Episod web Kaamatan & Gawai PETRONAS boleh ditonton di http://www.youtube.com/user/PETRONASOfficial dari 25 Jun. Kemuncak bagi siri video web ini akan disiarkan pada September sempena sambutan Hari Malaysia ke-50.

201305111217-8_

201305121450-17_

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Industri Muzik Cina 2013

Erra Fazira Cedera Kemalangan Motosikal